K-On!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
K-On!
K-On! manga volume 1 cover.jpg
Jilid pertama manga K-On!, menunjukkan watak Yui Hirasawa.
けいおん!
(Keion!)
Genre Komedi, Muzik
Manga
Pengarang Kakifly
Penerbit Jepun Houbunsha
Anime
Pengarah Naoko Yamada
Studio Jepun Kyoto Animation
Penyiaran Asal Jepun TBS, BS-TBS
Dikeluarkan pada April 3, 2009June 26, 2009
Anime
Pengarah Naoko Yamada
Studio Kyoto Animation
Dikeluarkan pada January 20, 2010
Anime
K-On!!
Pengarah Naoko Yamada
Studio Kyoto Animation
Penyiaran Asal TBS, BS-TBS
Dikeluarkan pada April 7, 2010September 28, 2010
Portal Anime dan Manga

K-On! (けいおん! Keion!?) merupakan sebuah judul manga / komik 4 panel hasil karya Kakifly[1]. Manga ini dimulakan secara bersiri dalam sebuah majalah sejak tahun 2007, manakala siri anime dianimasi oleh studio Kyoto Animation dan mulai disiarkan di Jepun pada 3 April 2009[2]. Judulnya berasal daripada penggunaan perkataan keiongaku (軽音楽?) yang membawa maksud "muzik ringan"[3].

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

K-On! mengisahkan 4 orang pelajar sekolah di Jepun yang bersama-sama dalam sebuah kelab muzik pop yang sudah hampir ditutup. Meskipun dianggotai 4 orang pelajar sahaja, tiga daripada mereka mampu bermain alat muzik yang tertentu, kecuali anggotanya yang bernama Yui yang tidak memiliki pengalaman bermain alatan muzik. Watak utama anime ini ialah Yui Hirasawa yang tidak mempunyai kemampuan bermain alat muzik mahupun membaca buku muzik. Pada permulaan kisah K-On! Yui mempunyai masalah untuk mempelajari bermain gitar dengan baik namun prestasinya semakin meningkat terutama sekali dalam musim kedua ketika mana dia boleh bermain dengan sempurna. Selain menceritakan proses pembelajaran Yui dengan alat muzik pilihannya, K-On! juga memperlihatkan keakraban Yui dan rakan-rakannya, iaitu Mio Akiyama, Ritsu Tainaka, Azusa Nakano, dan Tsumugi Kotobuki, di samping persembahan pentas mereka yang pertama, selain daripada usaha untuk mencari ahli-ahli baru.

Watak-watak Utama[sunting | sunting sumber]

