Julian Brandt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Julian Brandt
Julian-Brandt.jpg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1996-05-02) 2 Mei 1996 (umur 22)
Tempat lahir Bremen, Jerman
Ketinggian 1.85 m (6 ka +1316 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini Bayer Leverkusen
Nombor 19
Kerjaya remaja
2001–2009 SC Borgfeld
2009–2011 FC Oberneuland
2011–2013 VfL Wolfsburg
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2014 Bayer Leverkusen II 1 (1)
2014– Bayer Leverkusen 77 (17)
Pasukan kebangsaan
2011 Jerman B15 2 (2)
2011–2012 Jerman B16 3 (1)
2012–2013 Jerman B17 19 (5)
2013–2014 Jerman B19 14 (2)
2015 Jerman B20 6 (2)
2015– Jerman B21 8 (1)
2016 Olimpik Jerman 6 (0)
2016– Jerman 4 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 18 November 2016.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 9 Oktober 2016

Julian Brandt (2 Mei 1996) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain di posisi sayap untuk kelab Jerman, Bayer Leverkusen.

Brandt telah melakukan 55 penampilan untuk pasukan remaja Jerman dari pasukan bawah-15 hingga pasukan bawah-21. Beliau sebahagian daripada pasukan Jerman yang memenangi Kejohanan Eropah bawah-19 pada tahun 2014.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Pada zaman remajanya, Brandt beraksi untuk pasukan setempat, SC Borgfeld dan seterusnya di FC Oberneuland sebelum beliau sertai akademi VfL Wolfsburg.

Pada tahun 2014, Brandt berpindah ke Bayer 04 Leverkusen pada jendela perpindahan Januari dengan bayaran perpindahan 350 ribu euro. Beliau kemudian menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2019. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 15 Februari 2014 dalam perlawanan Bundesliga menentang Schalke 04. Beliau menggantikan Son Heung-Min pada minit ke-82 sebelum perlawanan berkesudahan Leverkusen tewas 1-2. Tiga hari kemudian, beliau melakukan debut di perlawanan Eropah menentang Paris Saint-Germain di Liga Juara-Juara. Pada 4 April 2014, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Leverkusen namun pasukannya tewas 1-2 menentang Hamburger SV.[1]

Pada 15 Ogos 2015, Brandt menjaringkan gol kemenangan Leverkusen selepas dimasukkan ke padang ketika menentang TSG 1899 Hoffenheim pada perlawanan pembukaan musim 2015-16.

Antara 20 Mac dan 30 April 2016, beliau menjaringkan gol dalam enam perlawanan Bundesliga berturut-turut sekali gus meletakkan belia pemain termuda pertama berbuat demikian sejak Gerd Müller.

Pada 30 September 2016, Julian dicalonkan dalam Anugerah Golden Boy bersama 39 pemain-pemain bawah 21 tahun yang berbakat dan memiliki potensi besar.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Mei 2016, Brandt dinamakan ke dalam senarai 27 pemain Jerman ke skuad UEFA Euro 2016.

Beliau sebahagian daripada skuad Sukan Olimpik 2016 yang meraih pingat perak.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman B19

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hamburger SV vs. Bayer Leverkusen 2 – 1". Soccerway. 4 April 2014. Dicapai 4 April 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Bayer 04 Leverkusen