Pergi ke kandungan

KTM Antarabandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KTM Antarabandar
ک.ت.م. انتاراباندر
Sebuah kereta api KTM Antarabandar di stesen kereta api Kuala Lipis, Pahang (sekitar tahun 2004)
Umum
Nama lainInggeris: KTM Intercity
Cina: 马来亚铁道城际铁路
Tamil: கேடிஎம் இண்டர்சிட்டி
StatusBeroperasi
LokasiSemenanjung Malaysia
Stesen60 (Laluan Pantai Timur), 12 (Laluan Pantai Barat), 2 (Shuttle Tebrau)
PerkhidmatanEkspres Rakyat Timuran
Ekspres Selatan
Shuttle Tebrau
Shuttle Timuran
Laman sesawanghttps://www.ktmb.com.my/Intercity.html
Operasi
BermulaSekitar 1960-an
PengendaliKeretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Teknikal
Tolok landasan1,000 mm tolok meter
Kelajuan operasi110 km/j (68 mph)

KTM Antarabandar (bahasa Inggeris: KTM Intercity) merujuk kepada perkhidmatan kereta api antara bandar berkuasa diesel di Semenanjung Malaysia dan Singapura dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Terkini setakat tahun 2025, terdapat 4 jenis perkhidmatan yang disediakan iaitu Ekspres Rakyat Timuran antara JB Sentral dan Tumpat, Ekspres Selatan antara JB Sentral dan Gemas, Shuttle Tebrau antara JB Sentral dan Woodlands, Singapura, dan Shuttle Timuran antara Gemas dan Tumpat.

Awal perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan KTM Antarabandar merupakan kesinambungan kepada perkhidmatan kereta api sejak zaman pengoperasian Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States Railways; FMSR) pada hujung abad ke-19 (1890-an). Pada waktu itu, FMSR telah berjaya menggabungkan beberapa jajaran kereta api sedia ada dan baharu sehingga meliputi hampir setiap negeri di Semenanjung Malaysia, kecuali negeri Terengganu. Rangkaian keseluruhannya merangkumi dua laluan utama iaitu laluan kereta api Pantai Barat dan juga Pantai Timur, yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Di sebelah pantai barat, jajaran bermula dari arah utara di stesen Padang Besar di negeri Perlis yang bersambung secara terus dengan rangkaian Kereta Api Negara Thailand, menuju ke arah selatan semenanjung di stesen Johor Bahru, Johor dan menyeberangi Selat Tebrau menggunakan Tambak Johor terus ke stesen Tanjong Pagar, Singapura (turut dikenali sebagai stesen Singapura sahaja).

Manakala di sebelah pantai timur pula, jajaran bermula dari stesen Gemas, Negeri Sembilan yang menjadi titik persimpangan dan pertemuan kedua-dua laluan kereta api tersebut. Jajaran ini telah dibina menembusi hutan tebal tropika serta kawasan pedalaman negeri Pahang dan Kelantan yang berakhir di stesen Tumpat, Kelantan.

Kedua-dua laluan utama ini telah dikendalikan oleh Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu atau Malayan Railway Administration (MRA) sebelum ditukar namanya pada tahun 1948 kepada Malayan Railway (MR) dan seterusnya Keretapi Tanah Melayu (KTM) pascamerdeka. KTM kemudiannya telah diperbadankan pada tahun 1992 menjadi KTM Berhad, dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Ejaan Rumi telah diseragamkan pada tahun 1972 hasil persetujuan antara negara Malaysia, Singapura dan Indonesia, dan antara salah satu penyempurnaan ejaan tersebut ialah perkataan "keretapi" yang kini dieja sebagai "kereta api". Namun, terdapat pengecualian penggunaan ejaan "keretapi" untuk nama-nama khas seperti nama syarikat pengendali tren, Keretapi Tanah Melayu Berhad serta nama stesen-stesennya.

Terdapat dua jenis perkhidmatan KTM Antarabandar: kereta api ekspres dan kereta api mel. Kereta api ekspres biasanya berhenti di stesen-stesen utama sahaja. Manakala, kereta api mel pula berhenti di setiap stesen dan perhentian di sepanjang landasannya. Kereta api mel juga turut dikenali sebagai kereta api tempatan.

