KL Gangster: Underworld

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KL Gangster: Underworld
Para pelakon KLGU di pelancaran
GenreDrama, aksi
Berdasarkan daripada
KL Gangster oleh Syamsul Yusof
Ditulis olehNazri Annuar
PengarahFaisal Ishak
Kroll Azry
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu, Inggeris
Bilangan musim2
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifYusof Haslam
PenerbitSyamin Yusof
Syafiq Yusof
PenyuntingTechnica Post
Lokasi
Tempoh siaran43 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalIflix
WeTV
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal16 Ogos 2018 – 1 Januari 2021

KL Gangster: Underworld ialah sebuah drama aksi Malaysia 2018 arahan bersama oleh Faisal Ishak dan Kroll Azry. Siri ini diterbitkan oleh Skop Productions dan merupakan rendisi daripada filem KL Gangster (2011) arahan Syamsul Yusof dan memulakan tayangan perdana di laman sesawang iflix secara percuma dari 16 Ogos 2018 hingga 20 September 2018.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

KL Gangster Underworld bermula selepas insiden KL Gangster (lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra), semasa kongsi-kongsi gelap di Kuala Lumpur kehilangan nakhoda akibat dibunuh atau dipenjara selepas ditangkap pihak berkuasa. Masing-masing bersaing dan berbunuhan bagi merebut takhta kosong yang ditinggalkan. Pertumpahan darah, pembelotan dan sabotaj bermaharajalela sepanjang tempoh darurat ini.

Di tengah kekalutan ini, terdapat seorang ahli kongsi iaitu Shah yang ingin mengundur diri dan memulakan kehidupan baru sebagai insan biasa, namun dihalangi oleh rintangan dan aral yang melintang sehingga memaksa dia kembali bergiat dalam aktiviti haram ini. Tak tersangka, pengembalian dia ke arena kongsi gelap ini mencetus satu revolusi baru kepada dinasti kongsi gelap di Kuala Lumpur.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Siri ini diumumkan pada Disember 2017, dan dijangka bakal diterbitkan untuk siaran di rangkaian perkhidmatan video atas permintaan, iflix. Syafiq Yusof dan Faisal Ishak menggalas tugas sebagai pengarah.[2][3][4] Menurut Syafiq yang berkhidmat sebagai penerbit: "Bukan senang untuk ayah saya mempercayai orang luar daripada keluarganya untuk mengarah drama atau filem Skop Production tetapi saya berjaya yakinkan beliau Faisal Ishak dapat mengarah siri ini dengan lebih baik".[5]

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Sedutan filem prekuel kepada KL Gangster: Underworld iaitu Rise to Power: KLGU telah pun dimuat naik ke semua media sosial iflix untuk tontonan umum. Pembikinan musim kedua KL Gangster: Underworld juga sedang di jalankan dan dijangka bakal ditayangkan di iflix awal 2020.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Haikal Isa (20 Ogos 2018). "KL Gangster Underworld pecah tabu". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-02. Dicapai pada 20 Ogos 2018.
  2. ^ Ashraff Naseer (6 Disember 2017). "Syafiq Yusof bakal mengarahkan KL Gangster: Underworld untuk iflix". Cinema.com.my. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  3. ^ "'KL Gangster' series in the works for iflix's 2018 original programme slate". The Malay Mail. 6 Disember 2017. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  4. ^ "iflix commissions first Malaysian original drama series Kl Gangster: Underworld". Digital News Asia. 6 Disember 2017. Dicapai pada 12 April 2018.
  5. ^ Azam A. (16 Ogos 2018). "'KL Gangster Underworld' Siri Yang Lebih Ganas Dan Mengujakan". The Vocket. Dicapai pada 16 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]