KRI Teluk Semangka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

KRI Teluk Semangka (512) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia kelas Teluk Semangka, jenis kapal pendarat kereta kebal yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.

Kapal KRI Teluk Semangka milik Indonesia merupakan kapal pendarat kereta kebal (LST (Landing Ship Tank) kelas Takoma. KRI Teluk Semangka memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Teluk Semangka dibina oleh Korea-Tacoma SY, Masan, Korea Selatan pada tahun 1981.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Teluk Semangka, KRI Teluk Penyu, KRI Teluk Mandar, KRI Teluk Sampit, KRI Teluk Banten, dan KRI Teluk Ende

KRI Teluk Semangka mempunyai 117 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Teluk Semangka dilengkapi untuk pengangkut tentera dan mampu membawa 202 tentera infantari.

Kapal KRI Teluk Semangka sepanjang 100 m X 15.4 X 4.2m (328 X 50.5 X 13.7 kaki) mempunyai kelajuan pada 15 batu nautikal. KRI Teluk Semangka mempunyai seseran 3,770 tan penuh. Ia mampu membawa kargo sebanyak 1,800 tan penuh atau 690 tan untuk misi pendaratan.

KRI Teluk Semangka turut mempunyai dek helikopter belakang untuk operasi udara.

TORPEDO[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

PELURU BERPANDU[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

MERIAM[sunting | sunting sumber]

KRI Teluk Semangka dilengkapi dengan 3 mesingan 40 mm, 2 mesingan 20 mm dan 2 mesingan 12.7 mm.

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

TUJAHAN[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Teluk Semangka mempunyai dua enjin disel yang disambung kepada dua gandar yang menghasilkan kuasa 5,600 bhp dengan kelajuan tempur 15 knot.

Pegawai pemerintah KRI Teluk Semangka[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]