Jund Hims

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jund Hims[1] (Arab: جند حمص, "daerah tentera Homs") Homs")[2]) adalah satu daripada empat[3] daerah tentera wilayah Syria pada zaman pemerintahan Khalifah-khalifah. Ibu negerinya Homs, dan daerah mengambil nama sempena nama ibu negeri.[1] Pusat-pusat bandar utama daerah ini ialah Latakia, Tadmur, Jableh, Kafr Tab, Tarsus, Salamiyah, Bulunyas dan Kubu kota Khawabi.[4]

Selepas penaklukan Syria oleh tentera Muslim pada abad ke-7 M, Khalifah al-Rasyidin, Khalifah Umar al-Khattab membahagikan Syria Raya kepada emapat daerah. Jund Hims menjadi daerah paling utara. Selepas kemunculan dinasti bani Umaiyah, khalifahnya Muawiyah I membahagikan daerah-daerah utara kepada Jund Hims dan Jund Qinasrin. Garis sempadan selatan Jund Hims terletak di selatan Qarah sementara perbatasan utara terletak di perkampungan al-Karasyiyah. Pada arah timur terletak bandar-bandar Tadmur dan al-Qaryatain.[5]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b mahupun daerah moden dan kota dipanggil "Homs" daerah-daerah tentera pada zaman Kekhalifahan dikenali dengan nama transliterasi.
  2. ^ Kremer, Alfred and Bukhsh, Salahuddin Khuda (1961) Politics in Islam: Von Kremer's Staatsidee des Islams (4th edition) Muhammed Ashraf, Lahore, Pakistan, page 124, OCLC 10521479
  3. ^ Tiga yang lain adalah Jund Dimashq, Jund al-Urdun dan Jund Filastin. Album, Stephen and Goodwin, Tony (2001) Sylloge of Islamic Coins in the Ashmolean: The Pre-Reform Coinage of the Early Islamic Period Ashmolean Museum, Oxford, England, pages 84–85, ISBN 1-85444-173-6
  4. ^ al-Muqaddasi quoted in le Strange, 1890, p.39.
  5. ^ le Strange, 1890, p.25.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • le Strange, Guy (1890). Palestine Under the Moslems: A Description of Syria and the Holy Land from A.D. 650 to 1500. London: Alexander P. Watt for the Committee of the Palestine Exploration Fund. OCLC 1004386.