Juvana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi filem, lihat Juvana (filem).
Juvana
GenreAksi
Drama
PengarahFaizal Ishak
Dibintangi oleh
Zahiril Adzim
Bront Palarae
Beto Kusyairy
Izreen Azminda
Johan As'ari
Lagu pembukaan"Babak Pertama" oleh Drama Band
Lagu penutup"Babak Pertama" oleh Drama Band
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim1
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifMd. Alfie Palermo
PenerbitKabir Bhatia
Mira Mustaffa
Francis Foo
Syarikat penerbitan
Filmscape Television
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format audioStereo
Siaran asal25 April – 18 Julai 2011
Kronologi
MengikutiGemilang
Diikuti olehSupermak
Pautan luar
Laman sesawang

Juvana (digayakan sebagai JUVANA) ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Isnin di TV3, bermula dari 25 April 2011 dan berakhir pada 18 Julai 2011. Drama ini diarahkan oleh Faisal Ishak, lakonan Zahiril Adzim, Bront Palarae, Beto Kusyairy, Izreen Azminda dan Johan As'ari. Ia berkisarkan tentang Daim (lakonan Zahiril Adzim) yang berusia 17 tahun dihantar ke Sekolah Juvana Wira Bakti di Hulu Langat, Selangor atas tuduhan membunuh ibunya sendiri, sedangkan beliau tidak bersalah.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah Juvana bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan As'ari). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tersebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin (Beto Kusyairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Irfan Roslan sebagai Cikgu Azmee
  • Johan As'ari sebagai Botak
  • Syazwan Zulkifli sebagai Apek
  • Adam Shah sebagai Ayam
  • Faerzril sebagai Kicap
  • Mohd Shafiq Ikmal sebagai Gaban
  • Shukri Yahaya sebagai Fit
  • Idzham Ismail sebagai Panjang
  • Add Syuhada sebagai Chong
  • Riki Rikardo Idris sebagai Gajah
  • Mohd Khairul Kamal sebagai Ain/Komeng
  • Eyka Farhana sebagai Nadia
  • Mak Wan sebagai Auntie
  • Hariry sebagai Tony

Penampilan istimewa[sunting | sunting sumber]

Watak tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Talha Harith sebagai Black
  • Fimie Don sebagai Kedah
  • Liza Shahdan sebagai Ibu Ayam
  • Fathil Dani sebagai Bapa Gaban
  • Kismah Johar sebagai Ibu angkat Komeng (tidak dikreditkan)
  • Roslee Sako sebagai Bapa Botak (tidak dikreditkan)
  • Amai Kamaruddin sebagai pengedar dadah (tidak dikreditkan)
  • Nor Amisah Abdullah sebagai Ibu Apek (tidak dikreditkan)
  • Aizad Ahmad sebagai Pengawas Sekolah (tidak dikreditkan)

Maklumat tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Shukri Yahaya berlakon dalam siri drama Juvana sebanyak 6 episod. Watak Fit lakonannya dimatikan dalam episod 6 kerana Fit meninggal dunia akibat dos dadah berlebihan.
  • Nama pemain tenis No. 1 Amerika, mendiang Arthur Ashe disebutkan dalam episod 6 drama ini apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda) memberikan gambar Ashe yang diberikan oleh bapanya kepada Daim (Zahiril Adzim). Seperti yang diterangkan oleh Cikgu Zakiah kepada Daim, selepas beberapa tahun memenangi Wimbledon, Ashe dijangkiti AIDS, ini kerana doktor tersilap memasukkan darah ke dalam tubuhnya, doktor memberikannya darah HIV positif.
  • Dalam episod 13, Warden Raja (Bront Palarae) ditahan oleh polis kerana terlibat dalam penyelewengan wang, Warden Raja menggunakan wang milik Sekolah Juvana Wira Bakti untuk kegunaan peribadinya. Dalam filem Juvana The Movie, Warden Raja muncul pada babak akhir.
  • Dalam episod akhir, Daim dibebaskan kerana beliau didapati tidak bersalah, 10 tahun kemudian, beliau menjadi tenaga pengajar di Wira Bakti.
  • Ulang Siar di TV9 slot kelakadrama pada 16 Ogos 2019

Filem[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pemenang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Isnin, 9 malam
Sebelumnya Juvana
(25 April – 18 Julai 2011)
Berikutnya
Gemilang Supermak
(jenama slot Aksi dipulihkan)