Juita Viden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Juita Viden Berhad
IndustriPengedaran televisyen
GenreHiburan
Ditubuhkan1978
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor[1], Malaysia
Anak syarikatJuita Viden Entertainment Sdn Bhd
Juita Viden Media Service Sdn Bhd
Juita Entertainment Sdn Bhd
Skywalker TV Facility House Sdn Bhd
Berjaya HVN Sdn Bhd
Laman sesawanghttp://www.juitaviden.com

Juita Viden Berhad (juga dikenali sebagai Juita Viden Group) ialah sebuah syarikat pengedaran kandungan televisyen yang terbesar di Malaysia.

Pengenalan Syarikat[sunting | sunting sumber]

Ia ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Datuk Foo Ah Kow yang menggunakan RM2 sebagai modal syarikat untuk mencapai kejayaan dia. Selepas 22 tahun, Datuk Foo Ah Kow berjaya menjadikan Juita Viden sebagai antara pembekal kandungan televisyen yang terbesar di negara Malaysia. Juita Viden kini beroperasi di Phileo Damansara, Petaling Jaya, Selangor, bersama beberapa buah anak syarikat yang menerbitkan kandungan televisyen edaannya.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Juita Viden merupakan salah sebuah pengedar kandungan televisyen tempatan dan luar negara yang terbesar di Malaysia, menawarkan pelbagai genre rancangan seperti drama, komedi, filem, format permainan dan realiti, dan animasi. Perkhidmatan edaran Juita Viden tidak terhad di Malaysia, malah meliputi kebanyakan negara di Asia. Juita Viden telah membawa siri TV Amerika Syarikat seperti The X-Files, 24 dan Prison Break ke kaca TV Malaysia, serta membantu menerbitkan rancangan televisyen realiti tempatan Akademi Fantasia dan Fear Factor Malaysia dari format-format luar negara.

Bahagian Licensing & Merchandising berfungsi melesenkan perdagangan barangan cenderamata dan promosi acara istimewa dari rancangan-rancangan televisyen edaran Juita Viden.

Anak Syarikat[sunting | sunting sumber]

Juita Viden Entertainment[sunting | sunting sumber]

Ia adalah sebuah syarikat penerbitan & pengedaran yang milik penuh oleh Juita Viden, menawarkan pelbagai genre rancangan tempatan Malaysia yang berbahasa Melayu seperti drama, komedi, format permainan dan realiti kepada syarikat Televisyen Malaysia dan juga syarikat Televisyen negara Asia yang lain. Ia juga ditugaskan untuk menguruskan artis-artis berbangsa melayu dan india yang terkenal yang dimiliki oleh Juita Viden.

Juita Viden Media Service[sunting | sunting sumber]

Ia adalah sebuah syarikat yang membantu penyiar televisyen tempatan Malaysia, dan juga saluran serantau Nickelodeon dan MTV Asia, menjual ruang iklan bagi slot waktu penyiaran bahan-bahan edaran Juita Viden.[2]

Juita Entertainment[sunting | sunting sumber]

Ia adalah sebuah syarikat penerbitan & pengedaran yang menawarkan drama dan filem berbahasa Cina yang terbaru di Malaysia. Ia juga ditugaskan untuk menguruskan artis-artis berbangsa cina yang terkenal yang dimiliki oleh Juita Viden.

Skywalker TV Facility House[sunting | sunting sumber]

Ia adalah sebuah syarikat pernebitan iklan dan animasi di Malaysia.

Lain-Lain[sunting | sunting sumber]

Juita Viden bersama Berjaya Group menjalankan perniagaan jualan video (VCD/DVD) dengan label Berjaya HVN.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]