Pergi ke kandungan

KLIA Transit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

KLIA Transit
كي.ايل.أي.ايه ترنسيت
7
KLIA Ekspres
Stesen kereta api KLIA Transit yang terletak di platform stesen yang tidak digunakan di KLIA, iaitu untuk KLIA Transit.
Umum
JenisKereta api komuter (Laluan rel lapangan terbang)
SistemERL
LokasiKuala Lumpur - Bandar Tasik Selatan - Putrajaya - KLIA
Stesen6 + 2 stesen simpanan
Penumpang harian17,799 (2015)
Penumpang6.496 juta (2015)[1]
( 2.9%)
Nombor laluan7 (hijau kebiruan)
Operasi
Dibuka14 April 2002; 22 tahun yang lalu (2002-04-14)
PemilikExpress Rail Link
PengendaliExpress Rail Link
Sistem pengaliranBerpemandu
CiriKebanyakannya diatas permukaan
Permukaan (Bandar Tasik Selatan - Salak Tinggi)
Stok kereta api4 gerabak Desiro ET 425 M EMU
4 gerabak CRRC Changchun EMU
Teknikal
Panjang aliran57 km (35 bt)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Peta laluan

KLIA Transit (Jawi: كي.ايل.أي.ايه ترنسيت) ialah sebuah perkhidmatan kereta api komuter di Kuala Lumpur, Malaysia yang menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.[2] Perkhidmatan ini merupakan salah satu daripada dua perkhidmatan di Express Rail Link (ERL), berkongsi trek yang sama dengan KLIA Ekspres. KLIA Transit berhenti di semua stesen di sepanjang laluan, manakala KLIA Ekspres berjalan tanpa henti antara KL Sentral dan KLIA / klia2. ERL dikendalikan oleh Express Rail Link Sdn. Bhd.

Laluan ini merupakan salah satu daripada Sistem Transit Bersepadu Bandaraya KL/Lembah Klang. Stesen ini dinomborkan 7 dan berwarna Hijau Kebiruan pada peta transit rasmi.

Maklumat laluan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat enam stesen yang dioperasi oleh KLIA Transit. Stesen tersebut adalah, dari utara ke selatan:

Nama Jenis Nota
KL Sentral Sisi Menghubungkan Laluan Kelana Jaya, KTM Komuter (Laluan Seremban and Laluan Pelabuhan Klang), KTM ETS, Laluan Sungai Buloh-Kajang dan berjalan kaki ke KL Monorail.
Bandar Tasik Selatan Sisi Menghubungkan Laluan Sri Petaling dan KTM Komuter (Laluan Seremban).
Cyberjaya/Putrajaya Sisi Menghubungkan Laluan Putrajaya.
Salak Tinggi Sisi
KLIA Sisi
klia2 Sisi

Di KL Sentral, kedua-dua platform sisi ERL boleh diakses dari pelbagai bahagian stesen. Platform KLIA Ekspres diakses dari KL City Air Terminal (KL CAT) manakala platform KLIA Transit diakses dari Transit Concourse utama di tingkat 1. Di KLIA dan klia2, kedua-duanya KLIA Ekspres dan KLIA Transit menggunakan platform pulau yang sama, dengan setiap perkhidmatan berkhidmat hanya satu platform sisi.[perlu rujukan]

Terdapat rancangan untuk stesen transit KLIA pada masa akan datang yang akan dibina di HSR Bandar Malaysia menjelang 2026.[perlu rujukan]

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah sebuah syarikat swasta milik bersama YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Trisilco Equity Sdn Bhd dengan masing-masing mempunyai nilai pegangan saham sebanyak 50%, 40% dan 10%. Pada 25 Ogos 1997, kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada syarikat tersebut untuk membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Kerja-kerja pembinaan pula bermula pada bulan Mei 1997 dan siap lima tahun kemudian. Ia diserahkan kepada konsortium SYZ, sebuah konsortium usahasama diantara syarikat Jerman dan Malaysia iaitu Siemens AG, Siemens Electric Engineering Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd. ERL Maintenance Support Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1999 bertanggungjawab terhadap operasi dan selenggaraan tren milik syarikat induk berkenaan. Ia pada mulanya adalah sebuah syarikat usahasama diantara Express Rail Link Sdn Bhd dan Siemens AG tetapi kini dimiliki sepenuhnya oleh Express Rail Link Sdn Bhd.

