KRI Teluk Cirebon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari KRI Teluk Sirebon)
Jump to navigation Jump to search

KRI Teluk Sirebon (543) milik Indonesia merupakan kapal perbekalan/logistik milik tentera laut Indonesia. Kapal ini memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. Ia dibina oleh VEB Peenewerft, Wolgast, Jerman Timur dan dilancarkan pada 1979.

KRI Teluk Sirebon pada asalnya merupakan kapal pendarat serdahana jenis 108, kelas 'Frosch-I' (E35) milik Jerman Timur. Ia telah diubahsuai dengan pembuangan persenjataan untuk dijadikan sebagai kapal perbekalan/logistik dan diletakkan dalam angkatan PAC pada 1995. KRI Teluk Sirebon telah dilengkapkan dengan kren besar di bahagian hadapan kapal bagi pengendalian kargo.

Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Teluk Sirebon adalah:

Kapal KRI Teluk Sirebon berukuran 90.70 meter x 11.12 meter x 3.4 meter ( 297.6 kaki panjang x 36.5 kaki x 11.2 kaki) mempunyai kelajuan beroperasi 18 knot. Ia mempunyai seseran 1,900 tan panjang dengan 600 tan kargo.

KRI Teluk Sirebon mempunyai 42 orang anak kapal termasuk pegawai. Selain itu ia mampu membawa muatan kargo antara 400-600 tan ataupun digunakan bagi membawa tentera.

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

KRI Teluk Sirebon dilengkapi dengan dua meriam 37 mm, satu daripadanya berkembar. Meriam ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar serta terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

KRI Teluk Sirebon memiliki radar pengesan permukaan dan udara MR-302/Strut Curve. Radar tersebut merupakan radar pengawas yang berupaya memberikan carian radar dan amaran ancaman awal. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas ragam imbas ("scan mode").

Kapal KRI Teluk Sirebon mempunyai dua enjin disel dengan dua gandar yang mampu menghasilkan 12,000 bhp dengan kelajuan 18 knot.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]