KRI Anakonda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

KRI Anakonda (868) telah dirasmikan pada 14 April 2003 oleh Panglima TNI Jenderal Endriartono Sutarto di Dermaga Komando Lintas Laut Militer (Kolinlamir) Priok Jakarta. TNI AL KRI Kobra dibina oleh Fasilitas Pemeliharaan dan Perbaikan (Fasharkan) dengan kos Rp 12 juta bagi pihak tentera laut Indonesia.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut adalah KSAL Laksamana Benard Kent Sondakh, Wakil KSAD Letjen Soemarsono, Wakil KSAU Marsda Wartoyo, Panglima Kostrad Letjen Bibit Waluyo, Panglima Komando Armabar Laksda Mualimin Santosa, dan Kapolda Metro Jaya Irjen Pol. Makbul Padmanagara.

Dalam upacara tersebut juga diadakan penyerahan jawatan komandan dan penyematan tanda pangkat bagi Kapten (L) Iswantono sebagai pemerintah KRI Anakonda yang pertama.