Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Juvana 2 :Terperangkap Dalam Kebebasan
PengarahFaisal Ishak
PenerbitKabir Bhatia
Francis Foo
Dato Seri Wong Chun Wei
Mira Mustafa
Dibintangi olehJohan As'ari
Zahiril Adzim
Adam Shahz
Pekin Ibrahim
Hasnul Rahmat
Sheira Ayob
Farhanna Qismina
Eyka Farhana
Nad Zainal
Riki Rikando
Mula ditayangkan
29 Oktober 2015
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan adalah sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Faisal Ishak. Filem ini ditayangkan pada 29 Oktober 2015

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan kehidupan tiga bekas pelajar iaitu Botak, Daim dan Ayam yang menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula selepas mereka berdua dibebaskan lebih awal selepas menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan di Sekolah Indera Sakti yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang pernah memusuhi mereka sebaik saja bekas pelajar Wira Bakti dipindahkan ke sekolah tersebut.

Mereka kemudiannya telah bertekad untuk mengubah kehidupan mereka dan tidak mahu lagi terlibat dengan dunia jenayah. Botak memulakan hidup bersama ayahnya, manakala Ayam juga memulakan hidupnya dengan menyara kehidupan adik-adiknya. Pada masa yang sama, Daim juga berhasrat untuk menyambung pengajiannya di Universiti Malaya dalam bidang guaman dan memulakan hidup baru bersama teman wanitanya, Sara, yang sering menyatakan membuang masa dengan melepak bersama rakannya kerana mahu mengelakkan Daim untuk mengingatkan kenangan lampaunya ketika ditahan. Namun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik juga tidak mudah seperti yang mereka harapkan.

Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka.Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka.

Bagaimanapun, ayah Botak merupakan seorang penagih dadah, manakala adik Ayam menjadi konco kepada kumpulan gangster yang dikenali sebagai Geng Jebat. Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka. Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka. Jalan terakhir mereka adalah hanya seorang saja yang mampu meminta pertolongan demi untuk kebebasan mereka dari belenggu kisah silam mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Watak
Johan As'ari Botak
Zahiril Adzim Daim
Adam Shahz Ayam
Pekin Ibrahim Tok Ki
Hasnul Rahmat Cikgu Raja
Shera Aiyob Sara
Farhanna Qismina Midah
Eyka Farhana Nadia
Hafreez Adam Megat
Nad Zainal Nabila

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Juvana (filem)
2013
Juvana 2 : Terperangkap Dalam Kebebasan
2015
Diikuti oleh:
Juvana 3: Perhitungan Terakhir
2016

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]