Penamatan perkhidmatan di Singapura

[sunting | sunting sumber]

Sejak pembukaan Tambak Johor merentasi Selat Tebrau pada tahun 1920, perkhidmatan tren antarabandar telah berjaya menghubungkan Semenanjung Tanah Melayu dengan pulau Singapura yang turut mempunyai rangkaian kereta apinya tersendiri. Jajaran tersebut bermula dari Woodlands menuju ke Bukit Timah, kemudian bercabang ke pelabuhan barangan di Jurong manakala perjalanan penumpang lazimnya tamat di stesen Tanjong Pagar. Servis ini diteruskan dari zaman pentadbiran British hingga ke zaman kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu serta penubuhan negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, pada 9 Ogos 1965, Singapura telah dipisahkan dari Malaysia dan membentuk sebuah negara bebas. Ini bermakna perkhidmatan tren antara Johor Bahru dan Singapura telah bertukar daripada antara negeri kepada rentas negara. Pihak KTMB dan kerajaan Malaysia juga telah menubuhkan pusat kawalan kastam di stesen Tanjong Pagar yang ketika itu menjadi pintu sempadan kedua-dua negara tersebut.

Perselisihan faham mengenai pengoperasian KTMB di Singapura pasca-1965 turut menjadi salah satu pertikaian dan perbualan hangat antara Malaysia dan Singapura. Pada tahun 1990, sebuah Perjanjian Titik Persetujuan (Points of Agreement) telah dimeterai di mana kerajaan Malaysia bersetuju untuk menamatkan perkhidmatan KTMB di negara Singapura. Namun, masih terdapat kebuntuan tentang butiran pelaksanaan perjanjian tersebut.

Akhirnya, ini telah dimuktamadkan pada tahun 2010 melalui satu lagi perjanjian di mana Malaysia bersetuju untuk mengalihkan stesen akhir laluan KTM dari Tanjong Pagar ke Woodlands, termasuklah pengoperasian kawalan kastam dan sempadan pada 1 Julai 2011. Tambahan lagi, Malaysia dan Singapura bersetuju untuk bersama-sama membina sebuah laluan alihan laju antara Tanjung Puteri di Johor dan Singapura. Projek yang sedang dalam pembinaan itu kini dikenali sebagai RTS Link, menghubungkan stesen Bukit Chagar di Malaysia dan stesen Woodlands North di Singapura yang dijangka beroperasi pada tahun 2027.

Pada 1 Julai 2011, berikutan penamatan operasi KTMB di Tanjong Pagar, perjalanan KTM Antarabandar ke selatan Semenanjung Malaysia kini ditamatkan di Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands terletak kira-kira 2 kilometer dari Johor Bahru dan merupakan satu-satunya stesen kereta api di negara tersebut yang masih dikendalikan oleh KTMB. 4 tahun kemudian pula pada 1 Julai 2015, semua perkhidmatan KTM Antarabandar telah berakhir di JB Sentral, manakala perkhidmatan tren ulang-alik Shuttle Tebrau diperkenal antara JB Sentral dan Woodlands.

Perkhidmatan KTM ETS

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, perjalanan KTM Antarabandar yang menggunakan bahan api diesel telah digantikan dengan pengenalan perkhidmatan tren elektrik (ETS), bermula dengan perjalanan antara Ipoh dan Kuala Lumpur, dan seterusnya dilanjutkan kepada perjalanan dari Padang Besar serta Butterworth ke Gemas dan sebaliknya.

Malah, perkhidmatan ETS ini bakal dilanjutkan sehingga ke JB Sentral menjelang tahun 2026 sejurus selesai projek landasan berkembar elektrik Gemas–Johor Bahru (PLBEGJB). Tambahan pula, projek RTS Link Johor Bahru–Singapura yang bakal beroperasi sepenuhnya menjelang 2027 bermakna perkhidmatan Shuttle Tebrau juga akan ditamatkan kelak.

Setakat tahun 2025, perkhidmatan KTM Antarabandar berjalan seperti biasa bagi laluan Pantai Timur (Ekspres yang masih mempunyai landasan tunggal dan tidak dielektrikkan.

