KKN di Desa Penari (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KKN di Desa Penari
PengarahAwi Suryadi
Penulis
BerdasarkanKKN di Desa Penari oleh
SimpleMan
Dihasilkan olehManoj Punjabi
Dibintangi
SinematografiIpung Rachmat Syaiful
Disunting oleh
  • Firdauzi Trizkiyanto
  • Denny Rihardie
Muzik olehRicky Lionardi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 30 April 2022 (2022-04-30) (Indonesia)
  • 5 Januari 2023 (2023-01-05) (Malaysia)
Masa tayangan
121 minit
NegaraIndonesia
Bahasa
  • Indonesia
  • Jawa

KKN di Desa Penari ialah sebuah filem hantu Indonesia terkenal pada Era-2022 yang diarahkan oleh Awi Suryadi daripada lakon layar yang diadaptasi daripada kisah tular oleh SimpleMan. Lakon layar untuk adaptasi tersebut ditulis oleh Lele Laila bersama Gerald Mamahit. Filem terbitan MD Pictures ini dibintangi oleh Tissa Biani, Adinda Thomas, Achmad Megantara, Aghniny Haque, Calvin Jeremy, Fajar Nugraha, dan Kiki Narendra. Filem KKN di Desa Penari telah dua kali dijadualkan ditayangkan di pawagam Indonesia iaitu pada 19 Mac 2020 dan 24 Februari 2022, namun keduanya dibatalkan kerana pandemik COVID-19. Filem ini dilancarkan bagi tayangan pada 30 April 2022 di Malaysia.

Filem ini mencerita tentang enam orang mahasiswa yang melaksanakan kursus khidmat masyarakat wajib (Kuliah Kerja Nyata, KKN) di sebuah desa terpencil yang berhantu.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Jun 2019, akaun Twitter anonim bernama @SimpleM81378523 memuat naik kisah seram yang kemudiannya menjadi tular dan menduduki tempat pertama dalam Twitter trending Indonesia.[1] Kejayaan filem ini menjadikan cerita tersebut bertukar menjadi novel yang diterbitkan oleh Bukune.[2] Selain itu, MD Pictures juga berhasil mendapatkan hak cipta untuk mengadaptasi cerita tersebut menjadi sebuah filem.[3] Pengarang SimpleMan mempunyai beberapa keperluan, salah satunya adalah merahsiakan lokasi asal dan identiti sebenar sepanjang semua aktiviti pengeluaran dan pemasaran.[4][5][3]

Sebelum filem benar-benar diterbitkan, ada khabar angin mengatakan filem ini akan dilakonkan oleh Chelsea Islan sebagai Widya dan Laudya Chintya Bella sebagai Nur dan diarahkan oleh Joko Anwar.[6] Sehingga 22 September 2019, akaun Twitter Flick Magazine memuat naik tweet yang mengatakan MD Pictures akan menerbitkan filem ini dan kemudiannya disahkan oleh produser Manoj Punjabi.[7][8] Daripada tujuh pengarah yang menyatakan minat mengarah filem ini,[9] akhirnya Awi Suryadi diumumkan sebagai pengarah pada 8 Disember 2019. Pada masa yang sama, empat pelakon utama iaitu Tissa Biani, Aghniny Haque, Adinda Thomas, dan Achmad Megantara turut diumumkan.[10] Manoj berkata, bajet produksi filem ini dikira besar tetapi tidak mencecah 15 bilion rupiah.[11][12]

Setiap pelakon dalam filem ini melakukan pendalaman watak sebelum ini. Tissa Biani sebagai Nur mengasah bahasa Jawa dan melatih kemahiran tariannya dengan menghadiri pelatihan selama seminggu.[13] Sementara itu, Adinda Thomas sebagai Widya mengikuti latihan khas untuk dapat berinteraksi dengan ular.[14]

Proses Penggambaran utama bermula pada 10 Disember 2019 dan selesai pada 21 Januari 2020 dengan jumlah penggambaran selama 33 hari.[15] Salah satu lokasi yang digunakan untuk penggambaran filem ini ialah sebuah perkampungan yang terletak di wilayah Daerah Istimewa Yogyakarta.[16]

Penayangan[sunting | sunting sumber]

Filem KKN di Desa Penari pada asalnya dijadualkan untuk tayang pada 19 Mac 2020. Bagaimanapun, pandemik COVID-19 di Indonesia yang muncul pada awal Mac 2020 diikuti dengan penutupan pawagam memaksa filem itu menangguhkan tayangannya.[17] Pada awal tahun 2021, terdapat khabar angin bahawa filem itu akan ditayangkan semasa cuti Hari Raya Aidilfitri tahun itu. Bagaimanapun, Manoj selaku penerbit tidak mengesahkan tarikh tersebut.[18] Pada 25 Disember 2021, MD Pictures mengumumkan tarikh tayangan filem itu, iaitu 24 Februari 2022, selepas dua tahun ditangguhkan,[19] tetapi siaran itu ditangguhkan semula kerana peningkatan kes COVID-19 varian omikron di Indonesia.[20] Sebaliknya, MD mengeluarkan filem Garis Waktu pada tarikh tersebut.[21]