Yui Hirasawa (平沢 唯 Hirasawa Yui?)
Disuarakan Oleh: Aki Toyosaki (Bahasa Jepun), Stephanie Sheh (Bahasa Inggeris)
Yui merupakan watak utama dalam anime K-On!. Dia merupakan salah satu ahli kelab muzik ringan dan memainkan gitar "Heritage Cherry Sunburst Gibson Les Paul Standard" yang digelarnya sendiri sebagai "Gīta" "ギー太". Dia tidak mendapat gred yang bagus dalam sekolah (apabila diajar betul-betul, dia mendapat keputusan di luar jangkaan). Yui seorang yang kekok dan selalu meluangkan masa dengan perbuatan sia-sia. Dia boleh memakan apa-apa makanan pun (dan badannya tetap tidak berubah; perkara ini dicemburui Mugi, Mio, dan Sawako). Dia mempunyai seorang adik bernama Ui, yang sangat matang dan amatlah berlainan dari segi tingkah laku jika dibandingkan dengan kakaknya. Yui berlatih bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik dalam permainan gitar. Yui bermain dengan semangat yang tinggi semasa persembahan dan selalu mendapat perhatian penonton.
Yui merupakan penyanyi utama dalam Hokago Tea Time. Yui sangat senang diganggu oleh perkara lain tetapi boleh menumpukan perhatian untuk sesuatu kerja pada satu-satu masa yang tertentu. Jika Yui menumpukan perhatian kepada sesuatu dengan bersungguh-sungguh, dia sering kali akan lupa tentang perkara yang dibuat sebelumnya. Yui selalu berlatih bersungguh-sungguh untuk Hokago Tea Time. Suaranya dipuji oleh warga sekolah setelah kelab mereka melakukan beberapa persembahan.
Ritsu Tainaka (田井中 律 Tainaka Ritsu?)
Disuarakan Oleh: Satomi Satō (Bahasa Jepun), Cassandra Lee Morris (Bahasa Inggeris)
Ritsu (ataupun "Ricchan", nama gelaran yang diberikan Yui) merupakan presiden tidak rasmi kelab muzik ringan mereka dan bermain dram berjenama Rick Marotta Signature Yamaha Hipgig. Dia sering kali lupa akan tempahan yang harus dibuat untuk pentas semasa persembahan sekolah dan selalu diingatkan oleh Mio dan Nodoka. Ritsu ialah seorang yang periang, dan suka membuat lawak. Dia sangat pandai mencari duit dan untuk kejayaan kelab itu. Dia memilih dram kerana alatan tersebut dianggapnya "hebat" tetapi sebenarnya, dia memilihnya kerana mempunyai masalah dengan alatan muzik yang menggunakan pergerakan jari yang rumit. Contohnya bass, gitar dan papan nada walaupun terpaksa ditempatkan di belakang pentas.
Dia merupakan kawan Mio sejak kecil dan selalu mengusik rakannya itu terutamanya apabila Mio berasa takut akan sesuatu. Dia mencemburui Mio dan kawan-kawannya yang lain kerana kurang bersikap sebagai seorang perempuan seperti mereka berdua. Walaupun sikap dia begitu, dia dipilih memainkan watak Juliet pada musim kedua dan berjaya berlakon secara bersopan-santun. Dia mempunyai seorang adik lelaki bernama Satoshi (聡). Pemain dram yang disukainya ialah "Keith Moon of The Who".
Mio Akiyama (秋山 澪 Akiyama Mio?)
Disuarakan Oleh: Yōko Hikasa (Bahasa Jepun), Cristina Vee (Bahasa Inggeris)
Mio ialah seorang gadis pemalu dan serius di kelab muzik ringan mereka, dan merupakan seorang pemain bass yang kidal, juga salah satu penyanyi selain Yui. Dia sebenarnya ingin mengikuti kelab bahasa Inggeris namun atas permintaan Ritsu, dia menemaninya untuk menubuhkan kelab muzik ringan sekolah mereka. Dalam siri anime, Mio merupakan penyanyi ketika ketiadaan Yui dan menyanyikan beberapa lagu yang digubahnya sendiri; salah satu daripadanya berjudul "Masa Ringan dan Lembut" (Fuwa Fuwa Time).
Tsumugi Kotobuki (琴吹 紬 Kotobuki Tsumugi?)
Disuarakan Oleh: Minako Kotobuki (Bahasa Jepun), Shelby Lindley (Bahasa Inggeris)
Tsumugi, atau lebih dikenali dengan nama gelarannya "Mugi" merupakan seorang pemain piano dan juga memainkan alat muzik papan nada dalam kelab muziknya. Tsumugi merupakan anak seorang tuan perusahaan muzik. Keluarganya merupakan golongan yang kaya dan mempunyai banyak vila mewah dan sering kali dikunjungi oleh anggota kelab muziknya untuk berhibur bersama. Mugi sentiasa membawa teh dan kek (yang didedahkan didapatinya daripada sebuah kafe milik ayahnya) apabila mereka melakukan latihan di dalam bilik kelab, kadang-kala sehingga mereka tidak melakukan sebarang latihan. Pada awalnya, Mugi ingin menyertai kelab koir, namun setelah dipujuk Ritsu dan Mio, Mugi bersetuju untuk menjadi ahli kelab muzik ringan sekolahnya.
Azusa Nakano (中野 梓 Nakano Azusa?)
Disuarakan Oleh: Ayana Taketatsu (Bahasa Jepun), Christine Marie Cabanos (Bahasa Inggeris)
Azusa merupakan seorang pelajar baru yang akhirnya menyertai kelab muzik ringan sekolahnya. Dia merupakan seorang pemain gitar yang handal, meskipun umurnya muda setahun berbanding ketiga-tiga ahli kelabnya yang lain. Dia sering kali digelar sebagai "Azu-nyan" oleh ahli kelabnya setelah memakai sepasang telinga kucing dan mengatakan "nyan" (yang mana "nyan" dalam bahasa Jepun adalah sama dengan bunyi "ngiau" yang dihasilkan kucing). Meskipun tidak mengakui kehandalannya, Azusa telah bermain gitar sejak kecil lagi. Apabila Yui menemui Azusa, dia memintanya mengajar teknik-teknik tambahan untuk meningkatkan kemahirannya dengan alat muzik tersebut.

