Jurey Latiff Rosli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jurey Latiff
KelahiranJurey Latiff bin Mohd Rosli
(1966-07-13) 13 Julai 1966 (umur 53)
Lenggong, Perak, Malaysia
Nama lainJurey
PekerjaanPengarah, penerbit filem
Tahun aktif2005 - kini
PasanganStelyviana Sapireh (2014 - kini)
Anak14
SaudaraAizad Rosli (adik)

Dato' Jurey Latiff Rosli (lahir 13 Julai 1966) merupakan seorang pengarah televisyen dan filem Malaysia, terkenal dengan hasil kerja di televisyen dan filem. Beliau juga merupakan pengasas bersama syarikat penerbitan miliknya, World Evolution Brain (M) Sdn. Bhd.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem, Dato Jurey pernah bertugas di AIROD, Subang di unit Sheet Metal.

Jurey memulakan kerjaya dalam penerbitan pada 1996 sebagai pengurus produksi di syarikat swasta. Setelah menerima pengalaman, pada tahun 2004, cubaan beliau sebagai pengarah dengan ditunjuk ajar pengarah pengarah terkenal seperti Along Kamaludin telah membuahkan kejayaan. Jurey telah dinobatkan sebagai pengarah terbaik Anugerah Seri Angkasa (2005) melalui drama Hari Hari Terakhir Seorang Wanita.

Jurey dan bekas isterinya menubuhkan World Evolution Brain (M) Sdn. Bhd. yang mengkhususkan kepada penerbitan televisyen dan filem, yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan.

Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai presiden kepada tiga pertubuhan iaitu Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG), Mantan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM).

Pada tahun 2011, beliau mengarahkan filem sulungnya, Libas yang dibintangi oleh Rosyam Nor, Johan Raja Lawak dan Scha Al-Yahya.

Beliau kini bergiat aktif dalam menguruskan rumah produksi Lenggong TV yang beribu pejabat di Perak. Beliau juga mempunyai homestay Teratak Kapten Rosli, Boat House Cruise Tasik Raban, dan Longhouse Campsite di Lenggong,Perak

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bapa beliau, Allahyarham Kapten (B) Mohd Rosli Yahya merupakan seorang pesara askar.[1] Adiknya, Mohd Aizad Rosli merupakan bekas suami kepada pelakon, Balkisyh Semundur Khan.

Beliau telah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai 14 orang anak. Pada tahun 2013, beliau telah kalah dalam saman fitnahnya berjumlah RM10 Juta terhadap TV3 berhubung satu wawancara dalam program MELODI siaran 2008 kerana didakwa curang dalam perkahwinan.[2]

Anak sulung beliau, Mohd Najmuddin meninggal dunia pada November 2012 akibat nahas jalan raya.[3]

Pada tahun 2014 Jurey telah berkahwin untuk kali keempat. Beliau juga membawa isteri baharunya berbulan madu di Paris, Perancis. Isteri baharunya itu dilaporkan berasal daripada Sabah.

Isterinya yang bernama Stelyviana juga telah menjadi ejen minyak wangi pada tahun 2017. Jurey menubuhkan syarikat produksi perfileman yang baharu buat isteri baharu kesayangannya agar isteri beliau menjadi usahawan yang berjaya. Nama syarikat mereka adalah New Line Film Sdn Bhd.[1] Jurey dan Stelyviana berkenalan ketika Stelyviana memulakan kerjayanya sebagai pelakon ekstra drama tentera arahan Jurey.

Pada 11 November 2015, Jurey dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.[4]

Anak lelakinya, Mohd Ashraff berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia pada 31 Ogos 2016.

Karya[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Airmata Papa (2005)
  • Hari-Hari Terakhir Seorang Perempuan (2005)
  • Datang Bulan (2009)
  • Balik Raya (2012)
  • Pautan Kasih Rebecca (2012)
  • Paku di Tiang (2016)

Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Raya Sendirian (2008)
  • Pintu Taubat (2010)
  • Maharani dan Mak Yong (2013)
  • Selera Etnik (2013)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Athirah Dzulkifli (27 Ogos 2017). "Malay Regiment, sebuah lagi naskhah patriotik". Utusan Malaysia. Dicapai 1 September 2017. 
  2. ^ BERNAMA (16 Julai 2013). "Jurey Latiff Kalah Saman TV3". mStar Online. Dicapai 2 Disember 2013. 
  3. ^ Wahiduzzaman (30 November 2012). "Jurey Latiff terkilan kematian anak ulangi tragedi kemalangan pakcik". mStar Online. Dicapai 3 Ogos 2013. 
  4. ^ Feride Hikmet Atak (30 November 2012). "Gelaran Datuk diterima Jurey Latiff satu pengiktirafan". mStar Online. Dicapai 3 Disember 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]