Juan Martín Lucero

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Juan Martín Lucero
Maklumat peribadi
Nama penuh Juan Martín Lucero
Tarikh lahir (1991-11-31) 31 November 1991 (umur Ralat: Perlu tahun, bulan, hari yang sah)
Tempat lahir Mendoza, Argentina
Ketinggian 1.79 m (5 ka ​10 12 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Colo Colo
Nombor 19
Kerjaya remaja
0000–2011 Defensa y Justicia
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2014 Defensa y Justicia 67 (26)
2014–2015 Independiente 18 (4)
2016– Johor Darul Ta'zim 12 (11)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 25 Februari 2016

Juan Martín Lucero merupakan pemain bola sepak Argentina yang bermain sebagai penyerang untuk Johor Darul Takzim FC.Juan Martin Lucero menyertai Johor Darul Takzim pada 2016.

Kerjaya Kelab[sunting | sunting sumber]

Johor Darul Ta'zim[sunting | sunting sumber]

Selepas musim dengan Independiente, Lucero menandatangani dengan juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim FC pada 11 Februari 2016. Beliau membuat penampilan pertama untuk kelab barunya semasa Liga Super Malaysia 2016 ketika seri 1-1 dengan Selangor FA, di mana JDT mengangkat Piala Sultan Haji Ahmad Shah ketiga mereka selepas memenangi sepakan penalti (7-6 p). Lucero menjaringkan 2 gol pertamanya untuk JDT semasa 8-1 membelasah Ayeyawady United semasa Peringkat kumpulan Piala AFC 2016. Lucero merupakan seorang penyerang Prolifik dari pasukan liga utama Argentina, Indepediente. Beliau dikenali dengan nama 'The Cats' berdasarkan corak permainan lincah dan tangkas dalam menjaringkan gol. Beliau dilihat amat serasi digandingkan bersama penyerang hebat JDT, Jorge Pereyra Diaz yang juga berasal dari Argentina.

Lucero menyarung nombor jersi bertuah 19 yang pernah disarung oleh penyerang import lagenda JDT, siapa lagi kalau bukan Luciano Figueroa yang bersara pada akhir musim 2015.

Beliau menemui rentak sebenar apabila menjaringkan 2 gol pertama untuk pasukan JDT ketika membelasah Ayeyawady United 8-1 bagi saingan peringkat Kumpulan Piala AFC 2016.

Setakat pertengahan September 2016, Lucero telah berjaya membantu Pasukan JDT menjuarai 3 piala, iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super 2016. Beliau juga berjaya membantu JDT berada di peringkat Suku Akhir Kedua Piala AFC yang akan berlangsung pada 20.09.2016.

Setakat 17.09.2016, Lucero telah berjaya menjaringkan 5 gol bagi saingan Piala AFC 2016, 13 gol bagi saingan Liga Super 2016, 4 gol bagi Piala FA dan 1 gol bagi Piala Malaysia.

Kepujian[sunting | sunting sumber]

Johor Darul Ta'zim

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.