Selepas pembatalan tayangan pada Februari 2022, Manoj selaku penerbit mengumumkan filem KKN di Desa Penari ditayangkan pada cuti Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2022. Pada masa sama, beliau mengakui sudah bersedia untuk bersaing dengan beberapa filem besar yang ditayangkan pada bulan yang sama, seperti filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang diterbitkan oleh Marvel Studios.[22] Filem KKN di Desa Penari secara rasmi dijadualkan ditayangkan di pawagam Indonesia pada 30 April 2022 dalam dua versi, iaitu versi beberapa babak yang telah dipotong dalam pascaproduksi dengan klasifikasi umur 13 tahun ke atas, serta versi penuh tanpa sebarang potongan dengan klasifikasi umur 17 tahun ke atas.[23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Setiawan, Tri Susanto (26 September 2019). Pangerang, Andi Muttya Keteng (penyunting). "Perjalanan KKN di Desa Penari, dari Twitter ke Layar Lebar". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2022. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  2. ^ Agnes, Tia (7 September 2019). "Begini Mulanya Penerbit Bukune Tertarik Terbitkan Novel 'KKN Desa Penari'". Detik (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2022. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  3. ^ a b Setiawan, Tri Susanto (24 September 2019). Kistyarini (penyunting). "MD Pictures Garap Film KKN di Desa Penari, SimpleMan Ajukan Syarat". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2020. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  4. ^ Madelina, Tyssa (24 September 2019). "Syarat Adaptasi Film 'KKN DI DESA PENARI', Tak Pakai Lokasi Asli". KapanLagi (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2020. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  5. ^ Soliha, Umi (25 September 2019). Rezkisari, Indira (penyunting). "Penulis KKN di Desa Penari Dipastikan Tetap Rahasia". Republika (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2021. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  6. ^ "Utas #kkndidesapenari Ramai, Netizen Usulkan Jadi Film". CNN Indonesia. 30 Ogos 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 May 2021. Dicapai pada 6 November 2019.
  7. ^ Ramadhan, Azhar Bagas (23 September 2019). "Kisah "KKN di Desa Penari" Akan Diangkat ke Layar Lebar". Medcom. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2019. Dicapai pada 6 November 2019.
  8. ^ Zahrotustianah; Budhi, Aiz (23 September 2019). "Betul! MD Pictures akan Filmkan KKN di Desa Penari, Siapa Pemainnya?". VIVA. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2021. Dicapai pada 6 November 2019.
  9. ^ Diananto, Wayan (25 September 2019). "Proyek Film KKN Di Desa Penari Diperebutkan 7 Sutradara". Liputan6. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-22. Dicapai pada 8 Disember 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ Srikhandi, Ayu (8 Disember 2019). "Ini Daftar Pemain Resmi Film Horor Paling Ditunggu 'KKN DI DESA PENARI'". KapanLagi. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-10. Dicapai pada 8 Disember 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ Diananto, Wayan (25 September 2019). "Biaya Produksi Film KKN di Desa Penari Rp 15 Miliar, Benarkah?". Liputan6. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2021. Dicapai pada 25 September 2019.
  12. ^ Soraya, Sora (3 Januari 2020). "Gelontorkan Rp 15 Miliar untuk Film 'KKN di Desa Penari', Manoj Punjabi: Saya All Out di Sini". KapanLagi. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Desember 2021. Dicapai pada 3 Januari 2020. Check date values in: |archive-date= (bantuan)
  13. ^ Zhafira, Arnidhya Nur (22 Januari 2020). Suryanto (penyunting). "Demi "KKN: Di Desa Penari", Tissa Biani belajar Bahasa Jawa dan menari". id:Antaranews. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2021. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  14. ^ Zhafira, Arnidhya Nur (22 Januari 2020). Nurcahyani, Ida (penyunting). "Adinda Thomas dililit tiga ular sanca di film "KKN: di Desa Penari"". id:Antaranews. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2020. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  15. ^ @kknmovie (21 Januari 2020). "IT'S A WRAP! Setelah 33 hari, syuting film #KKNdiDesaPenari akhirnya selesai. Siapa makin penasaran dengan hasilnya?". Dicapai pada 6 Februari 2022 – melalui Instagram.
  16. ^ Sadino, Anissa; Sari, DN Mustika (8 Disember 2019). Armandhanu, Denny (penyunting). "Tissa Biani Hingga Megantara Bakal Bintangi 'KKN di Desa Penari'". Kumparan (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2022. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  17. ^ Tionardus, Melvina (12 Mac 2020). Setuningsih, Novianti (penyunting). "Film KKN di Desa Penari Tunda Penayangan, Akibat Virus Corona?". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2021. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  18. ^ Diananto, Wayan (2 April 2021). "Isu KKN Di Desa Penari Akan Jadi Film Lebaran 2021, Manoj Punjabi Beri Klarifikasi". Liputan6 (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2021. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  19. ^ "Usai Tertunda Pandemi, KKN di Desa Penari Rilis 24 Februari 2022". CNN Indonesia. 25 Desember 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Desember 2021. Dicapai pada 25 Disember 2021. Check date values in: |date= dan |archive-date= (bantuan)
  20. ^ Nursaniyah, Fitri (10 Februari 2022). "Pemutaran Film KKN di Desa Penari Ditunda Lagi". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2022. Dicapai pada 13 Februari 2022.
  21. ^ Mario, Vincentius (15 Februari 2022). Maharani, Dian (penyunting). "Dibintangi Reza Rahadian dan Anya Geraldine, Film Garis Waktu Diangkat dari Novel Fiersa Besari". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2022. Dicapai pada 15 Februari 2022.
  22. ^ Diananto, Wayan (27 Februari 2022). Riantrisnanto, Ruly (penyunting). "Batal Tayang 24 Februari 2022, KKN Di Desa Penari Incar Tanggal Rilis Lebaran Tahun Ini". Liputan6 (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2022. Dicapai pada 20 Mac 2022.
  23. ^ Saputra, Aditia (31 Mac 2022). "KKN Di Desa Penari Tayang 30 April 2022, Hadirkan Versi Uncut dan Non-Uncut". Liputan6. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2022. Dicapai pada 31 Mac 2022.

Pranala luar[sunting | sunting sumber]