Pergi ke kandungan

Jura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jurassic)
Jura
201.4 ± 0.2 – ~145.0 Ma
Peta dunia ketika pertengahan Tempoh Jura, sekitar 170 Ma.
Kronologi
Peristiwa penting zaman Jurasik
lihat • bincang • sunting
-205 —
-200 —
-195 —
-190 —
-185 —
-180 —
-175 —
-170 —
-165 —
-160 —
-155 —
-150 —
-145 —
Anggaran skala masa peristiwa penting sepanjang zaman Jurasik.
Paksi menegak: juta tahun dahulu.
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahKewujudan pertama amonit Psiloceras spelae tirolicum.
Sempadan bawah GSSPKeratan Kuhjoch, pergunungan Karwendel, Alps Kapur Utara, Austria
47°29′02″N 11°31′50″E / 47.4839°N 11.5306°E / 47.4839; 11.5306
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP2010
Takrif sempadan atasTidak ditakrifkan secara formal
Calon takrif sempadan atas
Calon keratas sempadan atas GSSPNone


Jura ialah nama khusus untuk satu tempoh geologi dan sistem stratigrafi yang menjangkau dari akhir Tempoh Trias pada 201.4 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke permulaan Tempoh Kapur, kira-kira 145 jtd. Tempoh Jura membentuk tempoh pertengahan Era Mesozoik dan dinamakan sempena Pergunungan Jura, yakni kawasan lapisan batu kapur dari zaman itu mula dikenal pasti.

Permulaan tempoh Jura ditandakan dengan peristiwa kepupusan Trias-Jura major, yang dikaitkan dengan letusan Wilayah Magma Atlantik Tengah (CAMP). Permulaan Peringkat Toars bermula sekitar 183 juta tahun yang lalu dan ditandakan dengan Peristiwa Anoksik Lautan Toars, yakni episod global anoksia lautan, pengasidan lautan, dan peningkatan suhu global yang dikaitkan dengan kepupusan, bermungkinan disebabkan oleh letusan wilayah igneus besar Karoo-Ferrar. Walau bagaimanapun, penghujung tempoh Jura tidak mempunyai sempadan yang jelas dan muktamad dengan tempoh Kapur dan merupakan satu-satunya sempadan antara tempoh geologi yang kekal tidak ditentukan secara rasmi.

Menjelang permulaan tempoh Jura, superbenua Pangea telah mula pecah menjadi dua daratan: Laurasia di utara dan Gondwana di selatan. Iklim Jura adalah lebih panas berbanding sekarang, dan tiada litupan ais. Hutan tumbuh berhampiran dengan kutub, dengan hamparan kering yang besar di latitud yang lebih rendah.

Di daratan pula, fauna beralih daripada fauna Trias, yang didominasi oleh kedua-dua dinosauromorf dan arkosaur pseudosukia, kepada fauna Jura yang didominasi oleh dinosaur sahaja. Burung pertama muncul semasa tempoh Jura, berevolusi daripada cabang dinosaur teropoda. Peristiwa besar lain termasuk kemunculan ketam dan biawak moden yang terawal, dan kepelbagaian mamalia awal. Krokodilomorf membuat peralihan daripada kehidupan daratan kepada kehidupan akuatik. Lautan didiami oleh reptilia lautan seperti ichthyosaur dan plesiosaur, manakala pterosaur pula ialah vertebrata terbang yang dominan. Jerung dan pari moden mula muncul dan mengalami kepelbagaian dalam tempoh tersebut. Flora pada ketika itu didominasi oleh paku-pakis dan gimnosperma, termasuk konifer, yang kebanyakan kumpulan moden tumbuhan tersebut membuat penampilan pertama mereka dalam tempoh itu, serta kumpulan lain Bennettitales yang telah pupus.

Etimologi dan sejarah

[sunting | sunting sumber]
alt=A realistic black-and-white portrait of Brongniart, who is clean shaven with a full head of hair. He is dressed in a formal jacket
Portrait of Alexandre Brongniart, who coined the term "Jurassic"

Takrifan kronostratigrafi "Jura" berkaitan dengan Pergunungan Jura, iaitu banjaran gunung berhutan yang berada di sepanjang sempadan Perancis–Switzerland. Nama "Jura" itu diterbit dari akar Celt *jor melalui bahasa Gaul *iuris "gunung berkayu", yang kemudian dipinjam ke dalam bahasa Latin sebagai nama tempat dan berevolusi menjadi Juria dan akhirnya Jura.

Sewaktu persinggahan di kawasan berkenaan pada tahun 1795, ahli alamiah Jerman Alexander von Humboldt mengenal pasti mendapan karbonat dalam kawasan pergunungan Jura berbeza dari segi geologi berbanding Muschelkalk Trias di selatan Jerman, tetapi dia tersilap membuat kesimpulan bahawa batuan tersebut bertarikh lebih tua. Dia kemudian menamakan batuan yang dijumpainya itu Jura-Kalkstein ('batu kapur Jura') pada tahun 1799.[1][2]

Pada tahun 1829, ahli alamiah Perancis iaitu Alexandre Brongniart dalam buku bertajuk Tableau des terrains qui composent l'écorce du globe ou essai sur la structure de la partie connue de la terre ("Gambaran Memuka Pembentuk Kerak Bumi atau Karangan Mengenai Binaan Tanah Bumi Diketahui") menggunakan ungkapan terrains jurassiques menghubungkaitkan "Jura-Kalkstein" yang ditemui oleh Humboldt dengan batu kapur oolit di Britain yang usianya sebaya.[3][1]

  1. ^ a b Ogg, J.G.; Hinnov, L.A.; Huang, C. (2012), "Jurassic", The Geologic Time Scale (dalam bahasa Inggeris), Elsevier, m/s. 731–791, doi:10.1016/b978-0-444-59425-9.00026-3, ISBN 978-0-444-59425-9, dicapai pada 2020-12-05
  2. ^ Bloos, Gert; Page, Kevin N. (2002-03-01). "Global Stratotype Section and Point for base of the Sinemurian Stage (Lower Jurassic)". Episodes. 25 (1): 22–28. doi:10.18814/epiiugs/2002/v25i1/003. ISSN 0705-3797.
  3. ^ Brongniart, Alexandre (1829). Tableau des terrains qui composent l'écorce du globe ou essai sur la structure de la partie connue de la terre [Description of the Terrains that Constitute the Crust of the Earth or Essay on the Structure of the Known Lands of the Earth] (dalam bahasa Perancis). Strasbourg, France: F.G. Levrault – melalui Gallica. From p. 221, footnote 2: "Souvent aussi calcaire oolithique moyen ou principal ( great oolithe ) ; mais le nom de terrains jurassiques nous paroît préférable […] analogue à celle de la chaîne du Jura." (Often also middle or principal oolitic limestone (great oolithe); but the name of "Jurassic terrains" seems to us preferable, because it is more general, because it indicates a terrain composed of different rocks, being in a geognostic position analogous to that of the Jura chain.)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]