Junior Malanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Junior Malanda
Krasnodar-Wolfsburg (15).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhBernard Malanda-Adje
Tarikh lahir(1994-08-28)28 Ogos 1994
Tempat lahirBrussels, Belgium
Tarikh kematian10 Januari 2015(2015-01-10) (umur 20)
Tempat kematianPorta Westfalica, Jerman
Ketinggian1.81 m (5 ka 11+516 in)
Posisi permainanPemain tengah bertahan
Kerjaya remaja
2000–2001VK Sint-Agatha-Berchem
2001–2003FC Ganshoren
2003–2004RSCUP Dieleghem Jette
2004–2005Brussels
2005–2007Anderlecht
2007–2012Lille
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2011–2012Lille II17(1)
2012–2013Zulte Waregem35(3)
2013–2015VfL Wolfsburg17(2)
2013Zulte Waregem (pinjaman)17(3)
Jumlah86(9)
Pasukan kebangsaan
2009Belgium B158(0)
2009–2010Belgium B1610(0)
2010–2011Belgium B179(0)
2011–2012Belgium B184(0)
2012Belgium B197(0)
2013–2014Belgium B2115(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Bernard Malanda-Adje (28 Ogos 1994 – 10 Januari 2015) atau nama samarannya Junior Malanda, merupakan pemain bola sepak Belgium dan kali terakhir beliau bermain untuk kelab VfL Wolfsburg.

Beliau meninggal dunia pada 10 Januari 2015 apabila kereta yang dinaikinya terbabas di utara Jerman.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Malanda memulakan kerjayanya di kelab remaja R.S.C. Anderlecht. Pada 1 Julai 2007, Malanda berpindah ke kelab Lille OSC. Beliau kemudian kembali ke kelab Zulte Waregem. Di Waregem, beliau bermain sebanyak 65 perlawanan, menjaringkan lapan gol serta lima hantaran.

Pada 31 Julai 2013, VfL Wolfsburg menandatangani Malanda bersama bayaran sebanyak €4juta. Namun, beliau dipinjam semula ke bekas kelabnya, Waregem di Belgium.

Beliau membuat debut untuk Wolfsburg ketika menang 3–0 ke atas Mainz 05. Malanda menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga ketika menang 3-1 ke atas Werder Bremen. Namun, kecederaan yang dialaminya terpaksa beliau berehat sepanjang musim 2013–14. Pada musim 2014–15, beliau membuat 10 penampilan dan membuat dua hantaran.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Januari 2015, pada pukul 3:25 pm waktu tempatan, Malanda dalam perjalanan ke utara Jerman. Kemudian kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebuah pokok di tepi jalan. Polis mengesahkan Malanda tidak memakai tali pinggang keledar ketika berlakunya kemalangan dan membuatkan beliau tercampak serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Pengurus Wolfburg, Peter Smeets mengatakan Malanda telah memandu kereta dengan melebihi had laji enam bulan sebelum kejadian iaitu beliau memandu sekitar 200 km/j. Pemain bola sepak ternama termasuk Thibaut Courtois, Nicklas Bendtner, Benedikt Höwedes, Kevin De Bruyne, Mario Götze dan ramai lagi telah melakukan penghormatan terakhir kepada beliau dalam media sosial.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]