Juvana (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Juvana
JuvanaTheMovieposter01.jpg
Poster filem Juvana The Movie menampilkan watak-watak filem ini
Pengarah Faisal Ishak
Penerbit Kabir Bhatia, Mira Mustaffa, Francis Foo
Penulis Alfie Palermo
Dibintangi oleh Johan As'ari
Zahiril Adzim
Syazwan Zulkifli
Sharnaaz Ahmad
Syafie Naswip
Adlin Aman Ramlie
Disunting oleh Adilan Azemi
Mula ditayangkan
24 Januari 2013
Tempoh tayangan
87 minit
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 2.08 juta
Box office RM 2.86 juta

Juvana merupakan sebuah filem genre aksi yang ditayangkan pada 24 Januari 2013 di Malaysia. Filem ini merupakan kesinambungan siri Juvana yang pernah ditayangkan dalam televisyen, yang pernah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik ASK 2011. Filem ini turut mengekalkan barisan pelakon dari siri televisyennya, seperti Zahiril Adzim, Johan As'ari dan beberapa muka baru seperti Sharnaaz Ahmad sebagai Lan Todak.

Plot[sunting | sunting sumber]

Cerita bermula selepas kejadian rusuhan pelajar di Sekolah Wira Bakti, dimana kerja-kerja pembersihan dilakukan pihak berkuasa. Pelajar-pelajar yang tinggal di sekolah itu di hantar ke sekolah baru, dimana mereka akan meneruskan sesi penahanan mereka di sekolah baru. Apek, Ayam, Kicap, Panjang dan Komeng dihantar menaiki lori polis ke sekolah yang telah di tetapkan, iaitu Sekolah Indera Sakti. Turut disertakan sekali, Botak, pelajar yang telah dituduh mencetuskan huru-hara di Sekolah Wira Bakti.

Pada masa yang sama, Daim, pelajar yang telah dibebaskan, meneruskan pembelajarannya di sekolah yang baru. Daim bakal menghadapi SPM tidak lama lagi, namun tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik hasil sokongan dari Pengetua. Daim turut dibelenggu masalah buli disekolah baru dan berjumpa kawan baru, iaitu Sara.

Botak terpaksa menerima keadaan di tempat baru, dengan berkawan rapat dengan Apek. Dalam mereka cuba mengadaptasikan tempat baru, mereka dipertemukan dengan "kepala" kawasan itu, Lan Todak. Mereka cuba mengelak daripada melakukan kesilapan sama, dengan berbuat baik dengan setiap pelatih di sekolah baru tersebut.

Daim yang kini telah dibebaskan, terpaksa melakukan dua kerja, iaitu sebagai pelajar, dan pekerja syarikat pembinaan, kepunyaan seorang tauke melayu. Namun, kehidupan Daim tidak semudah yang disangka. Kehadiran pelajar yang kurang berdisiplin mengganggu kehidupan Daim. Kehadiran Sara sedikit sebanyak mengubah kesengsaraan yang dialaminya.

Keadaan di dalam Sekolah Indera Sakti tidak mudah buat Apek dan rakan-rakannya. Apek dan Kicap sempat menemui ibu dan ahli keluarga sewaktu sesi lawatan keluarga. Kicap yang bakal keluar tidak lama lagi dapat dihidu oleh geng Lan Todak. Pada waktu tersebut, Apek risaukan keadaan ibunya yang sedang sakit. Lalu, Lan Todak bersama Jamal dan rakan-rakan yang lain cuba mencipta huru-hara bagi melambatkan lagi tempoh Kicap di sekolah tersebut. Pergaduhan tercetus dan akhirnya mereka yang terlibat diletakkan dalam tahanan. Apek merayu supaya beliau dilonggarkan berikutan ingin melihat ibunya yang sakit. Namun, tidak diendahkan kerana tidak ada sesiapa yang terlibat dalam pergaduhan tersebut ingin membuka mulut tentang pergaduhan itu. Takdir menentukan, Apek tidak sempat melihat ibunya kerana pada malam tersebut, ibunya meninggal dunia.

Situasi tersebut membuatkan Apek dalam keadaan tidak tentu hala. Botak, yang menginginkan kembali zaman beliau, telah mengapikan Apek supaya memukul Lan Todak. Peluang tiba buat Apek, apabila Lan Todak ingin mandi. Lalu, Apek melunaskan segalanya. Mereka yang terlibat didenda. Botak yang begitu berpuas hati dipanggil oleh Warden Tuan Ali untuk memberi pengajaran buat beliau, terus menghilangkan kekejaman yang selama ini merajai jiwa Botak sejak dulu lagi. Insiden tersebut turut mengubah kelakuan Apek, yang kini mengambil alih kelakuan Botak.

