Jun Jin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jun Jin
180707 전진 01.png
Jun Jin di konsert bersama peminat pada Julai 2018
Latar belakang
Nama lahirPark Choong-jae
Kelahiran (1980-08-19) 19 Ogos 1980 (umur 39)
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Pekerjaan
Instrumen
Tahun aktif1998–kini
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
Shinhwa
Laman sesawang
http://www.shinhwacompany.co.kr/
Korean name
Hangul
Hanja
Perumian SemakanJeonjin
McCune–ReischauerChŏnjin
Nama lahir
Hangul
Hanja
Perumian SemakanBak Chung-jae
McCune–ReischauerPak Ch'ungjae

Jun Jin (Hangul: 전진; Hanja: 前進, secara kasarnya bermaksud: "bergerak maju") (lahir Park Choong-jae Hangul: 박충재; Hanja: 朴忠裁; 19 Ogos 1980) adalah seorang penyanyi, pelakon dan penghibur dari Korea Selatan, amat dikenali sebagai ahli dan penyanyi rap untuk kumpulan penyanyi lelaki Shinhwa. Beliau debut sebagai penari dan penyanyi rap dalam Shinhwa pada 1998 namun mula menyanyikan bahagian-bahagian lain pada 2002; semasa album kelima Shinhwa. Beliau debut sebagai artis solo pada November 2006 dengan single berjudul Love Doesn't Come.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Jun Jin adalah anak sulung kepada penyanyi Charlie Park (Hangul찰리박), juga dikenal sebagai Park Young Chul (Hangul박영철), yang debut dengan album solo berjudul Casanova Sarang pada 2004. Jun Jin dilahirkan secara luar nikah dan kerana bantahan yang kuat dari keluarga ibunya, ibu bapa Jun Jin terpaksa berpisah, menyebabkan Jun Jin dibesarkan oleh neneknya. Bapa beliau berkahwin semula, namun bercerai semasa zaman remaja Jun Jin. Isteri ketiga bapanya terbukti seorang ibu yang penyayang dengan menjaga Jun Jin dan adik beliau seperti anak sendiri. Ibu tirinya juga berjaya mengesan ibu kandung Jun Jin dan menghubungkan mereka kembali. Walaupun mereka berdua tidak dapat berjumpa selalu, mereka berjanji untuk sentiasa berhubungan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1998: Debut dengan Shinhwa[sunting | sunting sumber]

Disokong oleh teman sekolah tinggi, An Chil-hyun, Jun Jin dapat melepasi uji bakat sebagai ahli untuk Shinhwa. Beliau debut dengan mereka sebagai penyanyi rap, bersama Eric Mun dan Andy Lee. Bagaimanapun, semasa pelancaran album kelima Perfect Man, beliau telah mula menyanyikan bahagian-bahagian lain sehingga ke album-album seterusnya sehingga mereka bertukar agensi ke Good Entertainment. Di bawah naungan Good Entertainment, Jun Jin telah melangkah setapak lagi dengan menyanyi solo untuk lagu berjudul "Painfully Loving You". Jun Jin melancarkan sebuah single tidak lama selepas itu berjudul "Sarangee Ohji Anayo" (Love Doesn't Come) lalu memulakan kerjaya solo.

Jun Jin membintangi drama hit 2004 terbitan KBS berjudul Forbidden Love bersama pelakon wanita popular, Kim Tae-hee. Beliau juga pernah membintangi drama-drama banjun. Pada 2009, beliau dan ahli-ahli rancangan hiburan Infinite Challenge membuat penampilan istimewa untuk satu episod dalam drama terbitan MBC berjudul Queen of Housewives.

