June Lojong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
June Lojong
Kelahiran
Junainah binti M. Lojong

(1978-07-07) 7 Julai 1978 (umur 45)
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2016–kini
PasanganNam Ron (k. 2004)
Anak-anak3

Junainah "June" M. Lojong (lahir 7 Julai 1978) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah isteri kepada pelakon veteran, Nam Ron dan banyak bergiat aktif dalam televisyen, filem dan teater.[1] Menerusi filem Redha lakonannya, June memenangi Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-29.[2] Selain itu, beliau juga memiliki wajah seiras pelakon, Nadiya Nisaa.

Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Redha Alina Filem pertama
2019 Roh[4] Tok
2023 Tiger Stripes Munah
Eraser Juri 3 Penampilan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Sembil9n Asie Astro Citra
2021 Diari Seorang Suami Mak Yah TV3

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Pelakon Wanita Harapan Dirinya sendiri Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bakat dihargai, June Lojong mahu aktif berlakon". Kosmo!. 27 September 2017. Dicapai pada 14 Mac 2019.
  2. ^ Kemalia Othman (25 September 2017). "Komitmen June Lojong Terhadap Keluarga Puncanya". mStar Online. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  3. ^ Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.
  4. ^ Ali Toupan Rajalee (13 Disember 2021). "Junainah Lojong 'berguru' dengan wanita misteri tinggal di hutan demi hidupkan watak dukun dalam filem 'Roh'". mStar Online. Dicapai pada 14 Mac 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]