Juruteknik talian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Juruteknik Talian)
Juruteknik Talian ("Lineman")
Juruteknik Talian membaiki talian kuasa yang rosak
Pekerjaan
NamaPekerja talian, Juruteknik Talian kuasa, Linesman (Inggeris British)
Jenis
Dipanggil
Sektor kegiatan
Penjanaan kuasa eletrik
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Juruteknik Talian adalah seorang yang mahir menyelenggara kemudahan pengagihan dan penghantaran arus kuasa elektrik. Istilah ini merujuk kepada mereka yang bekerja pada umumnya pemasangan dan penyelenggaraan di luar. Mereka yang memasang dan menyelenggaraan pendawaian eletrik dalam bangunan dikenali sebagai juru eletrik. Istilah ini juga diguna pakai untuk orang yang memasang dan menyelenggara telefon, telegraf, TV kabel dan talian serat optik yang lain.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pekerjaan ini bermula dengan penggunaan meluas telegraf dalam tahun 1840-an . Telegraf boleh digantung di atas pokok, tetapi tiang kayu dengan cepat diterima pakai sebagai kaedah pilihan. Istilah juruteknik talian telah digunakan bagi mereka yang memasang tiang kayu dan menggantungkan wayar. Istilah ini terus digunakan dengan ciptaan telefon pada tahun 1870-an dan permulaan elektrik pada tahun 1890-an.

Kerja kuasa elektrik baru ini adalah lebih merbahaya berbanding kerja telegraf atau telefon kerana risiko renjatan elektrik. Antara tahun 1890-an dan 1930-an, kerja-kerja talian telah dianggap sebagai salah satu pekerjaan yang paling berbahaya. Kira-kira 1 dalam 2 juruteknik talian terbunuh di tempat kerja , [perlu rujukan] kebanyakannya akibat kejutan elektrik. Ini membawa kepada pembentukan organisasi buruh untuk mewakili pekerja dan mendesak bagi keselamatan mereka. Ini juga membawa kepada penubuhan program rintisan dan penubuhan piwaian keselamatan yang lebih ketat, bermula pada tahun 1930-an. Pergerakan Kesatuan di Amerika Syarikat yang diketuai oleh juruteknik talian Henry Miller, pada tahun 1890 telah dilantik sebagai presiden yang Persaudaraan Antarabangsa bagi Pekerja Eletrik ("International Brotherhood of Electrical Workers", atau "Electrical Wiremen and Linemen's Union, No. 5221") bagi Persekutuan Buruh Amerika.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Henry Miller: IBEW's Founder Kindled a Legacy". International Brotherhood of Electrical Workers, AFL-CIO, CLC. Dicapai pada 30 August 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]