Justin Bartha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Justin Bartha
Justin Bartha 2.jpg
Bartha pada 2011
KelahiranJustin Lee Bartha
(1978-07-21) 21 Julai 1978 (umur 40)
Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat
Pusat pendidikanTisch School of Arts
PekerjaanPelakon, penulis, penerbit
Tahun aktif1998–kini
PasanganLia Smith (k. 2014)
Anak1

Justin Lee Bartha (dilahirkan pada 21 Julai 1978) ialah seorang pelakon, penulis dan penerbit Amerika, yang dikenali dengan lakonannya sebagai Riley Poole dalam siri filem ''National Treasure'', Doug Billings dalam trilogi ''The Hangover'' dan David Sawyer dalam siri komedi NBC, The New Normal.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Bartha dilahirkan di Fort Lauderdale, Florida, dan berpindah ke West Bloomfield, Michigan, ketika dia berumur lapan tahun.[1] Bapanya, Stephen, ialah seorang pengusaha harta tanah, manakala ibunya, Betty, ialah seorang guru sekolah. Dia mempunyai seorang abang bernama Jeffrey. Bartha dibesarkan dalam keluarga yang mengikut ajaran Judaisme Pembaharuan.[2][3][4] Selepas menamatkan persekolahan daripada West Bloomfield High School pada 1996, dia berpindah ke New York dan mempelajari pembikinan filem dan teater di Tisch School of Arts, New York University.[5]

Karier[sunting | sunting sumber]

Bartha memulakan karier filemnya di belakang kamera sebagai pembantu penerbitan bagi filem Analyze This. Debut lakonannya tiba dengan filem pertamanya, 54, sebagai pengunjung kelab malam. Dia menulis dan mengarahkan sebuah filem pendek, Highs and Lows dengan Darrell M. Smith sebagai penerbit bersama, yang ditayangkan di Festival Filem South by Southwest pada 2003.[6] Selain itu, dia menulis, menerbitkan dan membintangi rintis MTV berjudul The Dustin and Justin Show.[6]

Bartha memegang watak utama dalam Gigli dan Carnival Sunyang dihentam teruk pada 2003 sebelum watak bersamanya dalam National Treasure (2004) sebagai Riley Poole, yang melonjakkannya ke dalam arus perdana.[7]

Pada 2006, Bartha memegang watak dalam Failure to Launch dan Teachers terbitan NBC yang hanya ke udara sebanyak enam episod.

Pada November 2007, Bartha membintangi drama-komik indie, Holy Rollers. Wataknya mengumpan seorang Yahudi Hasidi muda (Jesse Eisenberg) menjadi seorang pengedar pil khayal. Penggambaran bermula pada musim bunga 2008 di New York, dan filem itu diterbitkan pada 2010.[8] Bartha berpasukan kembali dengan Eisenberg dalam Asuncion.[9] Bartha juga membintangi bersama Catherine Zeta-Jones dalam filem Bart Freundlich, The Rebound yang mengisahkan pemuda berumur 25 tahun yang memulakan hubungan cinta dengan jirannya yang merupakan seorang ibu tunggal yang lebih berusia, penggambaran filem itu bermula pada April 2008 di New York dan berakhir pada Jun. Dalam siri filem komedi The Hangover, dia memegang watak Doug Billings, salah seorang anggota "Wolfpack" yang melakukan perjalanan hujung minggu bersama trio itu. Setelah berparti liar selama bermalam-malam, dia hilang dan rakan-rakannya terburu-buru mencarinya di merata tempat.

Bartha membintangi sebagai Max dalam teater kebangkitan semula Broadway Lend Me a Tenor oleh Ken Ludwig. Dia membuat persembahan bersama Tony Shalhoub, Anthony LaPaglia, Brooke Adams, dan Jan Maxwell. Sebuah komedi farsa, ia diarahkan oleh Stanley Tucci dan pratontonnya bermula di Music Box Theatre pada 11 Mac 2010, dengan tarikh pembukaan rasminya adalah pada 4 April 2010. Pada 2011, Bartha menandatangani untuk membintangi tayangan perdana teater Zach Braff, All New People di Second Stage Theatre. All New People bermula pada 28 Jun dan berlanjutan hingga pertengahan Ogos. Anna Camp, David Wilson Barnes dan Krysten Ritter turut membintangi dalam produksi ini di bawah arahan Peter DuBois.[10] Pada Februari 2012, Bartha menandatangani untuk turut membintangi dalam pilot komedi NBC, The New Normal.[11] Pada 7 Mei 2012, NBC mengarahkan projek itu disirikan.[12] Rancangan itu berkisarkan satu pasangan gay (yang dilakonkan Bartha dan Andrew Rannells) dan ibu tumpang (Georgia King) yang dipilih mereka untuk mengandungkan anak mereka. Tayangan perdananya adalah pada 11 September 2012,[13] tetapi dibatalkan secara rasmi pada tahun berikutnya pada 10 Mei 2013.[14]

