KRI Karel Sasuit Tubun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari KRI KS Tubun)
Lompat ke: pandu arah, cari

KRI Karel Satsuitubun (356) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal friget kelas Ahmad Yani yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia. KRI Karel Satsuitubun memenuhi keperluan pertahanan laut Indonesia dari kapal-kapal musuh.

KRI Karel Satsuitubun merupakan bekas friget Belanda F814, versi kelas RN Leander yang diubahsuai sedikit. Ia dibina pada 1968 dan telah dipertingkatkan sebelum di pindahkan kepada angkatan laut Indonesia 1990. Antaranya adalah peluru berpandu asal SAM Sea Cat[1] telah digantikan dengan peluru berpandu Mistrall dengan dua pelancar SAM Simbad Twinmissile.

KRI Karel Satsuitubun diletakkan dalam angkatan PAC. KRI Karel Satsuitubun dibina oleh Koninklijke Mattshappij de Schelde, Vlissingen, Netherlands. .

Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Karel Satsuitubun adalah KRI Ahmad Yani, KRI Yos Sudarso, KRI Oswald Sihaan, KRI Abdul Halim Perdanakusuma, dan KRI Slamet Riyadi.

KRI Karel Satsuitubun mempunyai 180 orang (penuh) anak kapal termasuk pegawai. KRI Karel Satsuitubun dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare", dan juga sistem sonar bagi pertempuran kapal selam, dengan bom laut Mark MK-32 buatan AS.(A-61).

Kapal KRI Karel Satsuitubun sepanjang 113.42m; 12.51meter * 4.57meter ( 372.1kaki panjang * 41kaki * 15kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 28.5 knot. KRI Karel Satsuitubun mempunyai seseran 2,940 tan penuh.

TORPEDO[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Karel Satsuitubun dilengkapi dengan tiga tiub pelancar berkembar torpedo 12.75 inci MK-32.

PELURU BERPANDU[sunting | sunting sumber]

Selain itu kapal friget KRI Karel Satsuitubun juga mampu dilengkapi dengan 8 peluru berpandu Permukaan ke Permukaan (SSM) Harpoon buatan McDonnald Douglas bagi pertempuran permukaan ke permukaan.


MERIAM[sunting | sunting sumber]

Meriam utama kapal perang KRI Karel Satsuitubun yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal 76 mm Otomelara SPA La Spezia Italia (OTO DP). yang menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang. Selain iti ia mempunyai meriam 20 mm merk Rheinmetal (buatan Jerman).

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"[sunting | sunting sumber]

KRI Karel Satsuitubun mempunyai 2 pelancar umpan RL roket Chaff merk SRBBC (Super Rapid Bloom of Board Chaff) buatan Amerika Syarikat. Untuk penangkis jarak jauh KRI Karel Satsuitubun mampu dilengkapi dengan pemintas UA-8/9.

Sistem pertahanan udaranya adalah empat pelancar berkembar SAM Sea Cat. Ia dikawal oleh sistem persenjataan kawalan SAM M-44.

PENGESAN[sunting | sunting sumber]

KRI Karel Satsuitubun memiliki radar pengesan udara LW-03 2-D bagi mengesan sasaran di udara. Bagi tugas mengesan kapal selam, KRI Karel Satsuitubun juga dilengkapi dengan sistem sonar MF di badan kapal PHS-32.

TUJAHAN[sunting | sunting sumber]

Tujahannya dibekalkan oleh dua turbin stim, dua boiler yang memancu 2 gandar 30,000 shp pada kelajuan 28.5 knots.

Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Karel Satsuitubun dilengkapi dengan dek penerbangan dan hanger bagi mengendalikan sebuah helikopter Westland Wasp HAS 1 (kini pensiun) dengan fungsi sebagai heli anti kapal selam. Mungkin kini diganti dengan NBO-105 atau NAS 332L Super Puma.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]