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan terkini

[sunting | sunting sumber]
No. keretapi Nama perkhidmatan Stesen permulaan Stesen akhir Kekerapan Catatan Tarikh pengenalan
Kereta api ekspres
26 Ekspres Rakyat Timuran (ERT) JB Sentral Tumpat Harian Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2023
  • Pernah digantung sementara bermula 25 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19
27 Tumpat JB Sentral
42, 44, 46 Ekspres Selatan (ES) JB Sentral Gemas Harian Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2022
  • Pernah digantung sementara bermula 25 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19
41, 43, 45 Gemas JB Sentral
Railway to See Malaysia (RTSM) Bermusim
RTSM Edisi Pantai Timur Bermusim
Ekspres MySawasdee Bermusim
Lambaian Aidilfitri Bermusim; sempena Hari Raya Aidilfitri
Lambaian Aidiladha Bermusim; sempena Hari Raya Aidiladha
Kereta api tempatan
34, 36 Shuttle Timuran (Gemas – Kuala Lipis) Gemas Kuala Lipis Harian Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2023
  • Pernah digantung sementara bermula 25 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19
35, 37 Kuala Lipis Gemas Jadual berkuat kuasa 1 Mac 2024
50 Shuttle Timuran (Kuala Lipis – Gua Musang) Kuala Lipis Gua Musang Harian Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2023
  • Pernah digantung sementara bermula 25 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19
59 Gua Musang Kuala Lipis Jadual berkuat kuasa 1 Mac 2024
51 Shuttle Timuran (Tumpat – Kuala Lipis) Tumpat Kuala Lipis Harian Jadual berkuat kuasa 1 Mac 2024
  • Pernah digantung sementara bermula 25 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19
60 Kuala Lipis Tumpat Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2023
52, 58 Shuttle Timuran (Gua Musang – Tumpat) Gua Musang Tumpat Harian Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2023
  • Pernah digantung sementara bermula 25 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19
53, 57 Tumpat Gua Musang Jadual berkuat kuasa 1 Mac 2024
55 Shuttle Timuran (Tumpat – Dabong) Tumpat Dabong Harian Jadual berkuat kuasa 1 Mac 2024
  • Pernah digantung sementara bermula 25 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19
56 Dabong Tumpat Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2023
61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77, 79, 81, 83, 85, 87, 89, 91, 93, 95 Shuttle Tebrau JB Sentral Woodlands Harian Jadual berkuat kuasa 19 Jun 2022 1 Julai 2015;
  • Digantung sementara bermula 25 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19
  • Dibuka semula pada 19 Jun 2022
72, 74, 76, 78, 80, 82, 84, 86, 88, 90, 92, 94, 96 Woodlands JB Sentral

Perkhidmatan dahulu

[sunting | sunting sumber]
No. keretapi Nama perkhidmatan Stesen permulaan Stesen akhir Kekerapan Catatan Tarikh ditamatkan
01 Ekspres Rakyat (ER) Butterworth Singapura Harian Penamatan perkhidmatan KTMB di Singapura, hanya beroperasi sehingga ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands
  • 1 Julai 2011: Stesen akhir dipindahkan dari Tanjong Pagar ke Woodlands
  • 1 Julai 2015: Stesen akhir dipindahkan dari Woodlands ke JB Sentral kerana pengenalan Shuttle Tebrau
  • 8 Mei 2016: Perkhidmatan ditamatkan, digantikan dengan  ETS 
02 Singapura Butterworth
03 Ekspres Sinaran Petang (XSP) Butterworth Sentral Kuala Lumpur Sabtu dan Ahad Digantikan dengan  ETS 
04 Ekspres Sinaran Pagi (XSP) Kuala Lumpur Sentral Butterworth
05 Ekspres Sinaran Pagi (XSP) Sentral Kuala Lumpur Singapura Harian Ditamatkan untuk memberi laluan kepada PLBE Seremban–Gemas dan Gemas–Johor
06 Ekspres Sinaran Petang (XSP) Singapura Sentral Kuala Lumpur
07 Ekspres Langkawi Hat Yai–Sentral Kuala Lumpur Sentral Kuala Lumpur–Gemas Harian
08 Gemas-Sentral Kuala Lumpur Sentral Kuala Lumpur–Hat Yai
11 Ekspres Senandung Malam Sentral Kuala Lumpur Singapura Harian Kereta api semalaman. Gerabak katil disediakan.
12 Singapura Sentral Kuala Lumpur
14 Ekspres Timuran Singapura Tumpat Harian
  • Kereta api semalaman. Gerabak bufet dan katil disediakan.
  • Digantikan dengan Ekspres Rakyat Timuran
15 Tumpat Singapura
16 Ekspres Wau Sentral Kuala Lumpur–Gemas Gemas–Tumpat Harian Kereta api semalaman. Gerabak katil disediakan.
17 Tumpat–Gemas Gemas–Sentral Kuala Lumpur
26 Lambaian Timur Singapura Gua Musang Harian Kereta api tempatan
27 Gua Musang Singapura
35 Ekspres Antarabangsa Bangkok Butterworth Harian Kereta api semalaman. Gerabak katil disediakan.
36 Butterworth Bangkok
81, 83 Mel Tumpat Gua Musang Harian Digantikan dengan Ekspres Rakyat Timuran
82, 84 Gua Musang Tumpat Harian
91 Tumpat Kuala Lipis Harian
92 Gemas Gua Musang Harian
93 Kuala Lipis Gemas Harian
94 Gua Musang Tumpat Harian
1003 Ekspres Khas Utara Butterworth Sentral Kuala Lumpur Jumaat, Sabtu, Ahad
1004 Sentral Kuala Lumpur Butterworth

