Joy (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini memaparkan nama orang Korea; nama keluarganya Park.
Joy
Joy Park at Skechers Fansing on August 22, 2017. (1).jpg
Joy pada bulan Ogos 2017
Nama asal박수영
KelahiranPark Soo-young
(1996-09-03) 3 September 1996 (umur 22)
Pulau Jeju, Korea Selatan
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Tahun aktif2014–sekarang
Syarikat rakaman
SM Entertainment
Kegiatan berkaitan
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanBak Su-yeong
McCune–ReischauerPak Su-yŏng
Nama panggung
Hangul조이
Perumian SemakanJo-I
McCune–ReischauerCh'o-I

Park Soo-young (Hangul: 박수영; lahir 3 September 1996), lebih dikenali dengan nama pentas Joy, ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan K-Pop wanita, Red Velvet.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Park Soo-young lahir di Pulau Jeju, Korea Selatan pada 3 September 1996.[2] Ketika masih kanak-kanak, Joy meminati muzik trot moden.[3] Ketika masih bersekolah, beliau mula bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi selepas menerima pujian untuk nyanyian lagu Flying Duck oleh kumpulan rock, Cherry Filter.[4][5] Beliau menjalani uji bakat dan telah dipilih oleh SM Entertainment semasa Uji Bakat Global S.M. di Seoul pada tahun 2012. Beliau berlatih di bawah agensi tersebut selama dua tahun dimana beliau diberikan nama pentas "Joy".[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Joy diperkenalkan sebagai ahli keempat kumpulan wanita, Red Velvet pada 29 Julai 2014.[7] Beliau merupakan satu-satunya ahli kumpulan ini yang tidak diperkenalkan sebagai sebahagian daripada SM Rookies sebelum kemunculan pertama kumpulan. Kumpulan ini membuat kemunculan pertama mereka menerusi lagu "Happiness" pada 1 Ogos 2014.

Pada tahun 2015, Joy menyertai musim ke–4 We Got Married bersama ahli BtoB, Yook Sung-jae sebagai pasangannya.[8] Pada 29 Disember 2015, Joy dan Yook memenangi Anugerah Pasangan Terbaik dan Anugerah Bintang Baru di Anugerah Hiburan MBC 2015.[9]

Susulan promosi Red Velvet untuk album mini kedua mereka, The Velvet, Joy mengeluarkan sebuah lagu duet bersama Yook pada 16 April 2016 bertajuk "Young Love".[10] Lagu ini menduduki tempat ke–52 di dalam Carta Gaon.[11]

Joy berkolaborasi bersama Lim Seul-ong untuk lagu "Always In My Heart", sebuah lagu projek di bawah SM Station yang dikeluarkan pada 4 November 2016.[12] Lagu ini menduduki tempat ke–2 di dalam carta pengstriman Soribada, genie dan Bugs.[13] Lagu ini juga menduduki tempat ke–10 di dalam Carta Gaon.[14]

Joy membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam drama tvN, The Liar and His Lover (2017) bersama Lee Hyun-woo.[15] Beliau juga menyanyikan beberapa lagu runut bunyi asal untuk drama ini termasuk Yeowooya, I'm Okay, Your Days, Shiny Boy, Waiting For You dan The Way To Me.[16]

Beliau merupakan ahli panel musim kedua rancangan varieti JTBC, Two Yoo Project Sugar Man.[17] Joy dipilih untuk melakonkan watak utama di dalam drama MBC, The Great Seducer bersama Woo Do-hwan.[18]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Joy menamatkan pengajian dari Sekolah Seni Persembahan Seoul pada bulan Februari 2015.[19] Beliau juga mempunyai dua orang adik perempuan.[20]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
Kolaborasi
"Young Love"
(bersama Sungjae)
2016 52
  • KOR: 80,305+
We Got Married (Musim 4)
"Always In My Heart"
(bersama Seulong)
10
  • KOR: 415,334+
SM Station Musim 1
"First Christmas"
(bersama Doyoung)
  • KOR:19,622+
Inkigayo Music Crush
Penampilan runut bunyi
"Yeowooya" 2017 43
  • KOR: 81,837+
OST The Liar and His Lover
"I'm Okay"
(feat. Hyun-woo)
85
  • KOR: 22,513+
"Your Days"
  • KOR: 20,903+
"Shiny Boy" N/A
"Waiting For You"
"The Way To Me"
  • KOR: 15,726+

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2015 SMTown The Stage Diri sendiri Filem dokumentari SM Town

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Peranan Nota
2016 Descendants of the Sun KBS2 Diri sendiri Kameo, Episod 16
2017 The Liar and His Lover tvN Yoon So-rim
Some Guy Naver TV Cast Diri sendiri Kameo, Episod 7–8
2018 The Great Seducer MBC Eun Tae-hee

