KDB Darulehsan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

KDB Darusehsan (07) merupakan kapal perang tentera laut Brunei jenis kapal peronda luar pantai yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Brunei.[1]

Kapal peronda luar pantai KDB Darusehsan milik Brunei merupakan kapal peronda luar pantai yang dibuat di Persekutuan Republik Jerman. Kapal peronda KDB Darusehsan memenuhi keperluan Brunei dan berperanan sebagai kapal peronda luar pantai. KBN Darulehsan merupakan kapal yang ditempah dari pembina kapal Jerman, Lurssen Werft bagi menggantikan bot peronda peluru berpandu Kelas Waspada yang telah berumur, dua darinya telah diserahkan kepada Tentera laut Indonesia sebagai pesawat latihan pada May 2010.

Kapal peronda luar pantai ini dibina 1984 oleh LUrssen Shipyard, Lemwerder, Persekutuan Republik Jerman. Ia dibina khusus sebagai kapal peronda luar pantai dan dilancarkan pada May 2011. Ia boleh dikendalikan oleh 80-90 anggota dan pegawai tentera laut. Ia turut mampu membawa 24 anggota Regimen Gerak Khas dan/atau 8 krew dan juruterbang helikopter Tentera Udara Diraja Brunei

Kapal lain dalam kelas yang sama termasuk KDB Darussalam dan KDB Darulaman. Kesemuanya berupaya berperanan bagi pertempuran di permukaan laut. KDB Darusehsan bersaiz 80 meter x 13 meter x 3,.3 meter. Berat penuh berisi sekitar 1,625 ton.

Peluru berpandu[sunting | sunting sumber]

KDB Darusehsan turut dilengkapi dengan sistem peluru berpandu anti-kapal permukaan Exocet MM-40, dan membawa empat biji peluru berpandu semuanya.


Meriam[sunting | sunting sumber]

Meriam utama kapal perang KDB Darusehsan yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam Bofors 57mm/70 caliber DP.

Penangkis countermeasures[sunting | sunting sumber]

Pelancar Sistem Pengumpanan Terma DL-6T Decoy yang dilancarkan dalam mod ganggu "distraction" atau menawan "seduction" bagi mengaburi peluru berpandu musuh. Selain itu ia turut mempunyai sistem Peperangan Eletronik dan Pengumpanan, iaitu Electronic Warfare EDO ITT 3601.


Pengesan[sunting | sunting sumber]

KDB Darusehsan memiliki radar pengesan permukaan Terma Scanter 4100 2D Surface/Air Search Radar. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas "scan mode" dan meninjau "scanning".

Radar penerima amaran kapal ini adalah Terma Scanter 4100 2D Surface/Air Search Radar bagi carian permukaan dan udara yang bersepadu dengan sistem tembakan Thales Sting EO MK2 fire-control radar. Ia turut dilengkapi dengan sistem pengawas Zeiss MEOS (Maritime Electro-Optics Surveillance) II

Sistem Pandu Arah[sunting | sunting sumber]

2 x Radar Navigasi Furano.

Tujahan[sunting | sunting sumber]

Kapal peronda KDB Darusehsan ini mempunyai dua enjin disel MTU 12V 1163 TB93 yang disambung kepada dua gandar dengan kelajuan beroperasi 20 batu nautikal. Ia bertujuan bagi meronda 200 batu nautika bagi melindungi Zon Ekonomi Eksklusif Negara dan 8000 batu nautika jika beroperasi di luar dari zon berkenaan dan mampu beroperasi sehingga 21 hari.

Pesawat anak[sunting | sunting sumber]

Selain itu ia juga mampu memuatkan pesawat Sikorsky S-70 – 14 Blackhawk Tentera Udara Diraja Brunei bagi tujuan menjejak dan mensasar sasaran. Bagi tugas pemeriksaan dan rondaan ia turut membawa bot boleh kembung kaku ("Rigid Inflatable Craft")

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]