Jujutsu Kaisen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Jujutsu Kaisen
呪術廻戦
GenrePetualangan, fantasi, supernatural[1][2]
Manga
Tokyo Metropolitan Curse Technical School
PengarangGege Akutami
PenerbitShueisha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
PencetakanJump Comics
Majalah AsalJump GIGA
Tarikh Pengeluaran28 April 201728 Julai 2017
Jilid1
Manga
PengarangGege Akutami
PenerbitShueisha
Penerbit Lain
Viz Media
DemografikShōnen
PencetakanJump Comics
Majalah AsalShōnen Jump Mingguan
Tarikh Pengeluaran5 Mac 2018 – kini
Jilid14 (Senarai jilid-jilid)
Siri televisyen anime
PengarahSunghoo Park
Skrip/PenulisHiroshi Seko
Lagu/Muzik
  • Hiroaki Tsutsumi
  • Yoshimasa Terui
  • Arisa Okehazama
StudioMAPPA
Dilesenkan olehCrunchyroll
Medialink
Penyiaran AsalJNN (MBS, TBS)
Tarikh tayangan3 Oktober 202027 March 2021
Episod24
Portal Anime dan Manga

Jujutsu Kaisen (Jepun: 呪術廻戦, harfiah: "Pertarungan Seni Mantera") ialah sebuah siri manga Jepun dikaryakan dan diillustrasikan Gege Akutami dalam majalah Weekly Shōnen Jump keluaran Shueisha sejak Mac 2018.

Sebanyak 13 jilid format tankōbon telah diterbitkan dari siri ini sejak dari Oktober 2020.

Plot[sunting | sunting sumber]

Yūji Itadori, seorang pemuda ditimpa kejadian hebat apabila suatu bahan peninggalan berupa sebatang jari reput dicuri rakan-rakan sekelabnya lalu menarik perhatian makhluk halus ganas menyerang mereka. Megumi Fushiguro, seorang pemantera (呪術師, jujutsushi) cuba menyelamatkan mereka bertiga, namun dilemahkan. Yūji dalam keadaan terdesak mahu menyelamatkan mereka sambil ada rasa ingin tahu memakan jari ini lalu membangkitkan suatu roh jahat iaitu Ryomen Sukuna yang berjaya menghapuskan makhluk ini. Megumi dan gurunya, Satoru Gojō, yang maklum keadaan ini mengundang Yuji belajar sekolah mereka di Tokyo untuk mempelajari jurusan mereka sambil mereka mencari kesemua 20 jari berpuaka membolehkan mereka menumpaskan roh yang merasuknya.

Barisan watak[sunting | sunting sumber]

