KRU

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
KRU
KRU.jpg
Ahli Kumpulan KRU (Dari kiri: Yusry, Dato' Norman dan Edry).
Latar belakang
Berasal dari Malaysia
Genre R&B, Hip Hop, Pop
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1992-kini
Label EMI Music Malaysia (1992-2006)
KRU Records (1995-kini)
Kegiatan berkait Feminin, Elite, Indigo, Juliana Banos, Ezlynn, Rabbani, Ella, Tyco, Abon, Adam AF2, Stacy AF6, V.I.P., Saiful Apek, Shy'8, Forteen, M. Daud Kilau, Altimet, Mojo, Jaclyn Victor, Anita Sarawak, Dafi
Laman sesawang http://www.krustudios.com
Ahli (Norman) Dato' Norman bin Abdul Halim
(Yusry) Yusry bin Abdul Halim
(Edry) Edry bin Abdul Halim

KRU (singkatan bagi Kumpulan Rap Unik) merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang ditubuhkan pada 1992. Ia dianggotai oleh tiga bersaudara Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim.[1] Kumpulan KRU telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi mereka dengan menubuhkan syarikat rakaman mereka yang dikenali sebagai KRU Records. Selain merevolusikan industri muzik Malaysia, KRU juga menubuhkan syarikat mereka sendiri, KRU Studios yang mengkhususkan industri media dan hiburan di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli papan nada mainan untuk Norman sempena hari jadinya yang turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.

Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRUSelangor Rappers Unit.

Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk uji bakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.

Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Diskografi KRU
Album studio 13
Album kompilasi 3
Video muzik 28
Single 26

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Maklumat
Krumania
Relax
1

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album Posisi
2011 Ganas - 13
2011 Tiga Kata - -

Kumpulan Syarikat KRU[sunting | sunting sumber]

Selain bidang muzik, KRU turut mengembangkan sayap mereka dalam bidang perniagaan menerusi Kumpulan Syarikat KRU yang ditubuhkan pada 1992. Berikut ialah senarai anak syarikat KRU:

  • KRU Studios
  • KRU Academy
  • KRU Music
  • KRU Media
  • KRU Entertainment
  • KRU Singapore
  • Prodigi Lab
  • Hot Jam Cafe
  • Showbiz Productions
  • Kartun Studios
  • Music Unlimited
  • United Studios

Lagu-lagu ciptaan KRU (dipersembahkan oleh artis lain)[sunting | sunting sumber]

  • Cyndi Wang https://en.m.wikipedia.org/wiki/Cyndi_Wang (Penyanyi Taiwan)[2] - Hi Hi Bye Bye (Nyanyian asal Ezlynn)
  • AZ Yet ft. Jaclynn Victor - Magical Moment (OST Ribbit)
  • Yuki[3] - 亂了 (Aku Siapa Kau Siapa, Penyanyi asal: Elite)
  • Alex To[4] 妳有罪的心 (Andai Kau Pergi, Penyanyi asal: Indigo)
  • Caliph Buskers - Hanya NamaMu
  • Sharifah Aini - Takkan Melayu Hilang Di Dunia
  • Anita Sarawak - Seksis; Ular
  • Erra Fazira - Ingin Tahu
  • Ella - Permata Pemotong Permata; ISA
  • Tiara Jacquelina - Asmaradana (OST Puteri Gunung Ledang)
  • Anuar Zain - Sedetik Lebih (OST Hikayat Merong Mahawangsa)
  • Zainal Abidin - Ceritera (OST Silat Lagenda)
  • Amy Mastura - Satu Dalam Sejuta
  • Ning Baizura - Bawa Daku Pergi
  • Rabbani - Pergi Tak Kembali; Satu Kiblat Yang Sama; Apa Yang Kau Tahu; Intifada
  • Feminin - Kini; Untukmu; Di Mana; Selamat Tinggal Cinta
  • Imam Muda - Pejuang Agama (Lagu Tema Imam Muda 2)
  • Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
  • ELite - GIG; Trauma; Tamparan Wanita; Manisnya Senyumanmu
  • Adam - Tak Tahu; Robot
  • Forteen - Kita
  • Adira - Aku Ada Kamu
  • Mawi & Diana Danielle - Penyembuh Rindu (OST Magika)
  • Mawi, Akhil Hayy; Imam Muda - HambaMu (Lagu Tema Imam Muda)
  • Tomok - Arjuna
  • Syura - Gantung
  • Sofaz - Pencinta Terbaik
  • Indah & Ewal - Cerita Cinta Kita (OST Pelamin Fantasia)
  • Melly Goeslow ft Yusry - Di Bius Cinta (OST Cicakman 2)
  • Slam - Sinar Menunggu; Biarkannya
  • Indigo - Istimewa; Gadis Misteri
  • Arip (Pemenang Kilauan Emas 4) - Aku Tak Bisa