Watak-watak sampingan[sunting | sunting sumber]

Sawako Yamanaka (山中 さわ子 Yamanaka Sawako?)
Disuarakan Oleh: Asami Sanada (Bahasa Jepun), Karen Strassman (Bahasa Inggeris)
Sawako ialah guru penaung kelab muzik. Dia ialah bekas pelajar sekolah ini, seorang guru muzik, dan juga ialah anggota kelab muzik ini pada suatu ketika dahulu. Kerana masa lalunya yang buruk diketahui Ritsu, akhirnya dia bersedia menjadi pembimbing kelab ini. Pada waktu masih menjadi anggota kelab muzik, Sawako ialah pemain gitar seperti Yui dan Azusa.
Nodoka Manabe (真鍋 和 Manabe Nodoka?)
Disuarakan Oleh: Chika Fujitō (Bahasa Jepun), Laura Bailey (Bahasa Inggeris)
Nodoka ialah sahabat Yui sejak kecil dan anggota majlis pelajar. Dia selalu memperhatikan kelab muzik kerana ada Yui di dalamnya. Pada ketika di kelas 2, dia satu kelas dengan Mio dan kemudian akhirnya mereka berdua menjadi erat.
Ui Hirasawa (平沢 憂 Hirasawa Ui?)
Disuarakan Oleh: Madoka Yonezawa (Bahasa Jepun), Xanthe Huynh (Bahasa Inggeris)
Ui ialah adik Yui. Dia masuk ke sekolah yang sama dengan Yui. Dia berada di kelas yang sama dengan Azusa dan sering pergi bersamanya. Sifatnya terbalik dibandingkan dengan Yui, Ui ialah anak yang rajin, pandai memasak dan seseorang bersifat dewasa. Namun demikian, dia selalu berbangga akan Yui, kakaknya.
Jun Suzuki (鈴木 純 Suzuki Jun?)
Disuarakan Oleh: Yoriko Nagata (Bahasa Jepun), Michelle Ann Dunphy (Bahasa Inggeris)
Teman sekelas Azusa dan Ui, dan kelihatan sering berpergian bersama Ui. Ui menyuruhnya menyertai kelab muzik ringan sekolah mereka namun gagal kerana Jun berasa kelab itu aneh. Jun juga mempunyai seekor binatang peliharaan iaitu seekor kucing Anggora. Jun sangat menyesali pilihannya tidak mahu menyertai kelab tersebut apabila dia mengetahui aktiviti-aktiviti kelab itu.
Megumi Sogabe (曾我部 惠 Sogabe Megumi?)
Disuarakan Oleh: Asumi Kodama (Bahasa Jepun), Amanda C. Miller (Bahasa Inggeris)
Megumi ialah ketua OSIS[Penjelasan diperlukan] sebelum Nodoka, dia juga ketua kelab penggemar atau disebut juga Kelab Peminat Mio. Dia sering menghendap Mio semasa beberapa hari terakhirnya di sekolah kerana dia ingin melihat Mio sekali lagi. Pada minggu terakhir sebelum dia berhenti sekolah, dia memerhatikan Mio sehingga Mio berasa sangat takut. Megumi muncul dalam anime dalam episode ke-6 dan ke-7.

