Jun'ichirō Tanizaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanizaki Jun'ichirō
Tanizaki pada tahun 1951
Tanizaki pada tahun 1951
Nama asal
谷崎 潤一郎
Lahir(1886-07-24)24 Julai 1886
Nihonbashi, Tokyo, Jepun
Meninggal dunia30 Julai 1965(1965-07-30) (umur 79)
Yugawara, Kanagawa, Jepun
PekerjaanWriter
Genrefiksyen, drama, esei, adegan filem senyap

Jun'ichirō Tanizaki (Jepun: 谷崎 潤一郎, Hepburn: Tanizaki Jun'ichirō, 24 Julai 1886 – 30 Jukai 1965) adalah salah satu penulis kesusasteraan Jepun moden dan mungkin paling popular selepas Natsume Sōseki. Sebahagian karyanya menampilkan dunia seksualiti yang mengejutkan dan obsesi erotik yang melampau dan memusnahkan, manakala sebahagian yang lain pula tidak begitu sensas dan lebih menggambarkan secara halus kehidupan keluarga dalam konteks perubahan yang sangat cepat dalam masyarakat Jupang abad ke-20.

Beliau merupakan salah satu daripada enam penulis yang terpilih dalan senarai pendek untuk memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1964, setahun sebelum kematiannya.[1][2]

Ringkasan hidup[sunting | sunting sumber]

Masa muda[sunting | sunting sumber]

Tanizaki dilahirkan dalam sebuah keluarga berada yang tinggal di kawasan Ningyocho, Nihonbashi, Tokyo. Keluarganya berasal dari kelas pedagang. Ayahnya memiliki sebuah syarikat percetakan yang didirikan oleh datuk Tanizaki. Dalam Yōshō Jidai (1956), Tanizaki mengaku dimanja sewaktu kecil. Syarikat ayahnya mula merosot dengan mendadak apabila beliau semakin dewasa, sehingga beliau terpaksa menumpang rumah orang lain dan bekerja sebagai guru les. Tanizaki mengambil pengajian di Fakulti Kesusateraan Universiti Imperial Tokyo, namun beliau terpaksa berhenti pada tahun 1911 kerana tidak mampu membayar yuran kuliah.

Karier awal[sunting | sunting sumber]

Tanizaki memulakan karier menulis pada tahun 1909. Karya pertamanya adalah drama satu babak, terbitan majalah sastera yang turut didirikannya. Selama beberapa tahun pertama berkarya sebagai penulis, Tanizaki mula menaruh minat terhadap budaya Barat dan semua hal moden yang berkaitan; bbahkan sehingga . Pada 1922, beliau bahkan bertindak keterlaluan dengan berpindah ke kawasan penempatan orang asing di kota Yokohama. Beliau sempat tinggal beberapa lama di rumah bergaya Barat, dan memulai gaya hidup yang dianggap bohemian. Beliau juga dilaporkan pernah berhasrat untuk pergi ke Eropah dan menetap di sana. Keadaan hidupnya waktu itu tercermin dalam beberapa karya awalnya.

Nama Tanizaki menjadi terkenal untuk pertama kalinya setelah menerbitkan cerpen Shisei (The Tattooer) pada tahun 1910. Dalam cerita tersebut, seorang pelukis menggambar seekor labah-labah besar di atas tubuh seorang wanita muda yang cantik. Setelah ia dilukisan, kecantikan wanita itu berubah menjadi kekuatan kejam dan agresif, bagaikan perpaduan erotisisme dengan sadomasokisme. Tema-tema femme fatale kembali diulanginya dalam banyak karya-karya awalnya, termasuk antaranya: Kirin (1910), Shonen (1911), Himitsu (1911), dan Akuma (1912).

Di antara karya-karya lain Tanizaki yang diterbitkan pada zaman Taishō adalah Shindo (1916) dan Oni no men (1916), yang sebagian berupa autobiografi. Tanizaki berkahwin dengan Chiyoko pada tahun 1915, namun pernikahan tersebut tidak membawa kebahagiaan. Malah, mengalakkan Chiyoko untuk melakukan hubungan sulit dengan Sato Haruo, rakan sekerja dan sahabatnya. Tekanan psikologi yang dialaminya pada waktu itu tercermin dalam beberapa karya-karya awalnya, termasuk drama panggung Aisureba Koso (1921) dan novel Kami to Hito no Aida (1924). Walaupun inspirasi beberapa tulisan kemungkinan berasal dari orang-orang di sekelilingnyadan kejadian yang dialaminya sepanjang hayatnya, karya-karya Tanizaki jauh berada dalam jalan yang berbeda daripada karangan bersifat autobiografi seperti yang dinukilkan penulis seangkatannya di Jepun.