Pada 2014, Bartha membintangi satu lagi teater Jesse Eisenberg, A Little Part of All Of Us, bersama Eisenberg, untuk Playing On Air, sebuah organisasi tanpa faedah yang “merakam teater pendek bagi radio umum dan fail media digital yang ditulis oleh penulis-penulis lakon yang handal dan dipersembahkan oleh pelakon-pelakon yang cemerlang.”[15][16]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bartha mengahwini pengajar kesihatan Lia Smith di Oahu, Hawaii, pada 4 Januari 2014.[17] Pada 13 April 2014, Lia melahirkan anak perempuan mereka, Asa Charlotte.[18] pernah bekerja dengan Matrix Theatre Company, menjadi pengarah jemputan Teen Company dalam "Are You Passing?", sebuah teater tentang keadaan pendidikan di Detroit.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Judul Watak Catatan
1998 54 Pengunjung kelab Tidak dikreditkan
1999 Tag Kip Woffard Filem pendek
2003 Gigli Brian
2002 Carnival Sun Brian Filem pendek
2004 Strip Search N/A Filem TV
2004 National Treasure Riley Poole
2005 Trust the Man Jasper Bernard
2006 Failure to Launch Ace
2007 National Treasure: Book of Secrets Riley Poole
2008 New York, I Love You Justin Segmen: "Randy Balsmeyer"
2009 Hangover, TheThe Hangover Doug Billings
2009 Jusqu'à toi Jack Juga sebagai penerbit eksekutif
2009 Rebound, TheThe Rebound Aram Finklestein
2010 Holy Rollers Yosef Zimmerman
2011 Hangover Part II, TheThe Hangover Part II Doug Billings
2011 Dark Horse Richard
2013 Hangover Part III, TheThe Hangover Part III Doug Billings
2013 CBGB Stiv Bators
2016 Sticky Notes Bryan Pasca-penerbitan
TV
Tahun Judul Watak Catatan
2006 Teachers Jeff Cahill Watak utama; 6 episod
2009 WWII in HD Jack Werner (suara) Siri mini; 5 episod
2012–2013 New Normal, TheThe New Normal David Sawyer Watak utama; 22 episod
2016 Cooper Barrett's Guide to Surviving Life Josh Barrett Watak utama
Teater
Tahun Judul Watak Catatan
2010 The 64th Annual Tony Awards Performing Artist
2010 Lend Me a Tenor Max Broadway Revival

Music Box Theatre

2011 All New People Charlie Second Stage Theatre
2011 Asuncion Vinny Off-Broadway

Rattlestick Playwrights Theater

2013 The Sunshine Boys Ben Ahmanson Theatre

Center Theatre Group

2015 Permission Eric MCC Theatre

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Double Take". Dicapai July 4, 2009. Bartha, 27, whose family belonged to Temple Israel, where he had his bar mitzvah. 
  2. ^ "EXCLUSIVE: Jesse Eisenberg and Justin Bartha Take Flight in Holy Rollers". MovieWeb. May 21, 2010. Dicapai May 21, 2010. 
  3. ^ "Justin Bartha Interview for Holy Rollers". The Cinema Source. May 20, 2010. Dicapai August 11, 2012. 
  4. ^ Mester, Ilan (June 10, 2010). "Justin Bartha Talks Holy Rollers, Hangover 2". Shalom Life. Dicapai June 26, 2010. To prepare for the part, Bartha – who is Jewish – ... 
  5. ^ Wigney, James (March 13, 2010). "The Rebound Ace". Sunday Herald Sun. Dicapai May 21, 2010. 
  6. ^ a b "Justin Bartha Biography". Dicapai September 16, 2006. 
  7. ^ "Justin Bartha Interview, National Treasure 2". MoviesOnline. Dicapai July 4, 2009. 
  8. ^ Goldstein, Gregg (November 18, 2007). "Drug-dealing Jews inspire comic drama". Reuters. Dicapai November 5, 2007. 
  9. ^ "The New Yorker Digital Edition : May 25, 2015". archives.newyorker.com. Dicapai 2016-01-06. 
  10. ^ "Justin Bartha, Anna Camp Sign On for Zach Braff's Off-Broadway Play". Broadway.me. Dicapai May 31, 2011. 
  11. ^ Ausiello, Michael (February 22, 2012). "Scoop: Hangover's Justin Bartha Joins Ryan Murphy's NBC Comedy Pilot The New Normal". TV Line. Dicapai August 11, 2012. 
  12. ^ "'The New Normal': NBC Orders Ryan Murphy Comedy And J.J. Abrams Drama To Series". The Huffington Post. May 7, 2012. Dicapai August 11, 2012. 
  13. ^ Goldman, Eric (June 14, 2012). "NBC Sets Fall Premiere Dates: Community, The Office and More". IGN.com. Dicapai August 11, 2012. 
  14. ^ Heredia, Gustavo (May 13, 2013). "'The New Normal' Star Justin Bartha Talks About The Show's Cancelation". huffingtonpost.com. Dicapai May 21, 2013. 
  15. ^ Mogol, Allen (2015-02-23). "Broadway Direct". broadwaydirect.com. Dicapai 2016-08-04. 
  16. ^ PlayingOnAir (2015-09-14). "New Podcast! A LITTLE PART OF ALL OF US by Jesse Eisenberg". Playing On Air. Dicapai 2016-08-04. 
  17. ^ "Report: Justin Bartha Marries Lia Smith". People. January 5, 2014. 
  18. ^ Monde, Chiderah (April 21, 2014). "Justin Bartha, wife Lia Smith welcome first child together: report". NEW YORK DAILY NEWS. Dicapai June 4, 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]