KD 1967

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

KD 1967 merupakan kapal perang tentera laut Malaysia jenis kapal peronda kelas "Kris" yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Malaysia. KD 1967 memenuhi keperluan pertahanan laut Malaysia dari kapal-kapal musuh.

KD 1967 merupakan kapal peronda yang bertempat di Sandakan, Sabah. Ia kemudiannya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Laut Malaysia pada 27 Jun 2006.

Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KD 1967 adalah KD Kris, KD Sundang, KD Badek, KD Renchong, KD Tombak, KD 1967, KD Lembing, KD Serampang, KD Panah, KD Kerambit, KD Beladau, KD Kelewang, KD Rentaka, KD Sri Perlis, dan KD Sri Johor.

Kapal dalam kelas "Kris" memiliki seseran 96 tan piwaian, 109 tan muatan penuh. Ia sepanjang 31.4 meter dengan kelebaran 6 m dan ketinggian 1.7 m

Ia memiliki kemudahan 10 bunk di mes belakang, 6 bunk di mes hadapan, 4 bunk untuk senior rate, 1 untuk CO dan 2 untuk XO dan NO. Bilangan kemudahan yang sedia ada adalah 23 orang.


Torpedo[sunting | sunting sumber]

KD 1967 tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan torpedo.

Peluru Berpandu[sunting | sunting sumber]

KD 1967 tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan peluru berpandu.

Meriam[sunting | sunting sumber]

KD 1967 tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan meriam.

Penangkis langkah balas[sunting | sunting sumber]

KD 1967 tidak dilengkapi dengan sebarang pertahanan pelancar umpan, sebaliknya menggunakan kelajuaannya bagi mempertahankan diri.

Pengesan[sunting | sunting sumber]

KD 1967 dilengkapi dengan Radar DECCA TM 616, COLLINS 618T HF Transceiver dan RACAL PTR 171 UHF Transceiver.

Tujahan[sunting | sunting sumber]

Ia memiliki 2 enjin MTU MD655/18 diesel 3,580 kuasa kuda dengan dua gandar yang mampu menghasilkan kelajuan 27 knots. Ia memiliki julat perkhidmatan sejauh 3,074 KM pada kelajuan 14 knot.

Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Tiada

Pautan luar[sunting | sunting sumber]