2006-2007: Artis solo[sunting | sunting sumber]

Jun Jin mengeluarkan single pertama pada November 2006 bertajuk "사랑이 오지 않아요" (diterjemahkan sebagai "Love Doesn't Come"), dengan jumlah lima lagu, termasuk lagu utama dan versi instrumentalnya. Anehnya, beliau memutuskan untuk mencuba genre balada walaupun beliau terkenal dengan kekuatan kemahiran menarinya (mereka yang mempunyai kemahiran menari sebagai kelebihannya dianggap tidak mempunyai kekuatan vokal yang diperlukan untuk sebuah lagu balada di Korea). Namun, ini kerana genre balada sedang popular di Korea pada waktu itu; artis tarian seperti Baek Ji-young dan kumpulan Jun Jin sendiri pernah melancarkan lagu balada sebagai lagu utama mereka. Single itu mampu berada di dalam carta, walaupun tidak menjadi hit. Pada Disember 2006, Jun Jin telah dimasukkan ke hospital; walaupun disarankan untuk tinggal lebih lama, beliau hanya tinggal sekejap sahaja dan terus kembali ke jadual promosi.

Pada Januari 2007, Jun Jin mengambil bahagian dalam Hallyu Festival in Osaka yang juga menampilkankan rakan kumpulan Lee Min-woo, Kangta - H. O. T, SG Wannabe dan pelakon Song Seung-heon di Osaka Dome.

Pada awal Januari 2007, Jun Jin merakam satu video muzik dengan penyanyi Taiwan Linda Liao. Video muzik itu untuk kumpulan penyanyi Korea, The Name berjudul "It Could Be Love". Beliau kemudiannya merekod sebuah duet dengan Lao berjudul "Forever" dan ia juga mempunyai versi bahasa Mandarin. Kemudian, beliau melancarkan versi repackage untuk "Love Doesn't Come" dengan duet bersama Lao turut dimasukkan. Versi repackage ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan dari segi jualan, sebanyak 44,724 unit sehingga akhir tahun 2007. Pada pertengahan 2007, Jun Jin meninggalkan agensi yang menguruskan kumpulan beliau dan menubuhkan syarikat sendiri bernama JF Story Entertainment untuk lebih fokus kepada kerjaya solonya. Namun sejak itu, ia telah diuruskan oleh Open World Entertainment.

2008-2011: Televisyen dan khidmat tentera[sunting | sunting sumber]

Beliau mengeluarkan album penuh solo pertama pada 25 Paril 2008. Berjudul New Decade, single pertama dari album tersebut berjudul "Wa". Single ini mencetuskan kontroversi apabila video muziknya diberi klasifikasi kategori 19+ kerana kandungan yang berunsur seksual, lalu pengharaman tayangan dari semua stesen TV utama dikuatkuasakan serta-merta. Pada 26 April, Jun Jin mengadakan konsert solo pertama di Dewan Umum Shibuya, Tokyo. Persembahan tambahan terpaksa ditambah apabila semua 2,500 tiket terjual dalam masa lima minit.

Jun Jin muncul dalam rancangan hiburan Infinite Challenge pada April 2008 sebagai pengganti Haha, secara rasminya menjadi ahli ketujuh pada Jun 2008. Kemudian, beliau menyertai rancangan hiburan We Got Married pada awal 2009 dengan pelakon wanita Lee Si-young sebagai "isteri". Pasangan ini dikenali sebagai "pasangan Gundam" kerana obsesi Lee Si-young dengan Gundam. Mereka rasminya meninggalkan rancangan ini pada 3 Mei 2009 kerana penstrukturan semula format rancangan.

Beliau kemudian melancarkan album mini berjudul Fascination. Lagu utama berjudul "Hei Ya" yang menampilkan Son Dam-bi dan Big Tone mencapai kedudukan yang stabil dalam carta namun satu lagu lagi berjudul "Like A Fool" yang menampilkan "isteri"nya Lee Si-young mencapai kedudukan yang lebih baik. Album ini mencapai kejayaan sederhana.