Krisis kewangan yang melanda rantau Asia pada tahun 1997 menyebabkan projek tersebut tergendala seketika. Walau bagaimanapun, atas sokongan padu kerajaan Malaysia projek rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL diteruskan. Nilai keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM2.4 bilion yang dibiayai melalui pengabungan ekuiti (RM500 juta), pinjaman kewangan sebanyak RM940 juta daripada Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) dan baki selebihnya melalui kemudahan eksport kredit daripada empat institusi kewangan Jerman. Express Rail Link Sdn Bhd mencapai keuntungan pada tahun 2003 setelah hanya satu tahun beroperasi.

KLIA Transit

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan komersil pertama KLIA Transit bermula pada 1 Jun 2002 sebagai pengangkutan rel penghubung utama bagi bandar raya Kuala Lumpur, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Kumpulan penumpang sasaran KLIA Transit ialah penduduk di sekitar kawasan stesen perhentian KLIA Transit, kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa KL, kakitangan kerajaan di Putrajaya, golongan pelajar dan warga pekerja di Cyberjaya yang kerap berulak-alik menggunakan perkhidmatan rel pengantara tersebut. Selain itu, KLIA Transit juga adalah pengangkutan awam alternatif bagi menyaksikan perlumbaan kereta Formula Satu di Litar Antarabangsa Sepang.

Kemalangan

[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Ogos 2010, Express Rail Link mengalami kemalangan yang dilaporkan pertama kali di mana 3 penumpang cedera. Dua kereta ERL bertembung di Kuala Lumpur Sentral. Salah satu kereta api yang terlibat akan berlepas pada pukul 9.45 malam untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sementara kereta lain yang kosong, melanggar dari belakang.[3][4]

Maklumat lain

[sunting | sunting sumber]

Perjalanan

[sunting | sunting sumber]
  • Jarak: 57 kilometer dari KL Sentral ke KLIA
  • Tempoh: 36 minit
  • Kekerapan Kereta Api: Sekali setiap dua puluh minit (waktu sibuk), Sekali setiap setengah jam (waktu biasa, hujung minggu)
  • Masa berlepas:
KL Sentral
Kereta api pertama pada jam 0533
Kereta api terakhir pada jam 0003
KLIA
Kereta api pertama pada jam 0552
Kereta api terakhir pada jam 0100
ERL KLIA Transit tiket pintar tanpa sentuh depan & belakang

Tambang bergantung kepada perkhidmatan kereta api ekspres dan jarak perjalanan. Tempahan tempat duduk tidak diperlukan. Tambang KLIA Transit untuk KL Sentral-KLIA/klia2 dan KLIA/klia2-KL Sentral adalah sama dengan KLIA Ekspres, namun tiket perkhidmatan kereta api tidak boleh ditukar ganti. Terdapat 30% tambang dikurangkan untuk pemegang kad warga emas & OKU, walaupun pengurangan ini hanya dikenakan kepada warganegara Malaysia. Kanak-kanak di bawah dua tahun boleh melakukan perjalanan secara percuma.[5]

Kemudahan daftar masuk tidak terdapat di stesen Transit KLIA. Walau bagaimanapun, penumpang yang memegang tiket KLIA Ekspres dibenarkan mendaftar masuk bagasi untuk beberapa syarikat penerbangan di KL CAT di KL Sentral.

