KL Gangster (siri filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
KL Gangster
Kutipanfilemklgangster.png
Logo siri filem KL Gangster
PengarahSyamsul Yusof (KL Gangster 1 dan 2)
Syafiq Yusof (Trilogi Abang Long Fadil)
PenerbitDatuk Yusof Haslam
Tengku Iesta Tengku Aladdin
Najam Abu Bakar
PenulisSyamsul Yusof (utama)
Syafiq Yusof (Abang Long Fadil)
Muzik olehHafiz Hamidun (2)
Hisyam Jupri (Abang Long Fadil)
Imaginex Studio (Abang Long Fadil 2)
SinematografiOmar Ismail
Azami Alias (Abang Long Fadil)
Rahimi Maidin (Abang Long Fadil 2)
Disunting olehHisham Jupri
Syamsul Yusof
Syafiq Yusof (Abang Long Fadil)
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
9 Jun 2011 (2011-06-09)(KL Gangster)
3 Oktober 2013 (KL Gangster 2 )
Tempoh tayangan
389 minit (semua 4 filem)
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 6.02 Juta
Pecah panggungRM 16.70 Juta

KL Gangster merupakan sebuah siri filem berkaitan dengan Malek, seorang bekas ketua gangster di Kuala Lumpur. Siri filem yang dihasilkan oleh Skop Productions ini terdiri dari filem KL Gangster (2011), KL Gangster 2 (2013) dan terbitan turunan Trilogi Abang Long Fadil. Siri utama diarahkan oleh Syamsul Yusof manakala Abang Long Fadil diarahkan oleh adiknya, Syafiq Yusof. Kesemua filem telah diterbitkan oleh Datuk Yusof Haslam. Syamsul Yusof dan Zizan Razak pula telah membintangi dalam kesemua filem ini.

Siri filem ini merupakan siri filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan kesemua filem didalam siri ini antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.Filem KL Gangster merupakan filem buatan Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan[1] dan mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun.

Filem[sunting | sunting sumber]

KL Gangster (2011)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: KL Gangster

KL Gangster merupakan sebuah filem genre aksi yang ditayangkan pada 9 Jun 2011. Filem arahan Pengarah Terbaik FFM 23, Syamsul Yusof, ini turut dibintangi oleh pengarahnya sendiri, Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak ini menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya.[2]

KL Gangster 2 (2013)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: KL Gangster 2

KL Gangster 2 ialah sebuah filem aksi yang ditayangkan pada 3 Oktober 2013 dan diarahkan oleh Syamsul Yusof serta dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Datuk Rosyam Nor. KL Gangster 2 merupakan filem prekuel kepada filem KL Gangster (2011).Filem ini menelan kos penerbitan sebanyak RM4.5 juta.Filem ini telah memenangi dua dari tujuh pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-26.[3]

Abang Long Fadil[sunting | sunting sumber]

Tailong[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Tailong

Sebuah siri filem spin-offs yang masih dalam perancangan dimana filem ini akan menceritakan kehidupan watak Tailong (Datuk Rosyam Nor) sebelum memasuki dunia gangster dan menjadi gangster terbesar di KL.

Televisyen[sunting | sunting sumber]

KL Gangster: Underworld[sunting | sunting sumber]

Sebuah siri TV terbitan turunan telah diumumkan pada Disember 2017, telah diterbitkan untuk siaran di rangkaian perkhdmatan video atas permintaan, iflix dan bakal diarahkan oleh Syafiq Yusof.[4] Drama bersiri enam episod ini turut diarahkan bersama oleh Faisal Ishak dan memulakan tayangan perdana di iflix pada Ogos 2018.[5][6]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet
KL Gangster 9 Jun 2011 RM 11.74 juta RM 1.51 juta
KL Gangster 2 3 Oktober 2013 RM 4.96 juta RM 4.51 juta
Jumlah RM 16.7 Juta RM 6.02 Juta

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia
Anugerah KL Gangster KL Gangster 2
Filem Terbaik Pencalonan
Pengarah Terbaik Menang (Syamsul Yusof) Pencalonan
Pelakon Lelaki Terbaik Pencalonan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Menang (Soffi Jikan) Menang (Datuk Rosyam Nor)
Lakon Layar Terbaik Menang (Syamsul Yusof) Pencalonan
Cerita Asal Terbaik Pencalonan
Penyunting Terbaik Menang (Syamsul Yusof) Pencalonan
Skor Muzik Asal Terbaik Pencalonan
Penataan Bunyi Terbaik Menang (Hisyam Jupri & Rizal Ashreff) Menang (Syamsul Yusof & Hisyam Jupri)
Penataan Seni Terbaik Pencalonan
Pereka Kostum/Busana Terbaik Pencalonan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ RM10.3 juta untuk KL Gangster, Berita Harian Online, 21 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  2. ^ "KL Gangster memang terbaik". Utusan Malaysia. 19 Jun 2011. Dicapai 14 Mac 2015. 
  3. ^ Feride Hikmet Atak (4 Oktober 2013). KL Gangster 2' Filem Termahal Arahan Syamsul Setaraf Hollywood mSTAR Online. Diperoleh pada 14 Mac 2014.
  4. ^ Ashraff Naseer (6 Disember 2017). "Syafiq Yusof bakal mengarahkan KL Gangster: Underworld untuk iflix". Cinema.com.my. Dicapai 12 Mac 2018. 
  5. ^ "'KL Gangster' series in the works for iflix's 2018 original programme slate". The Malay Mail. 6 Disember 2017. Dicapai 12 Mac 2018. 
  6. ^ "iflix commissions first Malaysian original drama series Kl Gangster: Underworld". Digital News Asia. 6 Disember 2017. Dicapai 12 April 2018.