Rancangan varieti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Peranan Nota
2014 Star King SBS Tetamu bersama Seulgi
Music Bank KBS Pengacara Episod 751, bersama Seulgi
2015 Star King SBS Tetamu bersama Seulgi dan Yeri
Hello Counselor KBS Episod 220, bersama Yeri
Running Man SBS Episod 268
Immortal Song 2 KBS2 Episod 224, bersama Seulgi dan Wendy
2015–2016 We Got Married Musim 4 MBC Ahli berpasangan bersama Sungjae
2016 The Ultimate Voice SBS Tetamu bersama Seulgi
Same Bed, Different Dreams Episod 52, bersama Seulgi
My Little Television MBC Episod 61, 62
The Return Of Superman KBS Episod 147, bersama Seulgi
Trick & True Sejak Episod 5, bersama Wendy
Phantom Singer JTBC Episod 5-6, bersama Seulgi, Wendy
2017 Girl Group Battle KBS2 Peserta Istimewa Tahun Baru Korea, bersama Seulgi dan Wendy
Thinking About My Bias MBC Ahli panel Episod pertama
King of Mask Singer Peserta Episod 121–122 sebagai "Bandabi"
2018 Sugar Man 2 JTBC Pengacara

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2016 "Young Love"
"Always In My Heart"
2017 "Yeowooya"
"I'm Okay"
"Your Days"
"Waiting For You"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
2015 Anugerah Hiburan MBC Anugerah Pasangan Terbaik (bersama Sungjae) We Got Married Menang
Anugerah Bintang Baru Menang
2017 Anugerah Saluran Berbayar OSEN Anugerah Pendatang Baru The Liar and His Lover Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sohn Ji-young (28 Julai 2014). "SM Entertainment debuts new girl group Red Velvet". The Korea Herald. Dicapai 1 Ogos 2014. 
  2. ^ "Official Red Velvet Joy UFO Town reply about birthplace - UFO타운 레드벨벳 조이". Dicapai 2 Januari 2017. 
  3. ^ "레드벨벳, '아이스크림TV' 방송 앞두고 비글美 발산… '개인기 대방출'". Dicapai 8 Januari 2016. 
  4. ^ Kwon Soo-bin (1 September 2014). "레드벨벳, 볼수록 행복해지는 소녀들(인터뷰)". NEWS1. Naver Newsstand. Dicapai 10 Mac 2015. 
  5. ^ "레드벨벳 조이 중학교 때 '오리날다'". ssulf.com. Dicapai 3 Januari 2017. 
  6. ^ "우리결혼했어요, 사랑스러운 '조이'의 본명은 얼마나 예쁠까?". Dicapai 20 Disember 2015. 
  7. ^ "SM Entertainment's New Girl Group "Red Velvet" Finally Unveiled". KpopStarz. 29 Julai 2014. Dicapai 25 Mei 2016. 
  8. ^ Hong, Grace Danbi (3 Jun 2015). "KPOP NEWS - Red Velvet Joy Revealed as BTOB Yook Sung Jae′s ′We Got Married′ Partner". Mwave. Dicapai 4 Ogos 2016. 
  9. ^ Choi Min-ji. MBC연예대상2015 조이 뉴스타상 받고 육성재에게 "오빠 나 상 받았어" Chic News, 29 Disember 2015. Dicapai pada 30 Disember 2015.
  10. ^ boxclub. "Watch: Joy and Yook Sungjae Release Their Couple Song on "We Got Married"". Soompi. Dicapai 30 April 2016. 
  11. ^ "국내 대표 음악 차트 가온차트!". gaonchart.co.kr. Dicapai 5 Mei 2016. 
  12. ^ Kim, E. (29 Oktober 2016). "Update: Red Velvet's Joy Is Teaming Up With 2AM's Im Seulong For Next SM STATION Track". Soompi. Dicapai 3 November 2016. 
  13. ^ "♪ iChart™ 아이차트 on Twitter". Twitter. Dicapai 19 November 2016. 
  14. ^ "Gaon Digital Chart 2016 Week 46 (see #10)". www.gaonchart.co.kr. Dicapai 19 November 2016. 
  15. ^ Park So-hyun. 레드벨벳 조이, 연기돌 변신…SM 측 "'그녀는 거짓말~' 출연 확정 Xports News, 13 Januari 2017. Dicapai pada 13 Januari 2017.
  16. ^ Post, Stars. "Red Velvet's Joy and Lee Hyun Woo Show Closeness Behind the Scenes of 'The Liar and His Lover'". Stars Post. Dicapai 8 Mei 2017. 
  17. ^ Kang Seojeong (11 Disember 2017). "레드벨벳 조이X박나래, '슈가맨2' 합류확정..투유와 호흡". OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai 13 Disember 2017. 
  18. ^ "Red Velvet's Joy, Woo Do-hwan to star in new drama 'Great Temptation'". Kpop Herald. 28 Disember 2017. 
  19. ^ Lee Ji Sook (11 Februari 2015). "A Pink′s Ha Young, Red Velvet′s Joy, B.A.P′s Zelo and More Graduate from High School". Newsen. Mwave. Dicapai 10 Mac 2015. 
  20. ^ "[더★프로필] 레드벨벳 조이 "슬기와 한 방 쓰고 싶은 이유? 잠들면 절대 안 깨"". The Star (Chosun). The Star. Dicapai 16 Februari 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]