Jun Maeda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Jun Maeda (麻枝 准, Maeda Jun, lahir pada 3 Januari 1975) merupakan seorang lelaki Jepun yang bekerja untuk sebuah syarikat perisian iaitu Key; dia merupakan penyumbang yang besar sebagai penulis senario utama, penulis lirik dan penggubah muzik untuk judul-judul novel visual yang dihasilkan syarikat tersebut. Nama lahirnya dalam kanji ditulis sebagai Maeda Jun (前田 純), meskipun tiada perubahan dari segi sebutan. Asalnya daripada Mie, Jepun, dia telah menamatkan pembelajarannya daripada sekolah menengah Kaisei dan kemudian telah menamatkan siswazahnya daripada Universiti Chukyo dalam bidang psikologi. Sebelum membentuk Key, Maeda bekerja dengan sebuah syarikat iaitu Tactics di mana dia telah membantu dalam dua buah judul ciptaan untuk syarikat rersebut: Moon. dan One: Kagayaku Kisetsu e. Setelah menubuhkan Key, Maeda telah mula bekerja keras dalam penciptaan judul-judul terkenal seperti Kanon, Air dan Clannad. Selain itu, Maeda juga merupakan penulis kepada sebuah siri manga berjudul Hibiki's Magic.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]