Kabali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kabali
Kabalirajini.jpg
Pengarah Pa. Ranjith
Penerbit S. Thanu
Penulis P. Ranjith
Dibintangi oleh Rajinikanth
Radhika Apte
Rosyam Nor
Winston Chao
Kalaiyarasan
Norman Hakim
Zack Taipan
Muzik oleh Santhosh Narayanan
Sinematografi G. Murali
Disunting oleh Praveen K. L.
Syarikat
produksi
V Creations
Pengedar Gemini Film Circuit
(India)
Le Grand Rex
(Perancis)
Malik Stream Corporations
(Malaysia dan Singapura)
Mula ditayangkan
22 Julai 2016
Tempoh tayangan
151 minit
Negara India
Bahasa Tamil
Hindi
Telugu
Melayu
Perbelanjaan MYR66.7 juta(100 kror)
Box office MYR334 juta(500 kror)

Kabali ialah filem mob gangster Bahasa Tamil dari India. Kabali ialah filem ke-159 Rajinikanth arahan P Ranjith yang memaparkan kisah kehidupan sebenar kumpulan penjenayah (Don) di India. Radhika Apte, Jhon vijay, Kishore, Rithvika, Kalaiyarasan, Dhansika, dan Dinesh Ravi memainkan peranan sokongan. Selain itu, beberapa artis tem­pat­an Malaysia yang terkenal seperti Datok Rosyam Nor, Norman Hakim dan Jack Taipan 7 turut memegang watak penting dalam filem tersebut. Filem ini juga dialih suara kepada bahasa Melayu[1]. Penggambaran filem ini dilakukan di Malaysia, Bangkok dan Hong Kong.[2][3][4] Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 22 Julai 2016 dan 29 Julai 2016 dalam versi bahasa Melayu.

Beberapa laman web tempatan juga sudah mula memberi ulasan mengenai filem Kabali. Antaranya, cinema.com.my, Mrsjamal.com, dan sebagainya. Kabali telah menjadi filem kedua terbesar di India dalam kutipan. Kabali ialah filem kelima di yang telah mengutip 500 kror(MYR326 juta).

Watak[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 2015, Pengarah Pa. Ranjith mengumumkan usaha ketiganya sutradara bersama Rajnikanth melalui Twitter. Dalam temu bual dengan IndiaGlitz, penerbit S. Thanu mendedahkan bahawa Rajinikanth sendiri telah meminta beliau untuk menerbitkan filem Kabali ini. Santhosh Narayanan telah disahkan sebagai penggubah muzik filem itu, meneruskan kerjasama dengan Ranjith. Pada mulanya, dua tajuk dicadangkan iaitu, Kaali dan Kannabhiran, tetapi ahkirnya telah dipilih tajuk Kabali.

Pemilihan Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pengarah Pa. Ranjith mengumumkan melalui Twitter bahawa filem seterusnya akan dilakonkan oleh Rajnikanth. Kemudiannya, terdapat spekulasi bahawa watak Rajinikanth berdasarkan ketua kongsi gelap yang sebenar dari Chennai.

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran filem ini dimulakan di AVM Studio Chennai. Ia kemudianya dilakukan di Malaysia, Bangkok dan Hong Kong .

Kutipan Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kabali telah mengutip telah sebanyak RM71 juta(AS$16 juta) pada hari pertama. Kabali merupakan kutipan hari pertama terbesar di India. Kabali telah mengutip RM178 juta(AS$40 juta) pada hujung minggu pertama, satu lagi rekod yang merupakan terbesar di India. Selepas empat minggu, Kabali telah mengutip RM334 juta(AS$75 juta) di seluruh dunia.

India[sunting | sunting sumber]

Kabali telah mengutip RM45 juta(AS$10 juta) pada hari pertama di India. Selepas tiga hari, Kabali telah mengutip RM89 juta(AS$20 juta), RM251 juta(AS$61 juta) selepas 28 hari dan RM216 juta(AS$48 juta) Kabali merupakan filem kelima yang telah mengutip lebih daripada 300 kror(RM200 juta) di India selepas PK, Baahubali: The Beginning, Bajrangi Bhaijaan dan Sultan.

Luar India[sunting | sunting sumber]

Kabali telah mengutip RM28.5 juta(AS$6.4 juta) pada hari pertama di rantau antarabangsa. Di Malaysia, Kabali telah mengutip RM6.7 juta(AS$1.5 juta) pada hari pertama. Di Amerika Syarikat, Kabali telah mengutip RM12 juta(AS$2.7 juta) pada hari pertama. Selepas tiga minggu, Kabali telah mengutip RM114 juta(AS$25.6 juta) di kawasan luar India. Di Malaysia, Kabali telah mengutip lebih daripada RM16.5 juta(AS$3.75 juta). Kabali telah tercatat sebagai kutipan terbesar bagi filem India di Malaysia. Di Amerika Syarikat, Kabali telah mengutip RM27 juta(AS$6 juta) dan juga tercatat sebagai kutipan terbesar filem Tamil di sana. Kabali juga merupakan filem India selatan pertama yang mengutip lebih daripada 150 kror di luar India.

Rujukan[sunting | sunting sumber]