Watak manusia
Yūji Itadori (虎杖 悠仁, Itadori Yūji)
Disuarakan oleh: Junya Enoki[3]
Seorang pelajar berumur 15 tahun dari Sendai yang atletik dan mempunyai bakat sukan hebat namun lebih suka bergaul dengan rakan "Kelab Okultis" (心靈現象研 Shinryōgenzōken) agar berpeluang melawat datuknya yang nazak. Apabila dia diancam bahaya kerana suatu kecurian tangkal jari yang menarik perhatian makhluk berbahaya, dia memakan jari itu membangkitkan suatu roh berbahaya serta memberikannya kuasa puaka sendiri. Dia dibawa ke sekolah mantera untuk dibantu menguruskan keadaannya yang kini menyimpan kuasa puaka hebat.
Megumi Fushiguro (伏黒 恵, Fushiguro Megumi)
Disuarakan oleh: Yuma Uchida[3]
Seorang pemantera anak didik Satoru Gojō di sekolah ilmu mantera Tokyo dengan kebolehan menghasilkan lembaga-lembaga bayang (式神, Shikigami). Dia kasihan dengan nasib menimpa Yūji yang biasa terheret mendapat kuasa berbahaya tidak diingini sehingga memujuk Gojo melepaskan dia dari dihukum bunuh (prosedur lazim mengeluarkan roh berbahaya merasuki manusia) buat seketika, malah dia bersahabat kuat dengan Yūji.
Nobara Kugisaki (釘崎野 薔薇, Kugisaki Nobara)
Disuarakan oleh: Asami Setō[3]
Seorang pemantera asal dari pedalaman yang berpindah ke Tokyo mendapat didikan Gojō, dia bersenjatakan tukul yang memukul paku berkuasa. Dia berperwatakan berani mengacah serta bersahabat kuat dengan Yūji dan Megumi.
Satoru Gojō (五条 悟, Gojō Satoru)
Disuarakan oleh: Yūichi Nakamura[4]
Guru sekolah ilmu mantera yang bertanggungjawab mendidik Yūji, Megumi dan Nobara. Dia berkebolehan mengolah ruang sekeliling musuh.
Maki Zen'in (禪院 真希, Zen'in Maki)
Disuarakan oleh: Mikako Komatsu[5]
Seorang pemantera setahun tua yang bergantung kepada cermin mata bantuan untuk melihat makhluk puaka dirasai. Perwatakannya yang tekal menarik hati Nobara berkawan dengannya.
Toge Inumaki (狗巻 棘, Inumaki Toge)
Disuarakan oleh: Kōki Uchiyama[5]
Seorang pemantera setahun tua yang mempunyai kebolehan menyumpah langsung melalui percakapan; oleh itu dia tidak bercakap banyak melainkan menggunakan kod "ramuan sushi" ("salmon", "tuna", "okaka" dan sebagainya).
Panda (パンダ)
Disuarakan oleh: Tomokazu Seki[5]
Suatu lembaga beroh mirip panda seumpama boneka dibuat pengetua sekolah mantera yang mampu berfikir untuk diri sendiri.
Kento Nanami (七海 建人, Nanami Kento)
Disuarakan oleh: Kenjiro Tsuda[6]
Seorang pemantera yang pernah meninggalkan alam mantera sementara namun kembali bersemangat sebagai guru pendidik untuk melatih Yūji.
Kiyotaka Ijichi (伊地知 潔高, Ijichi Kiyotaka)
Disuarakan oleh: Mitsuo Iwata[7]
Seorang pegawai dalam sekolah yang bertanggungjawab terhadap menjaga keselamatan dunia luar dari urusan mantera puaka.
Shoko Ieiri (家入 硝子, Ieiri Shoko)
Disuarakan oleh: Aya Endō[7]
Masamichi Yaga (夜蛾 正道, Yaga Masamichi)
Disuarakan oleh: Takaya Kuroda[7]
Pengetua Sekolah Tinggi Seni Mantera Tokyo yang mengawasi urusan dan pendidikan Yūji
Watak makhluk ghaib
Ryōmen Sukuna (両面 宿儺, "Saka Dua Muka")
Disuarakan oleh: Junichi Suwabe[8]
Suatu lembaga bertangan empat yang merasuk badan Yūji dengan rancangan mahu mempergunakan jasadnya untuk membuat kemusnahan.
Mahito (真人, Mahito)
Disuarakan oleh: Nobunaga Shimazaki[7]
Makhluk berupa manusia yang lahir daripada terkumpulnya rasa kebencian manusia. Dia berperwatakan sadisitik dan mempergunakan emosi manusia dimangsakan sesuka hatinya; malah roh-roh manusia juga menjadi bahan mainan yang membolehkan dia melenturkan mangsanya menjadi raksasa yang disuruh.
Hanami (花御, Hanami)
Disuarakan oleh: Atsuko Tanaka[7]
Makhluk yang lahir daripada ketakutan manusia terhadap hutan, di mana dia mempercauyai manusia mesti dihapuskan untuk menghentikan kerakusan mereka memusnahkan Bumi.
Jogo (漏瑚, Jōgo)
Disuarakan oleh: Shigeru Chiba[7] (Bahasa Jepun), Michael Sorich (Bahasa Inggeris)
Makhluk bermata satu lahir dari ketakutan manusia terhadap bumi. Kepalanya mirip gunung berapi yang mampu melepaskan letupan api yang memusnahkan.

