Just Faaland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Just Faaland
Kelahiran (1922-01-25)25 Januari 1922
Oslo 800px-Flag of Norway.svg.png Norway
Kematian 20 Januari 2017(2017-01-20) (umur 94)
Warganegara Norway
Terkenal kerana Anggota perangka
Dasar Ekonomi Baru
Tajuk (Tan Sri)

(Tan Sri) (Dr) Just Faaland, PSM, (lahir 25 Januari 1922) di Oslo, Norway adalah seorang ahli ekonomi politik berbangsa Norway. Beliau merupakan seorang penyelidik pembangunan di Chr. Michelsen Institute (CMI) semenjak tahun 1952. Beliau juga adalah salah seorang individu yang bertanggungjawab di dalam pembentukan Dasar Ekonomi Baru Malaysia. Beliau juga adalah Pengarah Am bagi Institut Penyelidikan Dasar Makanan Antarabangsa.[1]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Faaland dikurniakan darjah Royal Norwegian Order of St. Olav dari negaranya sendiri dan juga gelaran kehormat Tan Sri, dan memegang Ijazah kehormat daripada University of Bergen dan Universiti Malaya. Pada 4 Ogos 2010, beliau dikurniakan sebagai salah seorang daripada empat penerima Anugerah Merdeka 2010 di dalam kategori Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia . Penerima Anugerah Merdeka 2010 yang lain adalah Datin Paduka Mother Mangalam Iyaswamy Iyer(Pendidikan dan Komuniti), Profesor Emeritus Dr. Yong Hoi Sen dan Profesor Dr. Harith Ahmad (Pencapaian Ulung Akademik).[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]