Lembaga Kemajuan Johor Tenggara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari KEJORA)
Jump to navigation Jump to search

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara atau ringkasnya KEJORA adalah salah sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia yang berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri Johor. Pembahagian wilayah meliputi 16% kawasan Negeri Johor dengan jumlah keluasan 300,111 hektar. Ianya terbahagi kepada 2 wilayah kecil iaitu Johor Tengah (149,009 hektar) dan Pengerang (151,356 hektar). Terletak di dua daerah iaitu Kota Tinggi (75%) dan Kluang (25%).

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

  1. Ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Parlimen 75
  2. Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
  3. Enakmen Bil. 7/1972 Enakmen KEJORA
  4. Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972

Peranan[sunting | sunting sumber]

KEJORA diamanahkan untuk memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan sosioekonomi wilayahnya telah menyaksikan perubahan dan pertumbuhan yang menepati dasar dan perancangan bagi :

  • Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi
  • Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan;
  • Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam wilayah KEJORA

Dengan menggembleng tenaga dan sumber secara proaktif bagi mentransformasi sebuah daerah pinggiran menjadi wilayah yang mapan.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan Wilayah KEJORA Makmur dan Sejahtera Pada Tahun 2020.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menerajui Pembangunan Wilayah Johor Tenggara Melalui Pemerkasaan Modal Insan dan Pemapanan Ekonomi Secara Strategik dan Berkesan

Objektif[sunting | sunting sumber]

Objektif KEJORA berdasarkan kepada tiga objektif "Dasar Ekonomi Baru" iaitu mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Wilayah Johor Tenggara.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]