Juan Manuel Albendea Pabón

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Juan Manuel Albendea Pabón ( Cabra, Sepanyol, 8 Jun 1937 - 2 Januari 2022) merupakan seorang ahli politik, peguam dan ahli ekonomi Sepanyol.

Beliau adalah ahli Parti Rakyat Sepanyol (PP). Beliau pertama kali dipilih untuk mewakili Seville dalam Kongres Sepanyol pada tahun 1996, dan telah dipilih semula pada tahun 2000, 2004 dan 2008.

Sebagai peguam, beliau banyak terlibat dalam undang-undang perniagaan dan ekonomi serta Hala Tuju Syarikat. Beliau pernah menjadi eksekutif tinggi dalam sektor kewangan dan ahli Jawatankuasa Eksekutif Serantau Andalusia . Albendea Pabón juga merupakan Naib Presiden Kedua Suruhanjaya Keadilan, dan menyumbang kepada Suruhanjaya Ekonomi dan Harta, Pentadbiran Awam dan Komunikasi.

Albendea Pabon telah berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak. Beliau meninggal dunia pada 2 Januari 2022, pada usia 84 tahun. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]