KUATAGH

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
ANSARA Kuantan
Kuatagh.gif
Cogan kata Dipimpin Untuk Memimpin
Ditubuhkan 1988
Jenis (berasrama penuh) sekolah menengah
Gred Tingkatan 1 - Tingkatan 5
Lokasi Kuantan, Pahang, Malaysia
Warna Hitam, Merah, Putih
Singkatan MRSM
Laman web http://www.kuatagh.net


KUATAGH merupakan Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuantan (ANSARA Kuantan), yang telah ditubuhkan pada tahun 1988 dengan keahlian awal seramai 235 orang. Jumlah ahli berdaftar sehingga Julai 2008 seramai 940 orang. Ahli berbayar berakhir 31 Disember 2008 seramai 677 orang. Sehingga kini lebih daripada 500 orang bergiat secara aktif di dalam sebarang aktiviti Kuatagh.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Antara aktiviti rasmi Kuatagh yang telah menjadi tradisi semenjak ditubuhkan dan masih berterusan sehingga kini adalah:

  1. Perjumpaan Kuatagh bersama Kuatagh,
  2. Aktiviti luaran bersama keluarga Kuatagh,
  3. Aktiviti Sirih Pulang ke Gagang, dan
  4. Aktiviti majlis berbuka puasa Ramadhan, menyambut Syawal atau Makan Malam Tahunan yang dianjurkan bersilih ganti atau bergilir gilir setiap tiga tahun.

Aktiviti Sirih Pulang ke Gagang telah berterusan secara tersusun sejak tahun 1998, dimana setiap Batch akan menganjurkan temasya ini berganti ganti, umpamanya pada tahun 2007 majlis ini dikelolakan dengan jayanya oleh Kuatagh dari Kumpulan 1990. Pada suatu ketika dahulu program ini juga telah diadakan setiap tahun, berkali kali, sejak 1982 lagi, cuma pada ketika itu tiada modul khas yang diketengahkan sebagai garis panduan demi kebajikan pelajar pelajar MRSM Kuantan.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Didapati tidak ramai yang tahu apa itu "KUATAGH" dan bagaimana nama "KUATAGH" itu diperolehi. Dokumentasi dan penerangan mengenai perkataan tersebut dan makna singkatannya tidak terdapat di mana-mana sumber rasmi dan juga tidak rasmi di Internet,termasuk di Wiki ini sendiri.

Berikut adalah senarai cawangan ANak SAins MARA atau ANSARA di seluruh Malaysia[1].

  1. ANSARA Seremban.
  2. ANSARA Kota Bharu.
  3. ANSARA Kuantan (Dikenali dikalangan ahlinya sebagai Kuatagh[2]).
  4. ANSARA Kulim.
  5. ANSARA Muar.
  6. ANSARA Jasin.
  7. ANSARA Berseri (ANSERI).
  8. ANSARA Balik Pulau.
  9. ANSARA Taiping.
  10. ANSARA Kuala Berang.
  11. ANSARA Terendak.
  12. ANSARA Serting.
  13. ANSARA PDRM Kulim.
  14. ANSARA Grik.

Persatuan Pelajar Lepasan MRSM atau PPLM Kuala Trengganu mengambil keputusan untuk kekal sebagai PPLM dan tidak membentuk cawangan dibawah ANSARA.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]