Jun Jin tersenarai untuk khidmat tentera pada 22 Oktober 2009 sebagai pekerja khidmat awam selepas menjalani latihan asas selama empat minggu di kem tentera Nonsan di Provinsi Chungcheongnam-do.[1] Beliau secara rasminya tamat khidmat pada 14 November 2011 selepas bekerja di bangunan Gangnam Management Corporation, menguruskan kelab kesihatan dan tempat pakir di situ. Beliau kemudian menyertai 1st Open World Festival Tokyo anjuran agensinya pada 26 November. Sejak habis khidmat tentera, Jun Jin telah mengadakan sesi bertemu peminat Jun Jin: The Singer's Christmas Day di Taipei pada 25 Disember 2011.

2012: kembalinya Shinhwa[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2012, Jun Jin memainkan peranan utama dalam video muzik "U.F.O" oleh kumpulan penyanyi wanita Stellar, yang dihasilkan oleh rakan sekumpulan Eric Mun, di bawah agensinya Top Class Entertainment.[2]

Pada Mac 2012, Jun Jin kembali dengan ahli-ahli Shinhwa yang lain selepas empat tahun di bawah pengurusan 'Shinhwa Company'. Ia merupakan satu agensi usahasama untuk mereka bekerja sebagai satu kumpulan, dimana Eric dan Lee Min-woo adalah CEO bersama dan ahli-ahli lain adalah pemegang saham. Syarikat ini mengendalikan Shinhwa sebagai satu kumpulan manakala aktiviti solo mereka diuruskan oleh agensi masing-masing. Shinhwa melancarkan album studio kesepuluh mereka The Return pada 23 Mac 2012, melancarkan konsert 2012 Shinhwa Grand Tour: The Return di seluruh Asia dan rancangan hiburan eksklusif pertama mereka Shinhwa Broadcast yang mula ditayangkan pada 17 Mac 2012 di stesen kabel JTBC.[3][4]

Sehingga 26 Jun, Jun Jin dilaporkan telah meninggalkan agensi Open World Entertainment.[5] Sebelum konsert 2012 Shinhwa Grand Tour in Guangzhou: The Return pada 30 Jun, beliau telah menjalani pembedahan penyingkiran saraf mikroskopik pada cakera lumbar kerana sakit belakang yang kronik. Keadaan beliau menjadi semakin teruk walaupun telah mengambil rawatan sejak kembalinya Shinhwa membuatkan beliau merujuk nasihat pakar perubatan dan mengadakan pembedahan susulan. Beliau telah dinasihatkan untuk berehat dan menjalani terapi fizikal untuk enam minggu berikutnya namun masih mengikuti konsert jelajah sehingga tamat. Kerana pembedahan tersebut, Jun Jin terpaksa tidak hadir dalam rakaman episod 17 Shinhwa Broadcast "School Channel:God of Classroom" yang bersiaran pada 7 Julai 2012. Juga, kerana masih masih belum pulih dari pembedahan tersebut, beliau tidak terlibat dalam beberapa koreografi di konsert-konsert Guangzhou dan Beijing.

2013: kembalinya Shinhwa[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Februari 2013, agensi Shinhwa mengumumkan kembalinya Shinhwa melalui laman sesawang rasmi kumpulan ini. Poster untuk siri jelajah konsert 2013 Shinhwa Grand Tour: The Classic untuk mengingati 15 tahun tertubuhnya kumpulan ini telah dikeluarkan. Judul album adalah The Classic.

Jun Jin juga mengadakan konsert bualbicara secara langsung di Seoul, sesi bertemu peminat pertama dalam empat tahun, pada 18 Ogos pada pukul 5 petang waktu KST, malam sebelum hari lahir ke-34 beliau, menurut pihak penganjur SHOWNOTE pada hari Khamis. Dinamakan "JUNJIN Live Talk 2013 - 34, Between Jun Jin dan Chungjae (nama sebenar beliau)" (diterjemahkan secara kasar), lebih kurang 900 tempat telah terjual dalam masa setengah minit, SHOWNOTE menambah. Walaupun mempunyai jadual yang padat kerana siri jelajah konsert Shinhwa di Asia masih lagi berjalan, Jun dikatakan telah memberikan yang terbaik dalam semua persembahan lagu-lagunya termasuk lagu solonya "Love Is Not Coming" dan "WA" dan juga berbual tentang sepanjang 16 tahun kerjaya sebagai penyanyi idol, pelakon dan manusia.

