Jutawan Fakir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jutawan Fakir
Poster keluaran tayangan
PengarahAbdul Razak Mohaideen
Penulis
  • Wan Aida Wan (skrip asal)
  • Abdul Razak Mohaideen (cerita)
Lakon layarAzhari Zain
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 18 Disember 2003 (2003-12-18) (Malaysia)
Masa tayangan
83 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM2.2 juta

Jutawan Fakir ialah sebuah filem komedi Malaysia 2003 arahan Abdul Razak Mohaideen. Dibintangi oleh Saiful Apek, Waheeda,[1] Bob Kuman dan ramai lagi, filem ini ditayangkan pada 18 Disember 2003.[2] Sebenarnya, filem ini asalnya dijadualkan untuk tayangannya pada 1 Januari 2004, namun diawalkan kepada 18 Disember 2003.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan kehidupan seharian Fakir Bin Miskin, seorang anak muda yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah syarikat di ibu kota. Perwatakan dan gelagatnya yang sentiasa ceria membuatkan rakan sepejabatnya sentiasa terhibur. Namun, Fakir sentiasa kesempitan wang dan sering meminjam dari teman wanitanya, Zura, menyebabkan hutangnya keliling pinggang. Hari demi hari kehidupan Fakir semakin tersempit hinggakan ditinggalkan Zura. Bagaimanapun pada suatu hari, nasib menyebelahi Fakir apabila dia menjumpai sebuah beg berisi banyak wang hasil dari rompakkan seorang perompak yang cuba menyembunyi dan melarikan motosikal Fakir, dan sejak itu kehidupannya berubah. Kekayaannya berlipat ganda apabila pelaburannya membuahkan hasil.

Dia juga tidak kedekut untuk menderma pada mereka yang susah Fakir juga menggunakan kekayaannya untuk membeli syarikat tempat kerjanya dahulu yang hampir muflis Dan menyelamatkan kesemua rakan sekerjanya dulu hasil dorongan rakan kerja perempuannya. Kehidupan Fakir sangat bahagia disamping 'keluarga' barunya. Namun demikian, jiwa Fakir mula gelisah apabila mendapat tahu wang yang dijumpai itu adalah wang rompakkan. Polis datang untuk menahan Fakir disebabkan oleh tuduhan penyalahgunaan wang yang dirompak. Namun Fakir mula tersedar dari tidur dan sedar kesemua yang dialami itu hanyalah mimpi sebelum dia menggunakan kesemua wang itu (kemungkinan sebuah visi akan apa akibat bakal ditanggung oleh Fakir sekiranya dia menggunakan wang tersebut kerana matlamat tidak menghalalkan cara, salah tetap salah).

Keesokkan harinya, Fakir telah pergi ke bank dan berjumpa pengurus bank (Azlee) yang dirompak bagi memulangkan kembali wang tersebut. Pada mulanya Encik Azlee tidak mempercayai Fakir namun setelah penjelasan dibuat Fakir, beliau memutuskan memberikan ganjaran sebanyak RM100,000,00 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat keberadaan wang yang dirompak. Disebabkan Fakir menjumpai wang tersebut maka Fakir telah menerima ganjaran RM 98,000,00 (tolak dua ribu kerana Fakir guna buat bayar sewa rumah). Fakir gembira akan ganjaran yang diterima dan memeluk Encik Azlee tanda kesyukuran akan beban yang sedikit kurang setelah Fakir memperolehi RM 98,000,00 di dalam simpanannya... Seterusnya kesemua terserah kepada Fakir mahu gunakan untuk tujuan apa RM 98,000,00 itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon sampingan[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Iqram Dinzly pernah melakonkan watak tambahan dalam filem ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Jutawan Fakir diarahkan oleh Abdul Razak Mohaideen dengan cerita oleh beliau sendiri manakala skrip asalnya ditulis oleh Wan Aida Wan. Filem ini merupakan percubaan sulung penyanyi Waheeda dalam bidang lakonan. Ia juga merupakan lakonan pertama Aedy Ashraf. Sebelum penyertaannya dalam Raja Lawak Astro, Tauke Jambu pernah melakonkan watak kecil dalam filem ini.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Jutawan Fakir dikeluarkan pada 18 Disember 2003 di 39 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.[4][5] Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM2.2 juta dalam tempoh 20 hari tayangan.[6]

Akmal Abdullah dari Berita Harian berpendapat bahawa filem ini "muncul sebagai filem tempatan masa kini yang dihasilkan dalam konsep komik komedi, sesudah sekian lama industri filem Malaysia kekurangan genre sedemikian".[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abdul Aziz Itar (11 Disember 2003). Waheeda - Mahu berlakon filem aksi Diarkibkan 2018-02-28 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Februari 2010.
  2. ^ Akmal Abdullah (24 Disember 2003). "Jutawan Fakir mampu cabar LOTR". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  3. ^ Akmal Abdullah (19 September 2003). "Jutawan Fakir tidak ditayang musim raya". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-09-23. Dicapai pada 6 Julai 2018.
  4. ^ "Jutawan Fakir seisi keluarga". Berita Minggu. 14 Disember 2003. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  5. ^ Akmal Abdullah (18 Disember 2003). "Jutawan Fakir masuk 39 pawagam". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  6. ^ Akmal Abdullah (12 Januari 2004). "5 filem MMP kutip RM13.3 juta". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-01-14. Dicapai pada 6 Julai 2018.
  7. ^ Akmal Abdullah (4 Ogos 2003). "Jutawan Fakir mahu tarik kanak-kanak". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mac 2020.