KRI Teluk Mandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

KRI Teluk Mandar (514) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia kelas Teluk Semangka, jenis kapal pendarat kereta kebal yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.

Kapal KRI Teluk Mandar milik Indonesia merupakan kapal pendarat kereta kebal (LST (Landing Ship Tank) kelas Takoma. KRI Teluk Mandar memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Teluk Mandar dibina oleh Korea-Tacoma SY, Masan, Korea Selatan pada tahun 1981.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Teluk Semangka, KRI Teluk Penyu, KRI Teluk Sampit, KRI Teluk Banten, dan KRI Teluk Ende

KRI Teluk Mandar mempunyai 117 orang awak kapal termasuk pegawai. KRI Teluk Mandar dilengkapi untuk pengangkut tentara dan mampu membawa 202 tentera infantri.

Kapal KRI Teluk Mandar sepanjang 100 m X 15.4 X 4.2m (328 X 50.5 X 13.7 kaki) mempunyai kelajuan 15 knot. KRI Teluk Mandar mempunyai seseran 3,770 ton penuh. Ia mampu membawa kargo sebanyak 1,800 ton penuh atau 690 ton untuk misi pendaratan.

KRI Teluk Mandar juga memiliki dek helikopter belakang untuk operasi udara.

Meriam[sunting | sunting sumber]

KRI Teluk Mandar dilengkapi dengan 3 machinegun 40 mm, 2 machinegun 20 mm dan 2 machinegun 12.7 mm.

Tujahan[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Teluk Mandar mempunyai dua mesin diesel yang disambungkan pada dua gandar yang menghasilkan daya 5,600 HP dengan laju tempur 15 knot.