2014: Ulang tahun debut ke-16 Shinhwa[sunting | sunting sumber]

Jun Jin menyertai konsert ulang tahun ke-16 Shinhwa bersama ahli-ahli lain di Arena Gimnastik Olimpik. Konsert tersebut diadakan selama dua hari; 22 dan 23 Mac dan Jun Jin menyatakan yang beliau berkemungkinan akan merekod album solo pada tahun ini.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran Kedudukan tertinggi carta Senarai Lagu
KOR
(RIAK)
New Decade
Together 4 Ever
  • Dilancarkan: 25 April 2008 (OWC-012)[6]
  • Tarikh terbit versi Repackage: 21 Ogos 2008 (OWC-014)[7]
  • Syarikat rakaman: Open World Entertainment
  • Jualan: 20,000+
5[8]

EP[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran Kedudukan tertinggi carta Senarai Lagu
KOR
(RIAK)
Fascination
  • Dilancarkan: 7 Mei 2009 (L200000765)[9]
  • Syarikat rakaman: Open World Entertainment
  • Format: CD
  • Bahasa: Korea
N/A[A]
#Real#
#Real# in LA (repackage)
  • Dilancarkan: 7 September 2015 (L200001152)[10]
  • Tarikh terbit versi Repackage: 3 Disember 2015 (L200001191)[11]
  • Format: CD
  • Bahasa: Korea
  • Jualan: 22,832[12]
N/A[A]

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran Kedudukan tertinggi carta Senarai Lagu
KOR
(RIAK)

"사랑이 오지 않아요"("Love Doesn't Come") "Special Edition Forever" (repackage)

  • Dilancarkan: 16 November 2006 (IDCD-6002)[13]
  • Tarikh terbit edisi istimewa: 16 Februari 2007(VDCD-6016)[14]
  • Syarikat rakaman: Good Entertainment
  • Jualan: 44,724[15]
6[16]

Album Video[sunting | sunting sumber]

Title Details Senarai Lagu
Last Concert 2009: Asia Tour in Seoul
  • Dilancarkan: 16 April 16 2010[17]
  • Syarikat rakaman: Open World Entertainment
  • Format: DVD

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Hangul Nota
2002 Emergency Act 19[18] 긴급조치 19호 bersama Shinhwa

Siri Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • 2003 - Nonstop 4
  • 2004 - Forbidden Love juga dikenali Nine-Tailed Fox
  • 2005 - 해변으로 가요 (Let's Go To The Beach)
  • 2005 - Banjun Drama - SBS
  • 2008 - Here He Comes - MBC
  • 2008 - Drama Cina: You are my dreams - 你是我的夢
  • 2009 - drama harian MBC: That Person is Coming sebagai pengarah TV / penerbit (bersiaran dari 6 Okt 2008 - 27 Feb 2009)

Rancangan Hiburan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Rangkaian Peranan Nota
1999-2003 Dream Team season 1 KBS Rancangan hiburan sukan
2004-2005 Love Letter SBS peserta bersama Shinhwa (Musim 1, Episod 1-14)
2006 Shoot Dori Musim 1 KBS2 (Episod 24 - 38)
2008 Infinite Challenge MBC Ahli utama Jun Jin muncul untuk menggantikan Haha

(Jun 2008 - November 2009)

reality show: Jun Jin’s Girl MNet Pengacara (6 Ogos 2008 - 29 Oktober 2008)
2009 We Got Married MBC Ahli tetap Jun Jin dipasangkan dengan Lee Si-young

(Musim 1, Episod 42 45-55)

