Pergi ke kandungan

Kaber Hero Kaber Zero

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kaber Hero Kaber Zero
GenreDrama, Aksi, Adiwira, Komedi, Cereka sains, Fantasi
Ditulis olehZarihah Hassan
PengarahEmi Suffian & Faisal Ishak
Dibintangi oleh
Zul Yahya
Fizz Fairuz
Mohd Nor Bon
Balkisyh Semundur Khan
Zarynn Min
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifSuriyati Sidek
PenerbitJS Foo
Tempoh siaran50 minit per episod
Syarikat penerbitan
Asia Media Company
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Aksi)
Format gambar4:3
Format audioStereo
Siaran asal14 Mei 2007 (2007-05-14) – 12 November 2007 (2007-11-12)
Kronologi
MengikutiMisi: XX-Ray 2
Diikuti olehImpak Maksima the Series
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan Asia Media Company

Kaber Hero Kaber Zero ialah sebuah siri televisyen Malaysia yang merupakan judul kedua dalam slot Aksi di TV3. Siri terbitan Asia Media Company ini dibintangi oleh Zul Yahya sebagai Kaber, seorang penyiasat persendirian yang memiliki kuasa luar biasa.

Kaber ialah seorang penyiasat persendirian yang berasal dari pekan Sintok. Pada suatu hari, ketika bertarung dengan sekumpulan pengedar dadah, Kaber dihumban ke dalam peti sejuk lalu terkena renjatan elektrik di dalamnya. Mujurlah dia terselamat, tetapi renjatan itu memberikannya kuasa luar biasa, yang mana dia boleh berlari pantas seperti angin dan melompat-lompat di antara bangunan tinggi, dan memanfaatkan kebolehan ini untuk menyelamatkan sesiapa yang memerlukannya.

Bagaimanapun, kuasa luar biasa ada satu kelemahan utama iaitu hilang apabila Kaber terlihat warna merah yang ketara dalam pemandangannya. Malangnya, ini sering berlaku apabila Kaber paling memerlukan kuasanya.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Aksi, Isnin, 9.00 malam
Sebelumnya Kaber Hero Kaber Zero
(14 Mei 2007 – 12 November 2007)
Berikutnya
Misi XX-Ray II Impak Maksima