Jyothika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jyothika Filmfare 2014.jpg

Jyothika Saravanan(Punjabi: ਜ੍ਯੋਥਿਕਾ ਸਦਾਨਾਹ) merupakan bekas pelakon wanita yang telah berlakon dalam beberapa filem Tamil, Kannada, Malayalam, Telugu dan Hindi. Filem yang terbaik dilakon olehnya ialah Chandramukhi, Vettaiyaadu Villaiyaadu dan Mozhi.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Jyothika lahir kepada Chander Sadanah, penerbit filem dan Seema Sadanah, pada 18 Oktober 1978 di Mumbai, India. Dia lahir dalam sebuah keluarga Punjabi.Pelakon Nagma adalah kakak tirinya. Dia menamatkan sekolahnya di Learner's Academy, Mumbai. Dia kemudian mengambil jurusan Psikologi di College Mithibai di Mumbai. Dia juga mempunyai adik perempuan Roshini (lahir Radhika) dan seorang adik lelaki Suraj, yang bekerja sebagai pembantu pengarah untuk Priyadarshan.Dia berkahwin dengan pelakon Surya Sivakumar pada 11 September 2006, yang telah berlakon dengannya dalam beberapa filem. Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan, Diya, yang lahir pada bulan Ogos, 2007 dan seorang anak lelaki Dev, lahir pada bulan Jun, 2010.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Filem pertamanya adalah filem Hindi Doli Saja Ke Rakhna dengan Akshay Khanna, diarahkan oleh Priyadarshan. Dia kemudian beralih ke industri filem Kollywood. Peranan pertamanya, pada tahun 1999, merupakan penampilan cameo di Vaali, yang dibintangi Ajith Kumar dan Simran.Pada tahun yang sama, filem lain, Poovellam Kettuppar dikeluarkan. Dia memainkan peranan sebagai cinta protagonis, bersama suaminya, Surya Sivakumar. Dia dianugerahkan Anugerah Filmfare Tamil Pelakon Terbaik untuk peranannya dalam Kushi. Dia juga menerima Anugerah Filem Negara Tamil Nadu untuk pelakon terbaik untuk Perazhagan pada tahun 2004, Chandramukhi tahun 2005 dan Mozhi pada tahun 2007.