Episod K-on![sunting | sunting sumber]

# Tajuk Tarikh siaran asal
01 "Haibu!" (廃部!)  3 April 2009
Yui Hirasawa baru sahaja memulakan kehidupan sekolah tinggi tetapi tidak mengetahui jika dia boleh menyertai sebarang kelab. Ritsu Tainaka hendak menubuhkan semula kelab muzik ringan, yang mana akan ditunda apabila habisnya bulan April dan kelab itu sekurangya-kurangnya perlu mengandungi empat orang ahli. Ritsu meyakinkan kawannya, Mio Akiyama yang mulanya hendak menyertai kelab sastera untuk menyertai kelab muzik ringan. Tsumugi Kotobuki, yang pada mulanya hendak menyertai kelab koir, juga bersetuju untuk menyertai kelab muzik ringan. Dalam pencarian mereka mencari ahli keempat, mereka membuat poster untuk kelab itu yang menarik perhatian Yui. Disebabkan salah faham mengenai "muzik ringan", Yui bersetuju untuk menyertai kelab muzik ringan dan Yui tidak mengetahui bahawa kelab itu mencari pemain gitar sedangkan Yui tidak tahu bermain gitar. Meskipun begini, ketiga-tiga ahli kelab muzik ringan cuba untuk "menangkap" Yui dan apabila persembahan pendek dilakukan, Yui bersetuju untuk menyertai kelab muzik ringan dan dia harus belajar bermain gitar dan harus membelinya dahulu. 
02 "Gakki!" (楽器!)  10 April 2009
Kelab Muzik Ringan menolong ahlinya iaitu Yui untuk membeli sebuah gitar. Dengan ¥50,000 duit tambahan daripada duit sakunya, Yui pergi ke kedai muzik di mana Yui berjumpa dengan Gibson Les Paul yang menarik perhatian Yui, walaupun berharga ¥250,000. Lantaran itu, mereka haruslah mengambil kerja separuh masa dan akhirnya menjadi penyelidik laluan trafik. Selepas dua hari, dan mendapat hanya ¥8,000 untuk satu hari, mereka masih lagi tidak boleh membeli gitar itu. Namun, Yui memberitahu kawannya supaya mengambil duit gaji itu untuk kegunaan mereka sahaja dan dia memberitahu kawannya bahawa dia akan menyelesaikan masalahnya dengan membeli gitar yang lebih murah. Namun ketika mereka kembali ke kedai muzik itu, Yui masih lagi ingin membeli Gibson Les Paul. Dalam perjalanan kembali ke kerja separuh masa itu Tsumugi Kotobuki bertawar -tawaran dengan penjual kedai itu untuk mendapat potongan harga untuk gitar itu. Dia segera mengecam Tsumugi sebagai anak presiden perusahaan itu dan menawarkan ¥50,000. 
03 "Tokkun!" (特訓!)  17 April 2009
Yui dan kawannya sekarang mengambil ujian pertengahan tahun. Malangnya Yui berlatih bermain gitar dan tidak belajar lalu gagal dalam peperiksaan. Jika dia gagal dalam ujian semula, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti kelab dan kelab akan ditunda kerana kekurangan ahli. Sehari sebelum ujian semula, Yui masih lagi tidak belajar dan merayu pada Ritsu, Mio, dan Tsumugi agar menolongnya. Mio datang dan mengajarnya manakala Ritsu hanya mengacau dan bukannya menolong. Sehari selepas ujian semula, Yui pulang ke bilik kelab muzik dengan markah 100%. Untuk meraikanya, kawannya menyuruh Yui bermain akord gitar yang telah dipelajarinya, dan mendapati Yui melupai segalanya. 
04 "Gasshuku!" (合宿!)  1 Mei 2009
Mio menjumpai sebuah kotak yang mengandungi barang dari kelab muzik ringan sebelum ini, termaksuklah sebiji kaset dari persembahan kelab muzik ringan sebelum ini di festival sekolah. Selepas mendengar kaset itu, Mio berhasrat untuk membawa kawannya berlatih pada cuti musim panas untuk festival sekolah akan datang. Bimbangkan kos, mereka menyerahkannya kepada Tsumugi, dan mendapat sebuah vila di tepi pantai. Mio juga berhasrat rakannya berlatih bersungguh-sungguh tetapi mereka hanyalah bermain-main. Selepas berlatih pada petang itu, Mio terharu apabila Yui bermain gitar di hadapan bunga api. Mio mengakui kepada kawannya bahawa dia ingin menjadi sebaik mungkin seperti kelab muzik ringan sebelum ini, dan memainkan kaset itu kepada mereka. Semasa muzik itu dimainkan seorang perempuan bersuara menakutkan menjadi penyanyi dan menakutkan Mio. Untuk menceriakan Mio kembali, Yui memainkan gitarnya dengan sempurna dan mempelajari teknik baru. 

