KRI Teluk Gilimanuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari KRI Teluk Gelimanuk)
Jump to navigation Jump to search

Kapal KRI Teluk Gilimanuk (531) milik tentera laut Indonesia merupakan kapal kelas (Frosch-I - Type 108) perbekalan/logistik. KRI Teluk Gilimanuk memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. Ia dinamakan sepmepan sabuat teluk di Bali. KRI Teluk Gilimanuk dibina oleh VEB Peenewerft, Wolgast, Jerman Timur. Ia dilancarkan pada 1976.

KRI Teluk Gilimanuk pada asalnya merupakan kapal pendarat serdahana jenis 108, kelas 'Frosch-I' (611) milik Jerman Timur. Ia telah diubahsuai dengan pembuangan persenjataan untuk dijadikan sebagai kapal perbekalan/logistik dan diletakkan dalam angkatan PAC pada 1994. Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Teluk Gilimanuk adalah KRI Teluk Celukan Bawang, KRI Teluk Cendrawasih, KRI Teluk Berau, KRI Teluk Peleng, KRI Teluk Sibolga, KRI Teluk Manado, KRI Teluk Hading, KRI Teluk Parigi, KRI Teluk Lampung, KRI Teluk Jakarta, KRI Teluk Sangkulirang, KRI Teluk Sirebon, dan KRI Teluk Sabang.

Kapal KRI Teluk Gilimanuk sepanjang 90.70meter; 11.12meter * 3.4meter ( 297.6kaki panjang * 36.5kaki * 11.2kaki) mempunyai kelajuan beroperasi 18 knot. KRI Teluk Gilimanuk mempunyai seseran 1,900 tan penuh dengan 600 tan kargo.

KRI Teluk Gilimanuk mempunyai 42 orang anak kapal termasuk pegawai. Selain itu ia mampu membawa muatan kargo antara 400-600 tan ataupun digunakan bagi membawa tentera.

TORPEDO[sunting | sunting sumber]

Tiada

PELURU BERPANDU[sunting | sunting sumber]

Tiada

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"[sunting | sunting sumber]

MERIAM[sunting | sunting sumber]

KRI Teluk Gilimanuk dilengkapi dengan satu meriam 37 mm (Model 1939), satu merima berkembar 25mm. 1 Meriam Bofors 40/70 kaliber 40mm dengan kecepatan tembakan 120-160 rpm, jangkauan 10 Km untuk sasaran permukaan terbatas dan sasaran udara. Meriam ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

PENGESAN[sunting | sunting sumber]

KRI Teluk Gilimanuk memiliki radar pengesan permukaan dan udara MR-302/Strut Curve. Radar tersebut merupakan radar pengawas yang berupaya memberikan carian radar dan amaran ancaman awal. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas "scan mode".

TUJAHAN[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]