Media[sunting | sunting sumber]

Manga[sunting | sunting sumber]

Gege Akutami pertama kali menerbitkan versi pertama karyanya berjudul "Sekolah Tinggi Khas Seni Mantera Kota Raya Tokyo" (東京都立呪術高等専門学校, Tōkyō Toritsu Jujutsu Kōtō Senmon Gakukyō) dalam majalah Jump GIGA Shueisha tahun 2017 sebanyak 4 bab dari 28 April hingga 28 Julai 2017.[9][10] Karya rintisan ini kemudiannya diterbitkan semula berjudul Jujutsu Kaisen 0 pada 4 Disember 2018.[11] Jujutsu Kaisen mula muncul secara rasmi dalam isu Weekly Shōnen Jump ke-14 pada 5 Mac 2018.[2][12] Bab-bab ini dikumpulkan secara tankōbon oleh Shueisha. Jilid pertama tankōbon ini mula terbit pada 4 Julai tahun sama;[13] sebanyak 4 jilid tankōbon telah diterbitkan setakat 4 Januari 2021.[14]

Anime[sunting | sunting sumber]

Pengadaptasian siri ini kepada anime diumumkan dalam isu ke-52 Weekly Shōnen Jump pada 25 November 2019.[3] Gege dan barisan pelakon suara anime ini muncul di acara Jump Festa '20 pada 22 Disember tahun sama.[15] Siri ini dihasilkan MAPPA arahan Sunghoo Park dengan skrip ditulis Hiroshi Seko, rekaan watak karya Tadashi Hiramatsu serta muzik gubahan Hiroaki Tsutsumi, Yoshimasa Terui dan Arisa Okehazama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Official Website for Jujutsu Kaisen". Viz Media. Dicapai pada October 3, 2019.
  2. ^ a b Ressler, Karen (25 Februari 2018). "3 New Manga Launch in Shonen Jump in March". Anime News Network. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  3. ^ a b c d Pineda, Rafael Antonio (November 24, 2019). "Jujutsu Kaisen Manga Gets TV Anime". Anime News Network. Dicapai pada November 24, 2019.
  4. ^ Crystalyn, Hodgkins (21 Disember 2019). "Jujutsu Kaisen Anime Casts Yūichi Nakamura as Satoru Gojō". Anime News Network. Dicapai pada 21 Disember 2019.
  5. ^ a b c Loo, Egan (15 Julai 2020). "Jujutsu Kaisen Anime Unveils Cast, Designs of Magic Tech College's 2nd-Years". Anime News Network. Dicapai pada 15 Julai 2020.
  6. ^ Loo, Egan (4 September 2020). "Jujutsu Kaisen Anime's 2nd Video Unveils More Cast". Anime News Network. Dicapai pada 4 September 2020.
  7. ^ a b c d e f Pineda, Rafael Antonio (18 September 2020). "Jujutsu Kaisen Anime Adds 12 Cast Members". Anime News Network. Dicapai pada 18 September 2020.
  8. ^ Pineda, Rafael Antonio (20 Mei 2020). "Jujutsu Kaisen Anime's Video Reveals New Cast, Staff, October Premiere". Anime News Network. Dicapai pada 20 Mei 2020.
  9. ^ ジャンプGIGA 2017 vol.1 (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada May 1, 2017. Dicapai pada September 27, 2020.
  10. ^ ジャンプGIGA 2017 vol.4 (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-25. Dicapai pada September 27, 2020.
  11. ^ 呪術廻戦 0 東京都立呪術高等専門学校 (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2020. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  12. ^ ジャンプ50周年記念した新連載、第1弾は新鋭が描くダークファンタジー. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 5 Mac 2018. Dicapai pada August 1, 2019.
  13. ^ 呪術廻戦 1 (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2020. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  14. ^ 呪術廻戦 14 (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Diarkibkan daripada yang asal pada January 3, 2021. Dicapai pada 24 November 2020.
  15. ^ Harding, Daryl (December 21, 2019). "New Jujutsu Kaisen TV Anime Key Visual is Finger Licking Fun!". Crunchyroll. Dicapai pada May 18, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]