Daim mengambil keputusan untuk berhenti sekolah, berikutan pembongkaran kisah silam beliau oleh pelajar yang tidak bertanggung-jawab. Kes Daim tersebut turut mengguris hati Sara, lalu Sara mulai meninggalkannya. Namun, dorongan Pengetua memberikan kekuatan buat Daim untuk terus belajar disana. Kejadian sebenar dijelaskan oleh Daim sendiri, dan akhirnya diterima oleh semua orang termasuklah Sara. Mereka berjumpa di surau selepas sekolah. Namun mereka diserang oleh budak-budak tidak berdisiplin itu, sehingga menyebabkan Daim dihantar ke hospital.

Di Sekolah Indera Sakti, Botak, sedikit demi sedikit berubah kearah kebaikan. Namun, perubahan tersebut tidak disenangi Apek, yang menginginkan beliau kembali seperti dulu. Namun, Botak atas sokongan Panjang dan Komeng, tetap ingin berubah. Ayam kini menjadi orang kanan Apek.

Ketika dihospital, Kicap terserempak dengan Daim, lalu menceritakan keadaan di sekolah baru itu. Keadaan yang kurang baik itu menyebabkan Daim mengambil keputusan untuk melawat mereka. Masanya tiba, Daim dapat melawat sahabat-sahabatnya. Namun, kejadian yang tidak diingini berlaku. Lan Todak memimpin gerakan rusuhan di sekolah tersebut, sambil melaungkan nama Botak, berikutan sejarah beliau di Sekolah Wira Bakti. Para pelawat diletakkan dalam kawalan rapi, sementara Apek dan kawan-kawan pergi melihat keadaan yang berlaku. Mereka yang pernah melalui situasi seperti itu, telah membawa keluar para pelawat dari kawasan tersebut.

Apek yang pertama menemui Lan Todak. Berlaku pertarungan antara mereka sehinggalah Daim sampai untuk menyelamatkan Apek. Botak tiba untuk melakukan perhitungan denga Lan Todak. Botak cuba memberi nasihat, namun tidak diendahkan oleh Lan Todak. Berlakukan pergaduhan antara mereka sehingga mencederakan Botak. Belum sempat Lan Todak ingin menamatkan hidup Botak, Warden Tuan Ali tiba dan menangkap Lan Todak.

Mereka yang terlibat dihukum dan tempoh tahanan pelajar-pelajar Wira Bakti telah dikurangkan atas jasa mereka semasa situasi tersebut. Pada babak akhir, mereka ditegur oleh Warden Encik Raja (Bront Palarae).

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak Sekolah Wira Bakti[sunting | sunting sumber]

Watak Sekolah Indera Sakti[sunting | sunting sumber]

Watak-Watak Lain[sunting | sunting sumber]

Pembikinan[sunting | sunting sumber]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Filem ini masih mengekalkan teraju utama dalam siri televisyennya, dengan beberapa muka baru dibawa masuk bagi memberi kesegaran dalam siri filem ini. Pelakon-pelakon baru tersebut ialah Sharnaaz Ahmad yang membawa watak Lan Todak, seorang pelatih di Sekolah Indera Sakti. Turut sama, pemenang Pelakon Pembantu FFM 22 Shafie Naswip sebagai Jamal, dan Adlin Aman Ramlie, yang pernah tercalon untuk dua kategori, iaitu Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM 21 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada festival yang sama, memegang watak sebagai Warden Tuan Ali, seorang bekas pelatih sekolah juvana, yang mengetahui perit-jerit sebagai seorang pelatih[1].

Filem ini turut menampilkan isteri kepada Zahiril Adzim, iaitu Shera Ayob, memegang watak sebagai Sara, rakan Daim di sekolah barunya. Ini merupakan gandingan kedua mereka selepas filem Sesuatu Yang Tertinggal.

Bagi pengarah, Faizal Ishak, beliau tidak mempunyai banyak masalah dalam mencari keserasian pelakon-pelakon, kerana mereka telah lama beersama sejak siri televisyen lagi.

Pemilihan Sharnaaz Ahmad selaku pemegang watak Lan Todak meenerima pujian atas keberkesanan watak yang dijayakan. Aksi beliau sebagai seorang pelajar yang `psiko' diteerjemahkan dengan baik. Ini secara langsung menggerakkan lagi perjalanan cerita ini.

Pengambaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengambil lokasi sebuah pusat PLKN di Rawang selama 17 hari. Teknik sinematografi yang dilakukan berjaya memberikan rasa sebuah pesat pesalah juvana yang begitu kelam. Aksi-aksi pertarungan mengambil masa dua hari bagi menghasilkan sebuah aksi yang terbaik[2].

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Filem ini turut mencipta kontroversi. Antaranya pergaduhan melibatkan dua pelakon mereka[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Siri televisyen (drama)
2012
Juvana (filem)
2013
Diikuti oleh:
Juvana 2 : Terperangkap Dalam Kebebasan
2015

Pautan luar[sunting | sunting sumber]