Jugeodo Mot Bonae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Can't Let You Go Even If I Die
EP oleh 2AM
Dikeluarkan pada21 Januari 2010 (Korea Selatan)
Dirakam pada2010
GenreK-pop
SyarikatBig Hit Entertainment
Kronologi 2AM
Time For Confession
(2009)
"Can't Let You Go Even If I Die"
(2010)
I Was Wrong
(2010)
Single daripada album 죽어도 못 보내
  1. "죽어도 못 보내 (Can't Let You Go Even If I Die)"
    Dikeluarkan pada: 21 Januari 2010

Can't Let You Go Even If I Die (Hangul: 죽어도 못 보내, "Jugeodo mot bonae") ialah sebuah lagu oleh boy band balada Korea Selatan 2AM daripada album mini sulung mereka. Lagu ini telah dikeluarkan secara digital pada 21 Januari 2010.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan lagu-lagu mereka sebelum ini, runut-runut dalam album mini ini tidak ditulis oleh Park Jin-young, sebaliknya oleh Bang Si Hyuk, yang terkenal dengan lagu Baek Jiyoung, "총 맞은 것처럼" ("Like Being Hit By a Bullet") dan lagu 8Eight, "심장이 없어" ("Without a Heart").[1] Walaupun telah ditetapkan untuk keluar pada 26 Januari 2010, album mini ini dengan dukacitanya terpaksa ditangguhkan dan dikeluarkan dua hari kemudian.[2]

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Pada minggu sebelum keluaran rasmi lagu ini, empat video cuitan telah dikeluarkan di saluran rasmi Youtube 2AM, setiapnya menggambarkan musim yang berbeza.

Video muzik yang penuh telah dikeluarkan pada 20 Februari 2010.

Promosi[sunting | sunting sumber]

Lagu ini dengan cepat telah mengungguli carta muzik atas talian selepas dikeluarkan, mengalahkan lagu Girls' Generation, "Oh!" dan lagu C.N.Blue, "I'm A Loner".[3] 2AM membuat kemunculan semula atas pentas di "Inkigayo" pada 24 Januari 2010.

Pada 7 Februari 2010, 2AM memenangi anugerah Mutizen pertama mereka sejak debut di "Inkigayo". Pada 25 Februari 2010 pula, mereka menang lagi di Mnet M!Countdown. Mereka menerima Mutizen kedua semasa hari terakhir promosi mereka pada 7 Mac 2010.[4]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

  1. Intro
  2. 죽어도 못 보내 (Can't Let You Go Even If I Die)
  3. 웃어 줄 수가 없어서 미안하다 (I’m Sorry I Can’t Laugh For You)
  4. I Love You (bers. Baek Chan, Joo Hee of 8eight)
  5. 그녀에게 (To Her) (bers. Chansung 2PM)
  6. 웃는다 (I`m Laughing) (Outro)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 2AM, 미니음반 박진영 곡 없다. Osen. 21 Januari 2010.
  2. ^ 2AM이 새 앨범의 발매를 연기하기로 결정했다.. SPORTS SEOUL. 25 Januari 2010.
  3. ^ 마이데일리 = 김경민 기자 남성그룹 2AM의 미니음반 ‘죽어도 못보내’가 27일 발매일 당일 한터 차트 1위를 차지했다.]. MyDaily. 28 Januari 2010.
  4. ^ 2AM, SBS '인기가요' 정상 재 탈환. EDaily.com. 7 Mac 2010.