Konsert[sunting | sunting sumber]

  • 1993
    • ReKRUed Rap Tour[5]
  • 1995
    • Awas Da' Concert
  • 1997
    • KRU Mega Tour (Ditaja oleh Peter Stuyvesant)
  • 1999
    • Jammin the Nation
  • 2002
    • Konsert Empayar Krujaan (26 Oktober 2002) - Dataran Merdeka[6]
  • 2012
    • Konsert Ulang Tahun Ke-20[7] - Orange Club, Kuala Lumpur

Anugerah dan Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995 – Jurutera Album Terbaik (Artis/Penerbit/Album: KRU/KRU/Awas); Album Pop Terbaik (Artis/Penerbit/Album: KRU/KRU/Awas)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996 – Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album (Artis/Album: KRU/Awas da’ Soundtrack)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1997 – Jurutera Album Terbaik (Jurutera/Album: Edry/Izan/Jon Gass/Martin Horenburg/Steve Hall/Ooh! La! La!); Album Terbaik (Artis/Penerbit/Album: KRU/KRU/Ooh! La! La!)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998 – Muzik Video Terbaik (Pengarah/Lagu: Saw Teong Hin/Fanatik)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999 – Muzik Video Terbaik (Pengarah/Lagu: KRU/The Way We Jam); Jurutera Album Terbaik (Jurutera/Album: Edry Abdul Halim/The Way We Jam); Anugerah Kembara
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002 – Album Nasyid Terbaik (Artis/Penerbit/Album: Rabbani/KRU/Intifada)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003 – Muzik Video Terbaik (Pengarah/Lagu: Virginia Kennedy/Impak Maksima); Album Nasyid Terbaik (Artis/Penerbit/Album: Rabbani/Edry, Archie & Ustaz Sohibul/Qiblat)

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Bintang Popular 1994 - Penghibur TV Paling Popular (Lelaki)
  • Anugerah Bintang Popular 1995/96 - Penyanyi Berkumpulan Popular
  • Anugerah Bintang Popular 1998/99 - Penyanyi Berkumpulan Popular
  • Anugerah Bintang Popular 2004 - Penyanyi Paling Popular (Yusry)

Anugerah Era[sunting | sunting sumber]

  • Muzik Video Pilihan (Terhangat Di Pasaran)
  • Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

  • AJL18: Pemenang kategori Pop Rock menerusi lagu Hi Hi Bye Bye oleh Ezlynn

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Planet Muzik 2000 - Kumpulan Asia Terbaik
  • Anugerah Planet Muzik 2008 - Anugerah Cipta Planet Muzik

Festival Filem Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Festival Filem Malaysia 2009 - Filem Terbaik (Magika)
  • Festival Filem Malaysia 2011 - Hikayat Merong Mahawangsa
  • Festival Filem Malaysia 2014 - Filem Animasi Terbaik (Ribbit)

Anugerah Shout![sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Shout! 2012 - The Ultimate Shout Award
  • Anugerah Shout! 2013 - Music Video Award (Semalam Tanpamu - bersama Stacy)

Malaysia Book of Records[sunting | sunting sumber]

1997
  • Artis pertama berduet dengan yang telah meninggal dunia (P. Ramlee - Getaran Jiwa)
  • Muzik video pertama dicalonkan di Anugerah Muzik Video MTV (Fanatik)
2001
  • Artis Alam Maya Pertama Di Malaysia (Tyco)

Anugerah lain[sunting | sunting sumber]

Anugerah Pencapaian EMI
  • Memperoleh Platinum 10x untuk jualan album mencecah 1 juta.
Anugerah Video M 1997
  • Muzik Video Terbaik, Persembahan Terbaik oleh Artis, Suntingan Terbaik, Fotografi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Arahan Terbaik
ntv7’s Most Popular Video Clip
  • Klip Video Terbaik (Jangan Lafazkan)
Malaysian Video Awards 2002
  • Impak Maksima memenangi PERAK dalam kategori Muzik Video Terbaik
Anugerah Tokoh Profima
  • Norman Abdul Halim
The BrandLaureate Grand Master Brand Icon Leadership Award
  • Norman Abdul Halim
MACP
  • Lagu Inggeris Popular (The Way We Jam)
  • Anugerah Komposer dengan Pendapatan Terbanyak - Edry Abdul Halim
IOC Trophy Sport Innovation
  • Kuasa Juara
Niagara Integrated Film Festival
  • Best Family Film - Ribbit

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]