Pergi ke kandungan

Justin Wong Yung Bin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Justin Wong Yung Bin
黄勇斌
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16
Dalam jawatan
26 September 2020 – 6 Oktober 2025
Didahului olehWong Sze Phin (PH-DAP)
Kawasan pilihan rayaSri Tanjong (N69)
Majoriti8,880 (2020)
3,113 (2025)
Maklumat peribadi
Lahir1992 [perlu rujukan]
Parti politik     WARISAN (2022 - kini)
DAP (hingga 2022)
KediamanTawau, Sabah
PekerjaanAhli Politik

Justin Wong Yung Bin (lahir 1992 [perlu rujukan]) merupakan seorang ahli politik dari negeri Sabah dan juga ADUN mewakili Sri Tanjong dari Parti Warisan.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Justin Wong dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk Sri Tanjong pada Pilihan raya negeri Sabah 2020 mewakili DAP di bawah tiket WARISAN.[1]

Pada 26 Mac 2022, Wong bersama ADUN Elopura iaitu Calvin Chong Ket Kiun mengumumkan keluar daripada DAP dan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Parti Warisan Shafie Apdal, menandakan perpindahan beliau ke Parti Warisan. Langkah ini dilaporkan secara meluas oleh media tempatan dan nasional.[2][3]

Sebagai ADUN Sri Tanjong, Wong aktif mengangkat isu pembangunan dan peruntukan untuk kawasan Tawau di sidang Dewan Undangan Negeri. Beliau turut memberi komen dan desakan berhubung beberapa isu negeri termasuk rundingan lesen perlombongan dan dakwaan salah laku yang dibangkitkan pada tahun 2025.[4][5]

Wong telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Penerangan parti WARISAN.[6][7][8][9]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Pilihan raya negeri Sabah 2020: Sri Tanjong
Parti Calon Undian % ∆%
WARISAN Justin Wong Yung Bin 11,150 75.57 4.92
PN Fung Len Fui 2,270 15.39
PHRS Yapp Yin Hoau 568 3.85 0.66
LDP Lim Ting Khai 276 1.87
GAGASAN Wong Su Vui 117 0.79
PCS Kour Ken-Keat 80 0.54
Bebas Chung Yaw Vui 52 0.35
PPRS Ricky Pang Siau Chern 46 0.31
Jumlah undi sah 14,559 98.68
Jumlah kertas undi ditolak 139 0.94
Kertas undi tidak dikembalikan 96 0.65
Keluar mengundi 14,794 55.84 17.46
Pemilih berdaftar 26,493
Majoriti 8,880 60.18 11.70
WARISAN kekal Peralihan
Sumber

"KEPUTUSAN PILIHAN RAYA YANG DIPERTANDINGKAN DAN PENYATA PENGUNDIAN SELEPAS PENJUMLAHAN RASMI UNDI".

Pilihan raya negeri Sabah 2025: Sri Tanjong
Parti Calon Undian % ∆%
WARISAN Justin Wong Yung Bin 9,774 52.59 22.98
DAP Philip Yap Wui Lip 6,661 35.84 35.84
SABAH STAR Fung Len Fui 1,133 6.10 6.10
IMPIAN Joseph Mosusah 412 2.22 2.22
Bebas Wong Su Vui 306 1.65 1.65
KDM Ricky Hong Chee Kiong 298 1.60 1.60
Jumlah undi sah 18,584 98.26
Jumlah kertas undi ditolak 281 0.01
Kertas undi tidak dikembalikan 49 0.01
Keluar mengundi 18,914 50.67 5.17
Pemilih berdaftar 37,327
Majoriti 3,113 16.75 43.43
WARISAN kekal Peralihan
  1. ^ "Justin Wong Yung Bin - Politikus - Sinar Project". Politikus (Sinar Project) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 September 2025.
  2. ^ "Two Sabah reps who quit DAP join Warisan". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 26 March 2022. Dicapai pada 7 September 2025.
  3. ^ "Former DAP reps join Warisan". Daily Express Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 26 March 2022. Dicapai pada 7 September 2025.
  4. ^ "Have courage, debate graft scandal in Sabah assembly - Warisan rep". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 13 April 2025. Dicapai pada 7 September 2025.
  5. ^ "Are Tawau voters being punished for electing me? - Justin". The Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). 15 April 2025. Dicapai pada 7 September 2025.
  6. ^ "Kerajaan Sabah Diseru Lebih Agresif Tarik Pelancong Asing – Justin Wong". Sabah News Today Portal #1 (dalam bahasa Inggeris). 2025-10-30. Dicapai pada 2025-11-11.
  7. ^ "Warisan menunggang isu, bukan perjuangkan hak Sabah – Rafie". Sabah Media (dalam bahasa Inggeris). 2025-10-21. Dicapai pada 2025-11-11.
  8. ^ "Sabah mesti dapat semula hak tadbir sendiri: Justin". www.dailyexpress.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2025-11-07. Dicapai pada 2025-11-11.
  9. ^ Oriental, Warta (2025-10-20). "Warisan hanya tahu menunggang isu, bukan memperjuangkan hak Sabah – Rafie". Warta Oriental (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-11.