K.I.T.A. (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

K.I.T.A. adalah merupakan sebuah drama bertemakan percintaan dan persahabatan diantara 4 sekawan sejak dari bangku sekolah lagi. Drama ini diarahkan oleh Michael Ang dan Amor Rizan. Dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Marsha Milan, Dawn Jeremiah, Wany Omar, Sharnaaz Ahmad, Jehan Miskin, Aeril Zafrel dan ramai lagi. Drama ini telahpun disiarkan sebanyak 13 episod di saluran Astro Ria pada 5 April 2010 pada setiap hari Isnin jam 10 malam.

K.I.T.A.
GenreDrama
Persahabatan
Cinta
PenciptaMichael Ang
Ditulis olehAmor Rizan
Michael Ang
PengarahMichael Ang
Amor Rizan
Dibintangi oleh
Scha Al-Yahya
Marsha Milan
Dawn Jeremiah
Wany Omar
Lagu pembukaan"Kisah Kita" nyanyian Stacy
Lagu penutup"Kisah Kita" nyanyian Stacy
PenggubahAdi 6ixth Sense
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitRoss Kassim
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran48 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Cube Film Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar480i (SDTV)
Siaran asal5 April 2010 – 28 Jun 2010

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Plot cerita bermula dengan Kiera mengejarkan pesakit ke ICU. Kiera membuat pencubaan pernafasan kepada pesakit, dan semakin desperate bila pesakit tidak menunjukkan tindakbalas. Akhirnya, denyutan jantung pesakit terhenti dan Kiera mengalah. Di set lakonan, Ilma diserang wartawan yang mahukan kepastian tentang dirinya yang menjadi pemusnah rumahtangga orang. Alisa pula menyiapkan diri untuk presentation sebuah projek. Tina dilamar sahabatnya, William Ho. Ilma pula terkenangkan zaman sekolah. Kiera menunggu Azali yang sering cari fasal dengannya. Sampai sahaja di pintu pagar, Arief, abang Azali mengeluh. Mereka bertengkar, dan kemudiannya Kiera dan rakan-rakannya(Ilma, Tina dan Alisa), pergi mandi ditepi sungai. Malam itu, ketika bermalam di 'clubhouse' mereka, Azali sengaja menakut-nakutkan mereka. Ilma tersedar dari lamunannya. Di hospital, Azali memasuki bilik Kiera. Kiera memandang Azali dan terus memarahi Azali. Dia bertanya bila mereka akan berkahwin pula. Masa berlalu pantas. Kiera dan rakan-rakannya lulus SPM dan mereka juga memasuki universiti yang sama. Azali mula menyukai Kiera manakala Along Kiera menyukai Tina. Mereka mengekori Kiera dan rakan-rakannya pergi becuti dengan William dan Acik Kiera. Masuk ke universiti, Alisa bercinta dengan Zack yang sebenarnya sudah berkahwin, manakala Kiera jatuh pada Ryzal yang sudah bertunang. Kiera bersalah kepada Azali kerana memanggil Azali orang tiada masa depan. Dia harus mengakui dia menyayangi Azali. Dia pulang ke kampung untuk meminta maaf kepada Azali. Mereka bertengkar, dan tanpa sengaja Kiera meluahkan rasa cintanya kepada Azali. Mereka bercinta. Masa berlalu lagi, dan kini, perkahwinan Tina semakin dekat.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Utama[sunting | sunting sumber]

Dibantu oleh[sunting | sunting sumber]

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Abdul Ali
  • Shark sebagai Abdul Abu
  • Zenism sebagai Abdul Arief
  • Xavier sebagai William Ho
  • Razi Adnan sebagai Along Kiera
  • Zahid Aeit sebagai Acik Kiera
  • Azuan Mazlan sebagai Roy
  • Ezham sebagai Azmi
  • Beto Kusyairy sebagai Rizal
  • Amar Baharin sebagai Zack
  • Razif Raham sebagai Jacob
  • Lisa Ghazali sebagai Bibik

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

  • Shaharuddin Thamby sebagai Bapa Ilma
  • Seha sebagai Ibu Ilma
  • Liza Zain sebagai Mak Alisa
  • Zul Ghani sebagai Bapa Alisa
  • Cedric sebagai Uncle Ong
  • Tan Mei Ling sebagai Aunty Pei
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Bapa Kiera
  • Norasiah Atan sebagai Ibu Kiera

Pautan luar[sunting | sunting sumber]