KRI Cakra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

KRI Cakra merupakan kapal selam kelas 209 kepunyaan tentera laut Indonesia yang dibina di dermaga kapal Rostock, Jerman. KRI Cakra ditempatkan dalam Armada RI Kawasan Timur, di Surabaya.

KRI Cakra (401) merupakan kapal selam pertama dalam jenis kapal selam kelas Cakra. Kapal ini merupakan kapal kedua yang dinamakan Cakra dalam jajaran TNI AL. Kapal pertama merupakan KRI Tjakra (ejaan lama) salah satu dari 12 kapal selam kelas Tjakra buatan Russia (kelas Whiskey) yang dilupus sekitar tahun 70-an.

KRI Cakra dibuat oleh Howaldtswerke, Kiel, Jerman pada 1981. Merupakan kapal selam jenis 209/1300 yang banyak digunakan oleh Angkatan Laut sedunia. Mempunyai motto Tabah Sampai Akhir.

KRI Cakra termasuk dalam armada penyerang Angkatan Laut Republik Indonesia. Kapal lain dalam kelas Cakra adalah KRI Nanggala 402

KRI Cakra mengambil nama dari senjata pewayangan.

Data Teknikal[sunting | sunting sumber]

KRI Cakra memiliki berat selam 1,395 tan. KRI Cakra sepanjang 59.5 meter x 6.3 meter x 5.5 meter. Dilengkapi 4 enjin disel elektrik yang memancu 1 shaft menghasilkan 4,600 shp. Mempunyai pecutan hingga 21.5 knot. Mempunyai 34 anak kapal.

Persenjataan[sunting | sunting sumber]

KRI Cakra dilengkapi dengan 14 buah topedo 21 inci dalam 8 tabung pelancar.

Eletronik dan pengesan[sunting | sunting sumber]

KRI Cakra mempunyai sonar dari jenis CSU-3-2 suite.

Operasi[sunting | sunting sumber]

TNI AL, KRI Cakra-401 yang dibina oleh Jerman Timur pada tahun 1977 diperbaiki di Galangan Daewoo Heavy Industry, Korea Selatan sejak 19 Mei 2004. Peningkatan menyeluruh itu termasuk dari sistem navigasi kepada sistem persenjataan. Kapal U-209 berenjin diesel buatan Kiel Jerman itu kini dilengkapi dengan sistem terkini yang berjaya diuji bagi mensasarkan sasaran yang bergerak 18 knot, sejauh lapan kilometer dari kedudukan 20 meter di bawah air.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]