K.S. Nijhar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

K. S. Nijhar

PSM; SPMJ (Johor); JMN
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Subang
Dalam jawatan
29 November 1999 – 13 Februari 2008
Didahului olehM. Mahalingam
Digantikan olehSivarasa Rasiah
Senator
Dalam jawatan
1985–1991
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Dalam jawatan
1989–1991
Perdana MenteriMahathir Mohamad
MenteriRafidah Aziz
Butiran peribadi
LahirKarnail Singh Nijhar A/L Amar Singh
(1936-07-02)2 Julai 1936
Pengkalan Hulu, Perak, Tanah Melayu British (kini Malaysia)
Meninggal dunia15 Jun 2021(2021-06-15) (umur 84)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Parti politikMIC (Barisan Nasional)
PekerjaanAhli politik

Tan Sri Dato' Dr. Karnail Singh Nijhar atau KS Nijhar (2 Julai 1936 – 15 Jun 2021)[1] ialah salah seorang dari tiga Naib Presiden Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen Barisan Nasional yang memperjuangkan nasib kaum India. Beliau merupakan keturunan Punjabi/Sikh dalam politik Malaysia yang dikuasai oleh etnik Tamil. Etnik Punjabi lain di Malaysia ialah Karpal Singh dari parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau lahir pada 2 Julai 1934 di Pengkalan Hulu, Perak ketika ibu kandung menaiki kereta lembu di antara Kroh dengan Kelian Intan.[2][3] Ayahnya, seorang imigran dari Punjab merupakan buruh syarikat perlombongan timah tempatan dan tiba di Tanah Melayu pada 1926. Nijhar membesar di sebuah rumah kampung tanpa sebarang kemudahan asas dan terpaksa bergantung kepada telaga bagi kemudahan air, dan warga kuil Hindu bagi makanan percuma kerana kemiskinan.[1] Beliau belajar di St Xavier Institution, Pulau Pinang (1947-1954).

Sebelum menceburkan diri dalam politik sebagai ahli MIC pada 1974, beliau merupakan seorang pensyarah ekonomi di Universiti Malaya dan satu daripada hanya dua orang bangsa India yang memiliki taraf doktor falsafah dalam bidang ekonomi di Malaysia ketika itu. Kerajaan Malaysia meminta pertolongannya bagi pelbagai inisiatif pada tahun-tahun awalnya sebagai seorang akademik, seperti memajukan "gaji staf akademik universiti-universiti Malaysia" bagi pihak Suruhanjaya Kehakiman Harun Hashim. Arshad Ayub, pengarah Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM), telah melantiknya sebagai pensyarah sambilan dan membantu mengembangkan kurikulum bagi sekolah pentadbiran perniagaan.[1]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau dikatakan berjaya menyelamatkan bangunan MIC Selangor dari dilelong pada 1980 dengan menjual dua buah keretanya. Di Parlimen Malaysia, beliau menganggotai Jawatankuasa Akaun Awam (PAC). Beliau juga pernah berkhidmat di dalam Jawatankuasa Perpaduan Negara. Beliau menang bertanding dalam pilihan raya pada 1999 dan 2004[4] bagi kerusi Subang, Selangor dengan menewaskan Irene Fernandez dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun begitu, namanya digugurkan semasa pilihan raya umum 2008 dan digantikan oleh S. Murugeson (BN/MIC), tetapi dikalahkan oleh calon PKR, Sivarasa Rasiah. Beliau bersara daripada dunia politik pada umur 72 tahun.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat: P107 Subang, Selangor[5]
Tahun Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
1999 K.S. Nijhar (MIC) 36,137 55.49% Irene Fernandez (PKR) 28,985 44.51% 67,847 7,152 73.11%
2004 K.S. Nijhar (MIC) 32,941 65.33% Mohd Nasir Hashim (PKR)1 17,481 34.67% 52,017 15,460 75.67%

Note: 1 Mohd Nasir Hashim bertanding dalam tiket PKR dalam pilihan raya umum 2004 sungguhpun merupakan ahli Parti Sosialis Malaysia, PSM.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Nijhar meninggal pada usia 85 tahun pada jam 8.00 malam 15 Jun 2021 setelah mengalami strok kritikal.[6] Upacara terakhirnya dilakukan bersama-sama dalam kalangan ahli keluarga terdekat di rumahnya di Bukit Pantai, diikuti dengan upacara pembakaran mayat di Xiao En Memorial Park, Nilai pada keesokan harinya.[7]

Anugerah dan pingat[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "KS Nijhar: 'Bullock cart boy' to political, corporate leader". Free Malaysia Today. 18 Jun 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-17. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  2. ^ "Memoir angkat semangat setia kawan". Berita Harian. 20 July 2016. Dicapai pada 18 June 2021.
  3. ^ Tan Sri Dr K. S. Nijhar (2016), The Bullock Cart Boy, MPH Group Publishing Sdn Bhd, ISBN 9789674154721
  4. ^ "MIC umum senarai calon, Subramaniam digugur". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2012-05-19.
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021.
  6. ^ "Former MIC veep KS Nijhar passes away at 85". The Star. 16 Jun 2021. Dicapai pada 17 Jun 2021.
  7. ^ "K.S. Nijhar, one of highest-ranked Punjabi Sikhs in MIC, dies at 85". The Vibes. 16 Jun 2021. Dicapai pada 17 Jun 2021.
  8. ^ a b c "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-15. Dicapai pada 25 Oktober 2018.