Pergi ke kandungan

KRU Music

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada KRU Records)
KRU Music Sdn. Bhd.
Syarikat indukKRU Berhad
Diasaskan22 Ogos 1995; 30 tahun yang lalu (1995-08-22)
PengasasDato' Norman Abdul Halim
StatusAktif
GenrePelbagai
Negara asalMalaysia
LokasiKRU Headquarters, Level 6, Tower 5, Sky Park @ Cyberjaya, Jalan Teknokrat 1, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Tapak web rasmiwww.krumusic.com

KRU Music Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai KRU Publishing Sdn Bhd), merupakan sebuah syarikat rakaman Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Ogos 1995 oleh penyanyi, pencipta lagu dan penerbit - Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim yang dikenali sebagai KRU.

Dengan pengkhususan dalam genre muzik Pop, Tarian, R&B dan Hip hop KRU Music merupakan salah satu label bebas yang berpengaruh dan berjaya di Malaysia, Singapura dan Brunei sehingga kini. Artis pertama yang bernaung di bawah KRU Music merupakan kumpulan pop lima anggota wanita yang dikenali sebagai kumpulan Elite. Artis lain yang turut bernaung di bawah label KRU Music adalah kumpulan Indigo, X Factor, Juliana Banos, Dr Kronik, Pretty Ugly, Ezlynn, Phyne Ballerz, Trez, Anita Sarawak, Rabbani, Adam, Dafi, The Lima, Mendua, Pianka and Flava. Pada tahun 2008, kesemua entiti perniagaan yang dimiliki oleh KRU Berhad disatukan di bawah satu syarikat yang dikenali sebagai KRU Studios.

Sejajar dengan perkembangan KRU sebagai pemain utama dalam industri kreatif tempatan, ibu pejabat KRU group of companies telah berpindah ke Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, mulai 2010 dan kemudian ke Sky Park Tower 5 di Cyberjaya, Selangor.

KRU Studios yang menjurus kepada penghasilan filem, drama tv, dan iklan melebarkan sayap mereka dengan mewujudkan Kartun Studios yang memfokuskan kepada pembuatan filem animasi.

Mereka juga melebarkan sayap dalam bidang teknikal TVET dengan melahirkan graduan dalam bidang kemahiran dalam industri seni kreatif melalui penubuhan KRU Academy (kini KRU Masterclass) di Technology Park Malaysia yang di kawal selia oleh pihak KRU sendiri.

Artis-artis

[sunting | sunting sumber]

Alamat surat menyurat

[sunting | sunting sumber]

Bekas ibu pejabat KRU Music di Kuala Lumpur

[sunting | sunting sumber]

KRU Publishing Sdn Bhd
No 26&27, Jalan Jelatek (2)
Jelatek Business Centre
Off Jalan Jelatek
54200 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: 03 4252 8566, Fax: 03 4257 8566

Ibu pejabat KRU Music di Cyberjaya

[sunting | sunting sumber]

KRU Music Sdn. Bhd. Level 6, Tower 5
Sky Park @ Cyberjaya
Jalan Teknokrat (1)
63000 Cyberjaya, Selangor
Malaysia

Tel: 013 888 3066, Fax: 013 888 3066

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]