Perkhidmatan lain-lain yang pernah dioperasikan:

Senarai stesen

[sunting | sunting sumber]

Setakat tahun 2025, perjalanan KTM Antarabandar antara Padang Besar dan Gemas di sepanjang laluan Pantai Barat telah digantikan dengan KTM ETS. Hanya jajaran selatan dan pantai timur sahaja yang masih mempunyai perkhidmatan lokomotif dikuasakan diesel.

Laluan Selatan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat perancangan untuk mewujudkan laluan Komuter Sektor Selatan antara Gemas dan Johor Bahru, serta lanjutan perjalanan ETS dari Padang Besar dan Butterworth ke Johor Bahru sejurus selesainya projek landasan berkembar elektrik di jajaran ini. Kedua-dua perkhidmatan tersebut mungkin akan menggantikan Ekspres Selatan pada masa akan datang.

Nama stesen Perkhidmatan Catatan
Menuju ke Laluan Pantai Barat dan ke Keretapi Negara Thailand
Stesen keretapi Gemas
  • KTM Antarabandar Ekspres Selatan
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
Titik persimpangan utama laluan kereta api

Stesen pertukaran ke  ETS  Laluan Pantai Barat dan KTM Antarabandar Laluan Pantai Timur

Sempadan negeri Johor-Negeri Sembilan
Stesen keretapi Segamat
  • KTM Antarabandar Ekspres Selatan
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
Stesen utama

Stesen pertukaran ke  ETS 

Stesen keretapi Genuang Tiada perkhidmatan penumpang di sini; stesen operasi sahaja
Stesen keretapi Labis KTM Antarabandar Ekspres Selatan
Stesen keretapi Bekok Tarikan menarik:
  • Taman Eko Rimba Sungai Bantang
  • Hutan Simpan Endau-Rompin
Stesen keretapi Paloh
Stesen keretapi Kluang
  • KTM Antarabandar Ekspres Selatan
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
Stesen utama

Tarikan menarik:

  • Kluang RailCoffee (Kopitiam Kereta Tertua di Malaysia)
Stesen keretapi Mengkibol Tiada perkhidmatan penumpang di sini; stesen operasi sahaja
Stesen keretapi Rengam KTM Antarabandar Ekspres Selatan
Stesen keretapi Layang-Layang
Stesen keretapi Kulai
  • KTM Antarabandar Ekspres Selatan
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
Stesen utama
Stesen keretapi Kempas Baru Stesen utama
JB Sentral
  • KTM Antarabandar Ekspres Selatan
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
  • KTM Antarabandar Shuttle Tebrau
Stesen utama
Sempadan Malaysia-Singapura (Selat Tebrau / Tambak Johor)
Woodlands KTM Antarabandar Shuttle Tebrau Stesen-stesen MRT berdekatan:

Laluan Pantai Timur

[sunting | sunting sumber]

Laluan ini masih mempunyai landasan tunggal dan tidak dielektrikkan. Laluan ini juga menembusi hutan hujan tebal, terowong dan jambatan besi merentasi sungai-sungai yang lebar.