Album[sunting | sunting sumber]

K-On! Original Soundtrack merupakan judul kepada album runut bunyi yang digubah pada tahun 2009 untuk mengiringi anime bersiri oleh studio animasi Kyoto Animation iaitu K-On!. Album ini terdiri daripada 36 lagu berbahasa Jepun.

Lagu pembuka untuk anime bersiri ini dinyanyikan oleh keempat-empat pelakon suara latar watak utama iaitu Aki Toyosaki, Yōko Hikasa, Satomi Satō dan Minako Kotobuki, berjudul "Cagayake! Girls". Lagu penutup yang berjudul "Don't say 'lazy'" juga dinyanyikan oleh penyanyi yang sama. Pada musim kedua lagu pembukaan yang digunakan ialah "Go Go Maniac" dan lagu penutup ialah "Listen". Dari episod 13 sehingga episod seterusnya, lagu pembuka berjudul "Utaouyo Miracle" dan lagu penutup berjudul "No Thank You" telah digunakan dan masing-masing dinyanyikan oleh keempat-empat pelakon suara latar yang sama. Dalam siri pertama anime K-On!, terdapat juga sebuah lagu tambahan iaitu Fuwa Fuwa Time (ふわふわ時間 Masa Ringan dan Lembut) yang digunakan dalam episod keenam bagi siri pertama. Dalam siri kedua, lagu ini juga turut dimainkan oleh kumpulan muzik tersebut.

| K-On! Original Soundtrack diumumkan pada 3 Jun, 2009; sebahagian besar lagunya digubah oleh Hajime Hyakkoku.

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Have some tea?
  2. Morning dew
  3. Isogeya Isoge!
  4. Kawaii Inbo
  5. 2 Hiki no Koneko
  6. Ii Yume Mitene
  7. Cotton candy
  8. Virtual love
  9. Tnapopo Takkyubin
  10. Ukkari Kimi no Tame ni
  11. Genki!
  12. Oba-chan no Dance
  13. The other side of evening sun
  14. Dead soldiers (Laugh)
  15. Hold on your love
  16. Falling reinforced concrete
  17. Small flashing
  18. Kendama-Kun
  19. Karui Jodan
  20. Crape wa Ikaga?
  21. Happy languidness
  22. Emerald green
  23. My hometown where it snows
  24. Ginsekai no Asa
  25. Tea at the night of Christmas
  26. Koneko no Ensokai
  27. Patrol of stroll
  28. Doki Doki Friday night
  29. Ringo. . . Ringo. . . Ringo Ame
  30. 15-Sai no March
  31. Jajauma 3 Nin Musume
  32. Hesitation
  33. Pinch Daisuki!
  34. Dress ni Crape wa Niawanai?
  35. Anohi no Yume
  36. Happy End

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]