Julie Sudiro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Julie Sudiro
Juga dikenali sebagai
Datin Paduka Julie Sudiro
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1960-an

Datin Paduka Juariah binti Radin Sudiro atau lebih dikenali sebagai Julie Sudiro (lahir di Segamat, Johor pada tanggal 26 Februari 1945) yang kini berumur 70 tahun (2015), merupakan seorang penyanyi Malaysia keturunan Jawa yang aktif menyanyi pada era 1960-an.

Beliau merupakan anak Malaysia yang mula mencipta nama di sebuah pertandingan nyanyian di Singapura. Berbekalkan kemenangan tersebut, beliau mula mendapat perhatian media dan akhirnya di lamar untuk merakamkan suara ke piring hitam. Antara EP Inggeris terawal beliau berjudul 'Down Town' yang juga memuatkan lagu berjudul 'Be Good To Me' pada tahun 1966. Satu persatu EP Melayu dan Inggeris dihasilkan dan salah satu lagu Inggeris yang pernah dirakamkan bersama kumpulan muzik pengiring iaitu The Emerlads ialah 'Na Na Na Hey Hey Kiss Me Goodbye' (juga merupakan salah satu tajuk EP Inggerisnya yang dirakamkan bersama EMI pada tahun 1970). Julie juga turut merakamkan beberapa EP berbahasa Melayu dan Inggeris bersama kumpulan The Emeralds. Paling diingati ramai adalah lagu Melayu hits beliau seperti Lambaian Kanda, Seruling Malam, Bunga Sakti, Apa Khabar, Miang Keladi dan Gambar Kenangan. Kartina Dahari @ Tina merupakan rakan artis paling akrab dan mereka pernah merakamkan EP duet yang mengandungi lagu-lagu seperti Cincin Kenangan, Marilah Bergembira, Burung Nuri dan Pulau Harapan. Selain EMI, beliau juga pernah merakamkan beberapa EP bersama Mega Records yang berpengkalan di Singapura pada ketika itu.

Walaupun tidak lagi menyanyi secara aktif pada masa kini, namun beliau masih diundang untuk menjayakan show korporat yang lebih kepada persembahan tertutup (eksklusif). Vokal dan nuansa Julie Sudiro sememangnya akan terus diingati sebagai salah seorang diva jazz yang dihormati bukan sahaja di Malaysia dan Singapura malah di dunia.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.