KD Marikh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

KD Marikh (161) merupakan kapal perang tentera laut Malaysia jenis kapal peronda yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Malaysia. KD Marikh memenuhi keperluan pertahanan laut Malaysia dari kapal-kapal musuh.

KD Marikh merupakan kapal peronda yang ditauliahkan sejak 1980-an dan ditempatkan di Tanjung Gelang. KD Marikh digunakan bagi melaksanakan aktiviti penguatkuasaan sehingga 200 batu nautikal dalam zon ekonomi esklusif.

Ia kemudiannya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Laut Malaysia pada 27 Jun 2006.

Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KD Marikh adalah KD Musytari.

Torpedo[sunting | sunting sumber]

Tidak diketahui.

Peluru Berpandu[sunting | sunting sumber]

Tidak diketahui.

Meriam[sunting | sunting sumber]

KD Musytari dilengkapi dengan meriam 100mm Compact terdiri dari meriam, sistem kawalan dan sistem bekalan peluru. Laras meriam terletak di dalam turet yang diperbuat dari besi aloi ringan. Turet ini mampu berpusing sebanyak 360 darjah. Laras meriam mempunyai jangka hayat tembakan 3,000 butir peluru sebelum perlu diganti. Ia boleh didongakkan sehingga +80 darjah ke atas dan ditundukkan –15 darjah ke bawah.

Bilik teknikal yang merupakan sebahagian dari sistem kawalan meriam mengandungi kabinet kawalan jauh meriam, kotak pengurusan kawal arah laras meriam, kabinet kawalan pengurusan peluru meriam dan kabinet kawalan pengisian peluru secara manual. Meriam ini direka agar dapat beroperasi dengan baik dan menembak dengan tepat walaupun kapal beroperasi dalam keadaan laut bergelora. Ia dikawal secara automatik dari pusat maklumat tempur atau Combat Information Center (CIC) sesebuah kapal. Maklumat sasaran samada permukaan mahupun udara dibekalkan oleh radar kawalan tembakan kapal.

Meriam ini digunakan oleh TLDM pada sebagai meriam utama pada empat buah kapal perang iaitu KD Kasturi, KD Lekir, KD Musytari dan KD Marikh sebelum dinaik taraf kepada tahap Mark 2 bermula pada tahun 1994.[1]

Penangkis langkah balas[sunting | sunting sumber]

Tidak diketahui.

Pengesan[sunting | sunting sumber]

Tidak diketahui.

Tujahan[sunting | sunting sumber]

Tidak diketahui.

Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Tiada

Rujukan[sunting | sunting sumber]