Juliana Evans

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Juliana Evans
Juliana Evans sebagai Natrah.jpg
Juliana Evans ketika melakonkan watak sebagai Natrah
Kelahiran Juliana Sophie binti Johari Evans
(1989-07-05) 5 Julai 1989 (umur 29)
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Pengacara, pelakon, model
Tahun aktif 2001–kini
Ketinggian 165 cm
Berat 48 kg (106 lb)
Pasangan Tengku Shariffuddin Shah[1]
(2017 - kini)
Saudara Isabelle Evans (kakak)

Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans (lahir 5 Julai 1989)[a] ialah seorang pengacara, pelakon dan model iklan dari Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan "Remaja" di TV3.

Beliau mencipta populariti sebagai pengacara TV yang petah hingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH). Juliana mencipta rekod sebagai pengacara wanita paling muda yang pernah dicalonkan dalam kategori itu iaitu ketika berusia 19 tahun. Beliau beralih ke stesen televisyen Astro dengan mengendalikan program Era TV. Selain aktif mengacara, Juliana mencuba bakat dalam bidang lakonan namun bakatnya masih belum terserlah sepenuhnya. Kini, bakatnya semakin terserlah dalam beberapa buah drama dan filem lakonannya.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau belajar di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perfileman, Video dan Media di universiti tersebut selama dua tahun. Beliau juga telah mengambil cuti selama tiga bulan untuk berjumpa keluarga, berlakon serta menyambut raya bersama saudara-maranya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi yang bernama Adam pada tahun 2006 dan diyakini bahawa nama beliau diabadikan dalam lagu popular Adam berjudul Hai. Bait-bait liriknya dipercayai telah ditujukan kepada Juliana, malah dipersembahkan ketika acara Separuh Akhir IKON 2007. Namun hubungan cinta mereka khabarnya berakhir ketika lagu tersebut mendaki carta popular pada pertengahan 2007.

Pada tahun 2008 Juliana mengakui menjalinkan hubungan dengan vokalis utama kumpulan Bunkface iaitu Sam Baharom. Biarpun mengiyakan, namun pasangan ini bertindak low profile ketika berhadapan dengan media. Hubungan cinta mereka dilaporkan putus pada awal tahun 2010.

Pada tahun 2017, Juliana sah bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah. Suaminya merupakan kerabat diraja Selangor. Juliana berkata bahawa beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga dan berharap agar peminatnya terus mendoakan kebahagian pasangan itu.[1]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 KAMI The Movie Sofie
2010 Hooperz Nino
2011 Hantu Bonceng Maya/Ayu
2012 Mael Lambong Maria
Adik Manja Returns Su
2013 KIL Gadis Bunuh Diri
Dampak Hana
2016 Aliff Dalam 7 Dimensi Anna
2017 Mendidih Bro
2018 Pulang Filem dan drama yang belum dikeluarkan Alia
TBA Bella & Jamie Filem dan drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi

Siri TV[sunting | sunting sumber]

  • Kami The Series (2007)
  • Kasut Tumit Tinggi (2008)
  • Warkah Terakhir (2009)
  • Ghost 2 (2009)
  • Sayang Cendana (2010)
  • Cornetto Inikah Cinta? (2010)
  • Natrah @ Astro Citra (2011) sebagai Natrah
  • Oh! My English : Class of 2015 (2015)
  • Rumi & Jawi (2016)
  • Mata Cinta (web drama) (2017)

Drama TV[sunting | sunting sumber]

  • Puaka Topeng Putih @ Astro Ria -2009
  • Cinta Lelong @ Astro Ria -2009
  • 2nd Hand Henfon @ Astro -2009
  • Cheritera @ TV3 -2010
  • Sabar @ TV3 - 2010
  • Natrah @ Astro Citra - 2010 sebagai Natrah
  • Puteri Kayangan @ TV3 - 2011
  • Puteri Pulau Tuba @ RTM - 2012
  • Oh My English! After School - 2016


Teater[sunting | sunting sumber]

  1. Bawang Merah Bawang Putih (2015) sebagai Bawang Putih

Iklan Komersial[sunting | sunting sumber]

Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

  1. E-Zone (Astro Ria) 2001- 2002
  2. Majalah Moral (TVIQ) 2004
  3. Bintang Kecil Raya (TV9) 2006
  4. Remaja (TV3) 2005 - 2008
  5. Gadis Melayu (TV9) - 2009
  6. Era TV (Astro) 2010
  7. Anugerah MeleTOP Era ke-3 (2016)

Dokumentari[sunting | sunting sumber]

  1. Hapuskan Aedes, Cegah Denggi (dokumentari pendek, 2002)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir bersama Elyana dan Raja Farah yang juga dilahirkan pada 5 Julai, tetapi berlainan tahun. Ini kerana, Elyana lahir pada 5 Julai 1987, manakala Raja Farah lahir pada 5 Julai 1988 dan Juliana Evans lahir pada 5 Julai 1989.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]