2012-2014 Shinhwa Broadcast JTBC Ahli utama dengan Shinhwa (Episod 1-70)
2017 Radio Star MBC Pengacara istimewa (Episod 536)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Bintang Terbaik di Anugerah Hiburan MBC 2008 -Infinite Challenge[19]
  • Hot Character Star: Jun Jin in Mnet 20's Choice Awards 2008

Rancangan Muzik[sunting | sunting sumber]

SBS Inkigayo[sunting | sunting sumber]

Tahun Tarikh Lagu
2006 17 Disember 사랑이 오지 않아요 (Love Doesn't Come)[20]

Nota[sunting | sunting sumber]

  • A ^  Gaon Music Chart mula mengeluarkan data pada 2010 selepas Persatuan Industri Muzik Korea berhenti mengumpul data pada 2008.[21] Sumber atas talian untuk carta-carta selepas Septmber 2008 dan sebelum Januari 2010 tidak tersedia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Park So-yoen "Fans from Asia see off Jun Jin to army" 10 Asia. 22 October 2009. Retrieved 2011-11-11
  2. ^ Sunwoo, Carla (3 February 2012). "Jun Jin to star in Stellar music video". Joongang Daily. Diarkibkan daripada asal pada 10 July 2012. Dicapai 4 May 2012.  Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  3. ^ "Shinhwa to release upcoming 10th album on March 23". 10 Asia. 16 March 2012. Dicapai 2012-03-26. 
  4. ^ Park, HyunMin (4 March 2012). "Shinhwa to have Shinhwa Broadcast". Mnet News. CJ E&M. Dicapai 12 November 2012.  Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  5. ^ Ho, Stewart (26 June 2012). "Shinhwa's Jun Jin's Contract With the Scandal-Plagued Open World Entertainment Ends". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai 26 June 2012.  Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  6. ^ "전진 1집 - New Decade". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada asal pada 26 February 2015. Dicapai 26 February 2015. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  7. ^ "전진 1집 - New Decade[repack.]". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada asal pada 26 February 2015. Dicapai 26 February 2015. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  8. ^ "2008. 4 월 - 가요음반 판매량". Recording Industry Association Korea (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada asal pada 12 November 2008. Dicapai 25 February 2015. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  9. ^ "전진 - Fascination: 미니앨범[한정판]". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada asal pada 26 February 2015. Dicapai 26 February 2015. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  10. ^ "전진 - Real: 미니앨범 2집[한정판]". Hanteo (dalam bahasa Korean). Dicapai 7 December 2015. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  11. ^ "전진 - Real: 미니앨범 2집, Repack.[한정판]". Hanteo (dalam bahasa Korean). Dicapai 7 December 2015. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  12. ^ Total sales for "REAL":
  13. ^ 전진 - 사랑이 오지 않아요. Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada asal pada 26 February 2015. Dicapai 26 February 2015. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  14. ^ "전진 - 사랑이 오지 않아요: CD + DVD". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada asal pada 26 February 2015. Dicapai 26 February 2015. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  15. ^ 2007.총결산 판매량. Recording Industry Association Korea (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada asal pada 16 December 2008. Dicapai 25 February 2015. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  16. ^ "2006. 11월 - 가요음반 판매량". Recording Industry Association Korea (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada asal pada 26 December 2008. Dicapai 25 February 2015. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  17. ^ "전진 - Last Concert 2009: Asia Tour In Seoul(SRN)". Hanteo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada asal pada 26 February 2015. Dicapai 26 February 2015. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  18. ^ "Emergency Act 19" IMDb. Retrieved 2012-08-31.
  19. ^ http://absolutshinhwa.wordpress.com/2008/12/30/081230-junjin-wins-best-star-award-at-mbc-entertainment-awards/
  20. ^ The Music Trend#Mutizen Song Winners
  21. ^ Han, Sang-hee (February 23, 2010). "Korea Launches First Official Music Charts Gaon". The Korea Times. The Korea Times. Diarkibkan daripada asal pada August 4, 2010. Dicapai November 24, 2010. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Shinhwa