Nama stesen Perkhidmatan Catatan
Menuju ke Laluan Selatan dan ke Singapura, serta Laluan Pantai Barat dan ke Keretapi Negara Thailand
Stesen keretapi Gemas
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
  • KTM Antarabandar Ekspres Selatan
Stesen utama

Stesen pertukaran ke  ETS  Laluan Pantai Barat dan Laluan Selatan

Stesen keretapi Bahau
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Gemas – Kuala Lipis
Stesen utama
Sempadan Negeri SembilanPahang
Stesen keretapi Kemayan
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Gemas – Kuala Lipis
Stesen keretapi Triang
Stesen keretapi Mengkarak
Stesen keretapi Mentakab
Stesen keretapi Kuala Krau
Hentian keretapi Jenderak
Stesen keretapi Jerantut
Stesen keretapi Mela
Stesen keretapi Kerambit
Stesen keretapi Kuala Lipis
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Gemas – Kuala Lipis
    • Kuala Lipis – Gua Musang
    • Kuala Lipis – Tumpat
Stesen utama
Stesen keretapi Padang Tengku
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Kuala Lipis – Gua Musang
    • Kuala Lipis – Tumpat
Dikenali dalam catatan rasmi KTMB sebagai Padang Tungku
Hentian keretapi Bukit Betong
Hentian keretapi Kampung Berkam
Hentian keretapi Aur Gading
Stesen keretapi Chegar Perah
Stesen keretapi Sungai Temau
Hentian keretapi Telok Gunong
Stesen keretapi Merapoh
  • Juga menjadi stesen perhentian bagi perkhidmatan kereta api mewah Eastern & Oriental Express
  • Stesen terdekat untuk ke Taman Negara Sungai Relau
Hentian keretapi Mentara Baru
Sempadan Negeri Pahang–Kelantan
Stesen keretapi Gua Musang
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Kuala Lipis – Gua Musang
    • Kuala Lipis – Tumpat
    • Gua Musang – Tumpat
Stesen utama

Tarikan menarik:

Hentian keretapi Pan Malayan
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Kuala Lipis – Tumpat
    • Gua Musang – Tumpat
Hentian keretapi Kampung Sungai Sirian
Hentian keretapi Sungai Sirian
Hentian keretapi Limau Kasturi
Stesen keretapi Bertam Baru
Hentian keretapi Bertam
Hentian keretapi Jerek Baru
Hentian keretapi Sungai Tasin
Hentian keretapi Sri Bintang
Hentian keretapi Sri Mahligai
Hentian keretapi Sri Jaya
Stesen keretapi Kemubu
Stesen keretapi Dabong
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Kuala Lipis – Tumpat
    • Gua Musang – Tumpat
    • Dabong – Tumpat
Stesen utama
Hentian keretapi Kuala Gris
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Kuala Lipis – Tumpat
    • Gua Musang – Tumpat
    • Dabong – Tumpat
Stesen keretapi Bukit Abu
Hentian keretapi Kampung Baru Bukit Abu
Hentian keretapi Ulu Temiang
Hentian keretapi Kampung Baru Sungai Mengkuang
Stesen keretapi Manek Urai
Hentian keretapi Pahi
Stesen keretapi Kuala Krai
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Kuala Lipis – Tumpat
    • Gua Musang – Tumpat
    • Dabong – Tumpat
Stesen utama
Hentian keretapi Sungai Nal
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Kuala Lipis – Tumpat
    • Gua Musang – Tumpat
    • Dabong – Tumpat
Stesen keretapi Temangan
Stesen keretapi Tanah Merah
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Kuala Lipis – Tumpat
    • Gua Musang – Tumpat
    • Dabong – Tumpat
Stesen utama
Hentian keretapi Bukit Panau
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Gua Musang – Tumpat
    • Dabong – Tumpat
Hentian keretapi Sungai Keladi
Hentian keretapi To' Uban
Hentian keretapi Chica Tinggi
Stesen keretapi Pasir Mas
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Kuala Lipis – Tumpat
    • Gua Musang – Tumpat
    • Dabong – Tumpat
Stesen utama

Stesen pertukaran ke Laluan Rantau Panjang (digantung perkhidmatan)