Berikut adalah struktur tambang untuk perjalanan satu hala sejak 14 April 2002' dan stesen tambahan pada Mei 2014 'dengan pembukaan KLIA2:

Tambang Transit KLIA untuk Dewasa dan Kanak-kanak (2-12 tahun)
Sektor KL Sentral Bandar
Tasik
Selatan
Putrajaya &
Cyberjaya
Salak
Tinggi
KLIA
Bandar Tasik
Selatan
RM4.20
RM2.00
Putrajaya &
Cyberjaya
RM9.50
RM4.50
RM5.30
RM2.50
Salak Tinggi RM12.50
RM6.00
RM8.30
RM4.00
RM3.00
RM1.50
KLIA RM35.00
RM15.00
RM26.50
RM13.00
RM6.20
RM3.00
RM3.20
RM1.60
KLIA2 RM35.00
RM15.00
RM26.50
RM13.00
RM6.20
RM3.00
RM3.20
RM1.60
RM2.00
RM1.00

Berikut adalah struktur tambang untuk perjalanan satu hala yang berkuatkuasa dari Januari 2016:[6]

Tambang Transit KLIA untuk Dewasa dan Kanak-kanak (2-12 tahun)
Sector KL Sentral Bandar
Tasik
Selatan
Putrajaya &
Cyberjaya
Salak
Tinggi
KLIA
Bandar Tasik
Selatan
RM6.50
RM2.90
Putrajaya &
Cyberjaya
RM14.00
RM6.30
RM8.00
RM3.60
Salak Tinggi RM18.30
RM8.20
RM12.40
RM5.60
RM4.70
RM2.10
KLIA RM55.00
RM25.00
RM38.40
RM17.30
RM9.40
RM4.20
RM4.90
RM2.20
KLIA2 RM55.00
RM25.00
RM38.40
RM17.30
RM9.40
RM4.20
RM4.90
RM2.20
RM2.00
RM1.00

Pengguna yang kerap mempunyai pilihan membeli pas mingguan atau bulanan yang dipanggil "KLIA Transit Travel Card". Para pemegang kad ini menikmati tambang diskaun seperti berikut, pada Mei 2011:-

a) Kad yang dibeli untuk berlepas dari stesen Putrajaya ke stesen ketibaan berikut:-

  • KL Sentral (Kad mingguan RM75.00, dan kad bulanan RM285.00)
  • Bandar Tasik Selatan (Kad mingguan RM60.00, dan kad bulanan RM160.00)
  • Salak Tinggi (Kad mingguan RM30.00, dan kad bulanan RM90.00)
  • KLIA (Kad mingguan RM60.00, dan kad bulanan RM185.00)

b) Kad yang dibeli untuk berlepas dari stesen KLIA ke stesen ketibaan berikut:-

  • KL Sentral (Kad mingguan tidak dijual, dan kad bulanan RM300.00)
  • Bandar Tasik Selatan (Kad mingguan tidak dijual, dan kad bulanan RM250.00)
  • Putrajaya & Cyberjaya (Kad mingguan tidak dijual, dan kad bulanan RM185.00)
  • Salak Tinggi (Kad mingguan tidak dijual, dan kad bulanan RM130.00)

c) Kad yang dibeli untuk berlepas dari stesen Salak Tinggi ke stesen ketibaan berikut:-

  • KL Sentral (Kad mingguan tidak dijual, dan kad bulanan RM285.00)
  • Bandar Tasik Selatan (Kad mingguan tidak dijual, dan kad bulanan RM250.00)
  • Nota: Stesen ketibaan lain tidak tersedia untuk pembelian kad dari stesen berlepas ini

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "JADUAL 2.9 : BILANGAN PENUMPANG BAGI PERKHIDMATAN SISTEM ALIRAN RINGAN, SUKU KEEMPAT, 2015" [Table 2.9 : Number of Passengers for Light Rail Transit (LRT) Services, Fourth Quarter, 2015] (PDF) (dalam bahasa Malay dan English). Ministry of Transport, Malaysia. Dicapai pada 31 Mac 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Our Services". Express Rail Link Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2017. Dicapai pada 12 Jun 2014.
  3. ^ "2 ERLs crash at KL Sentral". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "2 ERLs crash at KL Sentral, 3 hurt".
  5. ^ KLIA Train fares & passes
  6. ^ ERL Fare Revision January 2016

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Peta laluan

[sunting | sunting sumber]