Ia pernah bekerja sebagai penulis skenario untuk studio filem Taikatsu yang menghasilkan filem bisu. Tanizaki termasuk salah seorang pendukung Gerakan Filem Murni dan merupakan tokoh penting yang membawa tema-tema moden ke dalam seni perfileman Jepun.[3] Hubungan Tanizaki dengan dunia layar perak dianggap penting demi memahami keseluruhan kariernya sebagai seorang penulis.[4]

Reputasi Tanizaki mulai mencuat mengikuti kepindahannya ke Kyoto setelah gempa bumi besar Kanto, 1 September 1923. Gempa yang menghancurkan gedung-gedung bersejarah dan kawasan permukiman di Tokyo menyebabkan minat dirinya berubah dari dunia Barat yang moden kepada estetikisme, sejarah, Buddhisme, dan budaya Jepun, terutama kebudayaan tempatan daerah Kansai (termasuk kota-kota Osaka, Kobe, Kyoto). Novel pertama yang ditulisnya selepas kejadian tersebut adalah Chijin no ai (1924-1925), karyanya pertama yang betul-betul laris di mana ia mengisahkan wanita muda yang bebas, obsesi seksual, dan jati diri budaya. Novel Manji (Quicksand, 1928–1929) mengisahkan lesbianisme dua wanita modern dari kalangan warga kelas atas di Osaka; beliau memerlukan pembantunya dalam menguasai dan menulis novel dalam dialek tempatan kota tersebut. Karya selanjutnya adalah Tade kuu mushi (...Yang Memilih Jelatang, 1928–1929) yang mengisahkan penemuan diri secara bertahap dari seorang lelaki Tokyo yang tinggal dekat Osaka, sehubungan dengan pemodenan pengaruh budaya Barat dan tradisi Jepun. Yoshinokuzu (1931) dipengaruhi bunraku dan teater kabuki sambil mengadaptasi teknik penceritaan seperti narasi gaya Eropah. Eksperimentasi dengan gaya naratif diteruskannya dengan Ashikari (1932), Shunkinsho (Potret Shunkin, 1933), dan beberapa karya lain yang memadukan estetisisme tradisional dengan obsesi khas Tanizaki.

Minat Tanizaki terhadap sastera klasik Jepun memuncak dengan usahanya penerjemahan novel klasik abad ke-11, Hikayat Genji ke dalam bahasa Jepun moden di tengah berlangsungnya Perang Pasifik. Beliau juga menulis novel yang kemudian menjadi adikarya Tanizaki, Sasameyuki ("Gerimis Salji", 1943–1948). Novel tersebut menceritakan empat anak perempuan dari keluarga pedagang kaya di Osaka yang menyaksikan gaya hidup mereka yang elegan makin memburuk pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia II (1930-an). Keluarga Makikoka sebelumnya terbiasa hidup dalam gaya kosmopolitan, memiliki teman dan bertetangga dengan orang Eropa, namun tanpa menderita krisis identitas budaya seperti lazim terjadi pada tokoh-tokoh ciptaan Tanizaki.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Karya terpilih[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk dalam bahasa Jepun Terjemahan tajuk Nota
1910 刺青
Shisei
"Sang Pencacah"
1913 恐怖
Kyōfu
"Ketakutan" Cerita pendek
1918 金と銀
Kin to Gin
"Emas dan Perak"
1919 富美子の足
Fumiko no ashi
"Kaki Fumiko"
1921
Watakushi
"Saya"
1922 青い花
Aoi hana
"Bunga Biru"
1924 痴人の愛
Chijin no Ai
"Cinta Orang Bodoh"

1926 友田と松永の話
Tomoda to Matsunaga no hanashi
"Kes Aneh Tomoda dan Matsunaga"
1926 青塚氏の話
Aotsukashi no hanashi
"Cerita Aotsukashi"
1928–
1930

Manji


1929 蓼喰う蟲
Tade kuu mushi
...Yang Memilih Jelatang
1931 吉野葛
Yoshino kuzu
Kuzu Liar
1932 蘆刈
Ashikari
Pemotong Rumput
1933 春琴抄
Shunkinshō
"Potret Shunkin"
陰翳礼讃
In'ei Raisan
Meraikan Bayangan Esei mengenai estetika
1935 武州公秘話
Bushukō Hiwa
Sejarah Rahsia Tuan Musashi
1936 猫と庄造と二人の女
Neko to Shōzō to Futari no Onna
Kucing Seorang Lelaki dan Dua Orang Wanita
1943–
1948
細雪
Sasameyuki


1949 少将滋幹の母
Shōshō Shigemoto no haha
Ibu Kapten Shigemoto
1956
Kagi
Kunci
1957 幼少時代
Yōshō Jidai
Zaman Muda
1961 瘋癲老人日記
Fūten Rōjin Nikki
Catatan Orang Tua Gila Film adaptation

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]