Hentian keretapi Bunut Susu
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Gua Musang – Tumpat
    • Dabong – Tumpat
Stesen keretapi Wakaf Bharu
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Kuala Lipis – Tumpat
    • Gua Musang – Tumpat
    • Dabong – Tumpat
Stesen utama

Stesen terdekat dengan bandar Kota Bharu

Hentian keretapi Kampung Kok Pasir
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Gua Musang – Tumpat
    • Dabong – Tumpat
Stesen keretapi Tumpat
  • KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Timuran
  • KTM Antarabandar Shuttle Timuran:
    • Kuala Lipis – Tumpat
    • Gua Musang – Tumpat
    • Dabong – Tumpat
Stesen utama

Laluan terdahulu

[sunting | sunting sumber]

Laluan Rantau Panjang

[sunting | sunting sumber]

KTM Antarabandar pernah disediakan di laluan ini, namun telah digantung sementara akibat kemelut yang melanda di wilayah selatan Thailand. Terdapat usaha untuk menghidupkan semula laluan ini namun belum dimuktamadkan lagi.

Nama stesen Catatan
Menuju ke Laluan Pantai Timur
Stesen keretapi Pasir Mas Stesen pertukaran ke Laluan Pantai Timur
Stesen keretapi Rantau Panjang
Bersambung ke Kereta Api Negara Thailand

Laluan Pantai Barat

[sunting | sunting sumber]

KTM Antarabandar pernah disediakan untuk stesen-stesen di laluan ini, tetapi telah digantikan dengan perjalanan KTM ETS.

Nama stesen Perkhidmatan Catatan
Sempadan Malaysia–Thailand, bersambung ke Kereta Api Negara Thailand
Stesen keretapi Padang Besar

KTM Antarabandar Ekspres Rakyat

Stesen keretapi Arau Stesen terdekat untuk ke Pulau Langkawi
Sempadan PerlisKedah
Stesen keretapi Alor Setar KTM Antarabandar Ekspres Rakyat
Stesen keretapi Sungai Petani
Sempadan Kedah–Pulau Pinang
Stesen keretapi Butterworth KTM Antarabandar Ekspres Rakyat
Stesen keretapi Bukit Mertajam
Stesen keretapi Nibong Tebal
Sempadan Pulau Pinang–Perak
Stesen keretapi Taiping KTM Antarabandar Ekspres Rakyat
Stesen keretapi Tanjung Malim
Sempadan Perak–Selangor
Stesen keretapi Rawang KTM Antarabandar Ekspres Rakyat
Stesen keretapi Sungai Buloh
Sempadan Selangor–Kuala Lumpur
Stesen keretapi Kuala Lumpur KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Telah digantikan dengan stesen Sentral Kuala Lumpur bermula tahun 2001
Sentral Kuala Lumpur Telah mengambil alih peranan stesen Kuala Lumpur setelah ia dibuka pada tahun 2001
Sempadan Kuala Lumpur–Selangor
Stesen keretapi Kajang KTM Antarabandar Ekspres Rakyat
Sempadan Selangor–Negeri Sembilan
Stesen keretapi Seremban KTM Antarabandar Ekspres Rakyat
Stesen keretapi Rembau
Sempadan Selangor–Melaka
Stesen keretapi Batang Melaka KTM Antarabandar Ekspres Sinaran Pagi/Petang
Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin KTM Antarabandar Ekspres Rakyat
Sempadan Melaka–Negeri Sembilan
Stesen keretapi Gemas KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Stesen pertukaran ke Laluan Pantai Timur
Sempadan Negeri Sembilan–Johor
Stesen keretapi Segamat KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Digantikan dengan Ekspres Selatan (Gemas–Johor Bahru)
Stesen keretapi Labis
Stesen keretapi Paloh
Stesen keretapi Kluang
Stesen keretapi Kulai
Stesen keretapi Kempas Baru
Stesen keretapi Johor Bahru
Sempadan Malaysia–Singapura (Selat Tebrau / Tambak Johor)
Stesen keretapi Woodlands KTM Antarabandar Ekspres Rakyat Digantikan dengan Shuttle Tebrau (Johor Bahru–Woodlands) bermula 2015
Stesen keretapi Tanjong Pagar Juga dikenali sebagai stesen Singapura

Ditutup pada 1 Julai 2011

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]